Monday, November 19, 2012

Majlis Menyambut Deepavali Anjuran MIC Bahagian Gombak Merupakan Road Ke PRU Ke:13. Bagi DUN Batu Caves.


Sebelah  kanan Datuk Dr Rahman Ismail itu ialah Encik Kumar, penyelaras piliharaya DUN Batu Caves yang mahu mengabadikan kenagan indah mereka bersama-sama mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004-2008 di majlis sambutan Perayaan Deepavali anjuran MIC Bahagian Gombak, di kawasan lapang, di Jalan Dataran Selayang I pada Ahad,pada tanggal 18/11/2012.



November 210,2012 at 9.02pm

Hari Deepavali pada tahun ini telah jatuh pada tanggal 13 hb.Nov 2012.Pihak MIC pusat telah mengadakan majlis sambutannya di hari tersebut bertempat diperkarangan kompleks Keagamaan Hindu,di kompleks kuil hindu di Batu Caves secara besar-besaran di mana telah ditaksirkan lebih kurang 20,000 orang yang terdiri dari berbagai kaum termasuk juga para pelancong dari luar negara telah hadir pada hari tersebut.

Tengah-tengah yang berkemeja putih itu ialah mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004-208,duduk semeja dengan  ahli-ahli Umno sekitar Batu Caves dan Selyang di majlis Deepavali anjuran MIC Bahagian Gombak.Wanita yang berdiri di belakang Datuk Dr Rahman itu ialah Puan Seha ,Timbaln Ketua Wanita Umno VBahagian GOmbak.
Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri NajibTun Razak merupakan tetamu utamanya pada hari perayaan kaum hindu India itu dan beberapa orang menteri Melayu dan Cina juga telah hadir menemani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis Perayaan Deepavali itu.

Kehadiran PM dan menteri-menteri yang lain itu ialah turut sama meraikan majlis perayaan hari cahaya iaitu, dari cahaya kegelapan ke cahaya sinaran yang terang benderang menurut kepercayaan oleh kaum India yang beragama hindu di serta Malaysia yang dipanggil oleh mereka Hari Deepavali.

Tan Seri Paduka Zalehan Ismail penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak merangkap mantan Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia  pun turut hadir di majlis itu semalam.
Pada tengah hari pada tanggal 18/11/2012,hari Ahad, (semalam) MIC Bahagian Gombak telah mengadakan majlis sambutan Perayaan Deepavali mereka bertempat di kawasan lapang, di Jalan Dataran I. Majlis perayaan itu bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang.

Walaupun semalam hujan renyai-renyai turun tidak henti-hentinya,namun majlis itu telah dibanjiri oleh para tetamu dari segala golongan masyarakat yang menjadi permastautin di kawasan DUN Batu Caves itu sendiri. Penulis dan Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr Rahman Ismail tiba di majlis tersebut kira-jam 1.15 tengah hari.
Diantara wajah-wajah kaum Cina yang telah hadir diPerayaan Menyambut Hari Deepavali anjuran MIC Bahagian Gombak,diBatu Caves semalam.
Kerana di sebelah paginya iaitu bermula dari jam 10.00 pagi,penulis dan Datuk Rahman Ismail telah hadir ke Majlis Pelancaran Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) Negeri Selangor.di Dewan Sekolah Cina,Jalan II,Selayang Baru,Batu Caves ,Selangor.

Majlis tersebut telah di rasamikan oleh Menteri Pertania Dan Asas Tani, YB Datuk Seri Dr.Hj.Noh bin Hj.Omar, MP Tanjung Kaang. Majlis yang begitu meriah itu telah selesai kira-kira jam 12.45 Tengah hari.

Ketika penulis dan Datuk Dr Rahman Ismail tiba di Majlis Perayaan Deepavali,anjuran MIC Bahagian Gombak itu dalam konteks berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja menuju ke  PRU ke:13 di DUN Batu Caves, ( Road to GE No:13 at DUN Batu Caves).

Kelihatan para tetamu dari bebagai-bagai kaum sedang beratur untuk mengambil juadah-juadah kesukaan mereka yang telah disediakan dalam banyak dulang-dulang di kiri kanan di bawah beberapa kanopi besar yang telah didirikan oleh penganjur MIC Bahagian Gombak.
Ternyata telah ramai para tetamu berada di bawah 3  kanopi besar yang telah didirikan di kawasan lapang,di Jalan Dataran Selayang I itu. Mereka yang hadir penulis lihat adalah para tetamu dari berbagai kaum iaitu Melayu,Cina dan khasnya kaum India yang mendonimasi majlis tersebut.

Mereka dilihat sedang menikmati juadah-juadah dari berbagai-bagai jenis makanan (halal) yang telah disediakan oleh pihak penganjur majlis tersebut. Ini,disebabkan MIC faham bahawa mereka mempunyai begitu ramai kawan-kawan seperjungan di kawasan DUN Batu Caves,merupakan kebanykannya adalah orang Melayu Islam.
Kelihatan kanopai besar yang telah didirikan oleh penganjur MIC Bahagian Gombak itu penuh sesak dengan para tetamu hadir di majlis terbuka Perayaan Deepavali walau pun hujan renyai-renyai terus turun menghujani kawasan itu.
Jika di kawasan DUN Batu Caves,pada piliharaya umum ke :13 ini,jika Barisan Nasional akan meletakkan calon dari MIC? Untuk mencapai kemenangan merampas semula kerusi DUN Batu Caves dari pembangkang.

Sudah pasti memerlukan kerjasama yang begitu erat antara kaum India dari MIC di Batu Caves dan Umno-BN di kawasan berkenaan mesti berkerja keras secara bahu membahu.

Undi kaum India di DUN di Batu Caves sekitar 28% dari jumlah pengundi di DUN Batu Caves itu sendiri. Andainya pengundi Melayu dan Cina mengundi calon Barisan Nasional setakat 40%-45% sahaja? Sudah cukup.

Ini,bererti Barisan Nasional telah berjaya melenyapkan calon parti pembangkang dengan bergaya dari bumi DUN Batu Caves itu sendiri. Segala keaiban yang telah ditimpakan pada PRU ke:12 dulu itu akan tertebus dan cara penebusannya pula penuh dengan gaya yang tersendiri.

Dari pengamatan penulis, ketika hadir di dalam sesuatu majlis mendekati rakyat secara dekat anjuran Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di banyak kawasan, di dalam Parlimen Gombak itu sendiri, bermula dari setahun yang lalu hingga kini, di bawah pimpinan yang aktif oleh Datuk Dr Rahman Ismail.

Rata-rata segala program anjuran Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu telah mendapat sambutan yang hebat di sana sini dari rakyat semua kaum di dalam Daerah Gombak.

Kaum ibu dari kawasan Wira Damai ini telah memberi pengakuan pada penulis yang mereka akan membawa seramai-rami petugas  UMNO-BN bila sahaja diumumkan tarikh PRU ke:13 mula melayarkan tirainya.
Justeru penulis begitu optimis dan sekaligus cukup  berani membuat ramalan bahawa angin perubahan dalam konteks untuk menang,untuk merebut semula kerusi- kerusi di dalam Parliman Gombak, nyata dilihat semacam begitu cerah?

Dengan kata lain bahawa pertanding pada PRU ke: 13 ini,dilihat akan  menyembelahi pada Umno-BN tanpa ragu-ragu lagi. Kemungkinan besar Umno-BN akan menyapu bersih dengan kemenangan 4-0 ke atas parti pembangkang.

JAMINAN DATUK SERI NAJIB MEMBATALKAN PROJEK KONDO 29 TINGKAT DI KUIL BATU CAVES.

Pengakuan Datuk Seri Najib yang memeberi jaminan bahawa kerajaan BN akan membatalkan projek  kondominium 29 tingkat yang dikhabarkan hendak dibangunkan oleh parti pembangkang,di sekitar kawasan komplek keagamaan kuil Batu Caves itu,jika Barisan Nasional berjaya menguasai semula Selangor.

Jaminan Datuk Seri Najib itu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya kepada masyarakat kaum India yang beragama hindu dari Barisan Nasional untuk masyarakat India di kawasan Batu Caves.

Kuil Hindu di kompleks Batu Caves itu,merupakan tempat ibadah yang begitu penting bagi kaum India bukan sahaja di Selangor,bahkan kepada seluruh masyarakat India di Seluruh Malaysia amnya.

Di situlah seluruh masyarakat India Hindu merayakan ketibaan Hari Perayaan Thaipusam dan  Perayaan Hari Deepavali mereka secara besar-besaran setiap tahun.

Justeru jika ada pihak yang hendak mengubah landskape Kuil Hindu di tempat tersebut memang sengaja hendak mencari padah.Undi kaum India di DUN Batu Caves, menguasai 28% banyaknya dari keseluruhan jumlah pengundi di DUN Batu Caves.

Kalau setinggi ini Kondominium setinggi 29 Tingkat yang hendak dibangunkan disekitar kompleks Kuil Ibadah kaum hindu, di Batu Caves dengan hanya 100 meter sahaja jaraknya dari kompleks kuil itu? Maka terjejaslah landskape kompleks Kuil Hindu di tempat ttersebut.  (gambar hiasan sahaja).
Jumlah ini boleh dikira sebagai kuasa penentu kemenangan bagi sesuatu parti yang akan bertanding. Jadi, jaminan Datuk Seri Najib itu memang kena pada masanya dan besar manfaatnya terhadap masyarakat India di kawasan DUN Batu Caves itu sendiri.

Dalam masa yang sama telah mengorbitkan kehebatan political Mileage Datuk Seri Najib khasnya  sekaligus ia memberi manfaat kepada Barisan nasional itu sendiri dari segi politik di kawasan DUN Batu Caves khasnya dan di dalam kawasan Parliman Gombak itu sendiri pada keseluruhanya.

Sudah tentu pengundi-pengundi masyarakat India di kawaan tersebut akan membuat swing yang positif. Mereka akan tetap mengundi calon Barisan Nasional dalam PRU ke:13 yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ini, disebabkan apa yang di janjikan oleh Umno-BN semuanya telah ditepati,bukan omong kosong berbanding dengan janji-janji yang telah dibuat oleh parti pembangkang pada rakyat Gombak,pada PRU Ke:12 dulu itu,merupakan hanya omong kosong,cakap tak serupa bikin.

Mereka hanya cekap memboncetkan perut dan poket mereka sendiri berserta konco-konconya yang tidak pernah melihat wang ringgit dalam jumlah yang besar. Mereka karam dalam lautan wang akibat kuasa yang ada di tangan mereka.Rakyat yang mengundi mereka telah dilupakan dari ingatn dan dari pandangan.

UMNO DI BAWAH PIMPINAN DATUK SERI NAJIB LAIN
Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia. .

Umno hari ini, di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak sama dengan Umno-BN ketika PRU ke:12,pada thaun 2008 di bawah pimpinan Pak Lah.

Tidur lena akibat kemenangan besar oleh Umno pada PRU Ke:11 pada tahun 2004.

Umno hari ini? Iaitu Umno di bawa pimpinan Datuk Seri Najib, merupakan seekor harimau ganas telah bangun dari tidurnya akibat diketuk di kepalanya dengan tongkat kekalahan 5 buah negeri telah jatuh ke tangan parti pembangkang pada pilihanraya umum ke:12,pada 8 hb.Mac,2008 dulu itu.

Justeru itu, parti pembangkang mesti sedar bahawa peperangan dalam PRU ke:13 ini? Tidaklah boleh pembangkang samakan dengan senario peperangan pada PRU ke:12 itu dulu. Peperangan kali ini iaitu pada PRU ke:13 yang akan datang ini merupakan pertempuran yang paling sengit,hebat sifatnya iaitu pertarungan untuk menebus semula maruah akibat kekalahn itu.

Boleh dikatakan Umno-BN telah melengkapkan jentera peperangan piliharaya umum ke:13 yang akan tiba itu nanti,lebih hebat dengan persediaan yang telah dan sedang dilakukan dalam tempoh masa lebih kurang 5 tahun lamanya.

Siang dan malam, sepenuh masa, siap siaga,bila-bila masa sahaja,akan keluar ke medan juang bertempur dengan pihak pembangkang jika diperintahkan oleh Jeneral perangnya Umno-BN. Membujur lalu, melintang patah, lawan tetap lawan.Pantang undur sebelum berjaya.Insya Allah. Hubaya,!Hubayalah kamu ! Wahai para pembangkang.

KEADAAN RUMAH-RUMAH DI KG.KERDAS 2 KETIKA DI MUSIM HUJAN TURUN (TENGKUJUH) TIBA.

Dari salah seorang penduduk di Kg.Kerdas 2 dalam kawasan DUN Gombak Setia,dalam Daerah Gombak menunjukkan kepada penulis ketika penulis membuat tinjauan di kampung tersebut berhunung dengan kesan setinggi mana air banjir yang telah menyerang rumahnya di musim hujan(tengkujuh). Dalam PRU ke:12 pada 2008 duklu itu parti pembangkang (PR) tel;ah sapu bersih 4 kerusi dalam kawasan Prliman Gombak. Rungutan para penduduk tinggal  dengan rungutan juga.
Di musim hujan ini,( di musim tengkujuh) rakyat di Kg. Kerdas 1,2,3 dan 4 di dalam kawasan DUN Gombak Setia,terpaksa tidak boleh tidur dengan lena dan tidak boleh pergi kemana-mana meninggalkan rumah-rumah tangga mereka, lantaran jika hujan lebat turun dalam masa 15 minit sahaja?

Maka rumah-rumah mereka akan dimasuki,direnangi oleh air banjir. Harta benda mereka akan hancur musah jika tidak cepat-cepat di pindahkan ke tempat yang lebih selamat iaitu dengan cara memindahkan harta benda mereka di tempat-tempat yang lebih tinggi.

Hal ini terjadi? Adalah berakibat sistem parit dan longkang tidak teratur,tidak dibaiki,tersumbat di sana dan tersumbat disini,sejak pembangkang berkuasa di Parlimen Gombak/Selangor, pada tanggal 8 hb.Mac 2008 dulu itu hingga kini.

Kesian penulis, pada rakyat-rakyat miskin yang sedanag menduduki  kawasan tersebut yang tidak mampu berpindah dan membeli rumah yang lebih selesa yang berada di tempat-tempat tinggi kerana tidak punya wang untuk membelinya.
Kalau keadaan longkang di Kg.Kerdas 2 ini begitu rupa keadaannya? Itulah sebabanya kampung kami di Kg.Kerdas 2 dalam kawasan DUN Gombak Setia dalam parliman Gombak di timpa banjir setiap kali hujan turun di musim tengkujuh.Tolong kesian pada kami.
Mereka begitu kecewa. Tetapi apo nak dikato.Buah cempedak dah jadi nagko.Sampai bila pon hamba  tidak lagi akan percaya kata-kata dan janji-janji palsu demo! Ha,ha,ha....!
Dengan kekecewaan itu, mereka sudah tentu akan menggunakan kuasa mengundi mereka bila tiba PRU ke:13 itu nanti dengan memilih Umno-BN dan menolak pembangkang.

Penulis di fahamkan,jika Parlimen Gombak ditawan semula oleh Umno-BN dan sekaligus Selangor pada keseluruhannya berjaya dirampas semula oleh Umno-BN dari pembangkang?

Tokoh-tokoh Umno-BN tempatan di Gombak telah memberi pengakuan pada penulis dengan cara yang bersungguh-sungguh, bahawa Umno-BN akan segera mengatasi masalah-masalah para penduduk di Kg.Kerdas 1,2,3& 4 yang penulis sebutkan di atas itu dengan seberapa segeranya,"Insya Allah!" janji mereka. (Posted by abnmulya at 2100 hrs on Nov 19,2012).

No comments: