KUALA LUMPUR 20 Nov. - Sebuah laman blog, http://sel 13.com mendedahkan kekayaan luar biasa seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa membeli empat kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat pada 2008.
Dakwa blog tersebut, daripada hanya berkereta kecil yang dibeli pada 2005, pemimpin tersebut mempunyai sebuah kereta mewah berharga RM355,000 beberapa bulan selepas menjadi Ahli Parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor sekitar 2008.
Pemimpin pembangkang itu kemudiannya didakwa membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda pada 2010 sebelum membeli sebuah lagi tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, blog sama juga mendakwa pemimpin berkenaan membeli kereta mewah yang didaftarkan pada 24 Mei lalu.
Blog terbabit mendakwa telah membuat semakan menerusi penyedia perkhidmatan e-Kerajaan Malaysia, MYEG bahawa keempat-empat kenderaan milik pemimpin tersebut kecuali sebuah kereta mewah, memiliki 20 saman tertunggak yang belum dibayar.
...(utusan online-politik).Posted bya abnmulya at 12.45 am on Nov 21,2012.
No comments:
Post a Comment