Saturday, November 24, 2012

Datuk Seri Najib:Umno- Barisan Dah Banyak Buat Perubahan Untuk Rakyat,Tak Perlu Tukar Kerajaan lain!




Haji Abu Bakar Ninggal
Nov 24,2012. at 4.42pm.

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia yang ke:6,hari ini telah menegaskan tidak perlu bagi rakyat Malaysia menukar kerajaan lain,selain Umno-Barisan Nasional,kerana Umno-BN mampu melakukan perubahan (transformasi) untuk memperbaiki nasib rakyat.

Ini,disebabkan Kerajaan Barisan Nasional,pimpinan beliau kini telah banyak melakukan perubahan di dalam pentadbiranya untuk menaikan taraf hidup rakyat dalam banyak aspek kehidupan,sehinggak menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan makmor,sehingga dicemburui oleh banyak negara lain di dunia ini.
Datuk Seri Najib PM  Malaysia.

Penegasan beliau itu telah dibuatnya ketika beliau berucap pada majlis untuk merasamikan Majlis Himpunan 1 Rakyat Malaysia,di depan ribuan perwakilan badan Ngo-Ngo,dari seluruh Malysia,di dalam Dewan Merdeka,di Aras 4,di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur,pada tengah hari sermalam,bersamaan pada hari Sabtu, tanggal 24/11/2012.


Majlis itu adalah anjuran biro penerangan Umno Malaysia yang diketuai oleh YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dengan kerjasama oleh Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab Umno luar negara."

"BANYAK aspek penghidupan rakyat telah di lakukan oleh kerajaan BN dan kita akan terus melakukan perubahan itu di negara kita ini dan kita telah buktikan. Justeru rakyat Malaysia tidak semestinya dan tidak perlu menukar kerajaan selain daripada Kerajaan Barisan Nasional..Kita dari BN boleh dan mampu melakukan transformasi dan mampu membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama juga yang memerintah Malaysia sekarang ini,iaitu parti Umno-BN.

Dari kiri Kpt(B) Hj.Yusof,Naib Presiden Gabungan Ngo Gombak, sebelahnya Dr Marshita,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,sebelahnya ialah Puan Seha Pengerusi Wanita Se Malaysia, cawangan Gombak yang telah bergabungan dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Pimpinan Datuk Dr Rahman Ismail, hadir di majlis Himpuan rakyat 1 Malaysia di PWTC pada pagi semalam (Sabtu).
"Kami kerajaan BN bukannya parti yang tidak fleksibel. Pada bila-bila masa pun kami bersedia untuk berubah dan terus akan membawa perubahan untuk kebaikan rakyat Malaysia seluruhnya," ujar beliau dan pengakuannya itu sekaligus telah mendapat sambutan yang bergemuruh dari para perwakilan badan-badan Ngo yang hadir di pagi itu.

Menurut Datuk Seri Najib dalam masa empat tahun lebih ini,boleh dikatakan sudah begitu banyak bantuan kerajaan telah dilakukan kepada rakyat dalam berbagai-bagai bentuk.

Sebagai contaohnya, beliau telah menyebutkan bahawa kerajaan pimpinan beliau telah mengadakan klinik percuma 1 Malaysia,di seluruh negara bagi membantu rakyat-rakyat miskin di serata Malaysia,ketika mana mereka ditimpa oleh sebarang penyakit.Mereka boleh dapat rawatan dan ubat percuma dari klinik 1 Malaysia itu.

Contoh kedua.Kepada pemilik taxi kerajaan telah memberi bantun untuk mereka menukar tayar-tayar taxi mereka yangmana tayar taxinya sudah botak.

Contok ketiga.Pemberian wang tunai kepada seluroh rakyat 1 Malaysia yang layak menerimanya di bawah skim  bantuan BRIM: 0-1 dan akan menyusul pula BRIM: 0.2 tidak berapa lama lagi.

Contah ke empat. Seterusnya Datuk Seri Najib berkata, baru-baru ini,kaki tangan kerajaan baru saja kita beri bonus dan kepada bekas-bekas tentera juga yang layak menerim imbuhan,maka kerajaan telah pun beri imbuhan wang tunai juga kepada mereka.
Lihatlah begitu gembira mereka telah dijemput oleh penganjur untuk hadir bertemu mesra dengan Perdana Menteri dan isterinya,Datin Siti Rosmah Mansor di Majlis Himpuna 1 Rakyat Malaysia, di Bangunan PWTC,K.Lumpur pagi Sabtu semalam.Orang-orang ini bila tiba  PRU ke:13 nanti sudah tentu akan mengundi Umno-BN
Pemberian ini, merupakan bahawa setiap janji-janji yang telah kita buat pada rakyat? Semuanya telah kita tepati.Janji-janji kita bukan omong kosong, macam yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Menurut Datuk Seri Najib, pada hari ini sahaja,seramai 2000 orang Ibu-Ibu Tunggal telah menuntut di mahkamah, pada kerajaan Pakatan Rakyat,yang di terajui olek parti PKR, di Selangor,berhubung dengan bantuan RM100-00 yang telah dijanjikan oleh PR kepada para ibu-ibu tungal Selangor yang malang ini, dalam kempen Piliharaya ke:12 pada 8 hb.Mac 2008 dulu itu, masih tidak mereka tunaikan.

"Sebaliknya,Karajaan BN akan beri lebih banyak lagi bantuan kepada rakyat  pada masa yang akan datang dengan syarat negara kita berada di dalam keadaan aman damai .Dengan adanya iklim aman damai di dalam negara,maka kerajaan sudah semestinya akan dapat  menguraskan pentadbirannya dengan baik dan negara akan mendapat keuntungan yang lebih banyak keuntungan dan keuntungan itu pula kerajaan Umno-BN akan agih-agihkan lagi pada rakyat,"sambungnya lagi.

Mereka ini sedang menunggu  di pintu masuk di mana Datuk Seri Najib dan isteri akan tiba ke PWTC. Di barisan depan ialah YB Datuk Hj.Ahmad  bin Hj.Maslan,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di barisan belakang 7 orang itu ialah AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak. Nombor 3 dari kanan yang sedang tersenyum ketawa itu ialah mantan Ahli Parliman Umno Gombak bagi penggal 2004-2008 sekaligus merangkap Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak Datuk Dr Rahman Ismail.
KETIKA MENYENTUH SOAL PILIHARAYA UMUMPRU:13.

Ketika Datuk Seri Najib menyentuh soal pilihan raya umum ke:13 yang akan datang ini? Beliau sangat dukacita dan kesal tentang sikap Datuk Sri Anwar Ibrahim,Ketua Pembangkang dari Pakartan Rakyat yang jadi Ketua Pembangkang di dalam parliman yang cuba hendak melibatkan Australia ketika PRU ke:13 yang akan diadakan di Malaysia tidak berama lama lagi.

Menurut Datuk Seri Najib, Amerika walaupun merupakan negara yang paling maju dan paling kaya di dunia. Akan tetapi,di dalam pilihanraya Presiden Amerika baru-baru ini,di antara Obama dari parti Demokrat dengan calon dari Parti Republican.

Dalam pilihanraya tersebut,secara terbuka media antarabangsa di dunia telah dimaklumkan denmgan berita-berita yang telah terjadi iaitu dengan isu yang begitu banyak rakyat Amerika telah keluar pergi mengundi di hari pengundian,tertapi ketika mereka tiba di tempat mengundi,mereka dapati nama-nama mereka tidak ada dalam buku daftar pengundi.

YB Datuk Seri Najib Tun Razakl sedang berjalan memasuki ke Dewan PWTC. Dari kiri kelihatan YB Datuk Hj.Ahmad Hj.Maslan sedang mengiringi PM.
Pun begitu? Rakyat Amerika menerima keputusan yang telah diumumkan oleh surahjaya pilihanrya Amerika itu sekaligus telah diterima oleh semua para pemimpin parti Rapublican dan rakyat Amerika itu sendiri berhubung dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Di Malaysia, pihak pembangkang, ada memepertikaikan kononnya daftar pengundi yang disediakan oleh SPR ltu? Kini kononnya tidak bersih. Justeru  lantas pembangkang menagatakan bahawa buku daftar pengundi SPR tidak bersih dan lantas mengatakan nama budak-budak yang beru berumur 12 tahun pun kononnya ada di dalam buku pendaftaran pengundi SPR itu?

"Apakah itu betul?" tanya Datuk Seri Najib. "Kalau betul, tolong kemukakanlah bukti kepada kita.Kita akan siasat dan kita akan perbetulkan jika benar, janganlah buat malu pada negara,kita dah buat yang paling terbaik untuk Malaysia, tetapi dia minta tolong pula pada Australia.,"tegas beliau.

Kelihatan Datin Seri Rosmah Mansor menuju ke pentas Dewan Merdeka dengan di apit oleh para keselamatan dan rakyat dari badan-badan Ngo 1 Malaysia di pagi Sabtu itu
Datuk Seri Najib berkata,permintaan pembankang yang mahu melibatkan Australia datang ke Malaysia selaku pemerhati ketika PR ke:13 akan diadakan itu sungguh memalukan malaysia?.

"Mujurlah Australia yang di pimpin oleh para pemimpin yang berwibawa luas pandangannya,maka Australia menolaknya kerana mereka tidak mahu melibatkan diri mereka membantu Anwar. Kerana mereka benar-benar tahu dan arif, bahawa perbuatan Anwar itu bukanlah urusan mereka.

Kerana mereka tahu, bahawa kerajaan Malaysia mempunyai rekod yang bersih dan Australia tidak mahu turut campur dan melibatkan Australia dalam urusan hal-ehwal dalam negeri Malaysia.
Datuk Seri Najib dan isterinya telah berada di atas pentas di dalam Dewan Merdeka,di Aras 4 bangunan  PWTC dam kemudiannya Datuk Seri Najib  telah merasmikan majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia yang dihadiri oleh perwakilan Badan-badan Ngo se Malaysia, pada hari Sabtu itu(24/11/2012).
Datuk Najib seterus berkata, ketika Ketua Pembangkag itu berada di dalam kerajaan Umno-BN selama 16 tahun lamanya dulu,selaku menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kenapa Anwar tidak pernah timbulkan soal daftar pengundi kononnya tidak bersih,kata itu dan ini? Kenapa diam membisu seribu bahasa?

"Bila dah tidak berkuasa lagi? Barulah heboh-heboh dengan melontarkan berbagai-bagai tomahan?Perbuatan ini hypocrite ( munafik) namanya. Apakah rakyat mesti beri peluang pada si munafik ini untuk berkuasa di Malayisa?" tanya Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tidak,tidak,tidak perlu," di jawab oleh seluruh para perwakilan dari badan-badan Ngo yang berada di dalamdewan yang mewakili seluruh golongan ngo-ngo rakayat Malaysia di pagi tersebut.

Kelihatan berseri-seri wajah para perwakilan dari badan-badan Ngo se Malaysia ketika mendengar kelakar yang telah di lakukan oleh pakar motivasi Malaysia Datuk Dr Fadhila Kamsah di pagi tersebut. Ketika ini Perdana Menteri belum tiba lagi.
PENTINGA KERJASAMA DENGAN NGO-NGO.

Presiden parti Umno dan selaku Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, ketika berucap tentang topik betapa pentingnya kerajaan pimpinan beliau mesti menggeratkan hubungan di antara Umno-BN dengan semua badan-badan ngo dan persatuan-persatuan pelajar dan lain badan kebajikan di negara Malayasia.

Beliau berkata,sebagaimana kita maklum,bahawa banyak parti-parti politik yang ujud di Malaysia ini. Semenatara itu di sampingnya? Ada banyak lagi badan-badan ngo dan badan-badan kebajikan rakyat seperti persatuan penduduk dan sebagainya telah didaftartkan pada pemerintahan di seluruh negara. Jumlahnya tidak terkira banyaknya.

Badan-badan ini telah tumbnuh berselerak di sana sini, di setiap negeri, di dalam Malaysia,dilihat tidak di beri perhatian sewajarnya oleh pemerintah secara serius.Sedangkan yang membuatkan jatuh bangunnuy sesebuah kerajaan itu?
Kelihatan AJK Alumni Pertubuhan Kelab-Kelab UMNO Luar negara sedang menyampaikan kepada Perdana Menteri wang kutipan kilat di majlis tersebut sebanyak  RM10,050-20 sen untuk bantuan rakyat Palsetin di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel laknatullah.
Tidak boleh dinafikan, adalah bertitik tolak dari golongan inilah yang menetukan jatuh bangun sesebuah parti atapun sesebuah kerajaan itu.Mereka selama ini, adalah sebagai para pahlawan yang tidak bernama yang merupakan silent majoriti yang berada di atas pagar yang tidak di kenali dan tidak di ambil peduli selama ini sejak negara mencapai kemerdekaan tanah air.Ertinya mereka in i tidak dilibatkan secara serius di dalam politik?

Sepatutnya,golongan yang semacam inilah, seharusnya sejak Umno-BN kalah 4 negeri,pada PRU ke:12 dulu itu, harus segera di dekati secara serius dan sifat kepedulian dari Umnop-BN itu mesti digerakakan secara serius menjelema dan dijelmakan sebagai golongan baru pada mesineri Umno-BN yang paling aktif, secara revolusi,secara total,berada di semua ceruk rantau,BERFUNGSI semacam cawangan dan bahagian-bahagian Umno itu sendiri,bukan cara main-mainan dan bukan cara sampinagn lagi.

Kerana golongan inilah yang menjadi anak kunci kemenangan kepada parti pembangkang dalam PRU ke12 dulu itu. Dengan cara saikologi yang begitu hebat pendekatannya,pembangkang ketika itu dilihat telah mendekati rakyat di atas pagar ini secara aktif dengan tidak jemu-jemunya.

Akan tetapi, bila mereka dah punya kuasa di 4 negeri? Mereka pun dah mula lalai dan fasif terhadap nasib rakyat yang telah menobatkan mereka ke atas singahsana kekuasaan.
Setelah majlis Himponan Rakyat 1 Malaysia itu selesai dengan acaranya.Maka acara kemuncaknya ialah semua para perwakilan dari badan-badan Ngo se Malaysia itu, di jamu dengan makan tengah hari yang mana menunya lazat-lazat belaka. Perdana Menteri turut sama makan bersama-sama para perwakilan itu .Ini merupakan satu penghormatan tinggi nilainya dari PM kita kepada para perwakilan badan-badan Ngo itu.
 Justeru itu, Umno-BN seharusnya  lama sudah sedar dengan delima ini dan seharusnya ia dilakukan dalam skop yang luas, secara aktif mengisi kekosongan itu secara maksima sifatnya dan bukan cara iseng-iseng saja. Keadaan politik kini sudah bertukar cepat sekali akibat ledakan teknologi IT yang meledak masuk minda rakyat menerusi facebook,blog,twiter dan sebagainya.

Kadang kala, tidak terdaya oleh manusia menyedarinya akan segala perubahan yang berlaku di zaman IT ini.Apatah lagi, jika kita sering alpa dan lupa pula meminta petunjuk dari Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.

Umno-BN pusat yang punya kuasa penuh, harus bertindak dan bergerak cepat.Janganlah mengharapkan kerja-kerja mesineri oleh AJK Umno Cawangan dan AJK Umno Bahagian sahaja. Boleh dikatakan di mana sahaja,khasnya di Selangor,menurut tinjauan yang penulis buat,secara ikhlas dan jujur berani penulis simpulkan bahawa bahawa mesineri menerusi bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan Umno ini begitu mengkecewakan? 

Mereka ini dilihat telah ditimpa oleh penyakit malas bekerja dan tidak peduli. Mereka masih tidur dalam jaga. Semuanya adalah berakibat kerana mereka telah berada di dalam trend tidak pernah kalah dan kekalahana yang  mereka deritai pada 4 negeri,pada PRU ke:12, pada 8 hb.Mac,2008 dulu itu?

Kononnya,pada hemat mereka,secara kebetulan sahaja,bukan  senario politik bersifat realiti. Mereka beranggapan keadaan politik negara akan pulih dan akan menyebelahi Umno-BN pada PRU ke:13 yang akan tiba tidak berapa lama lagi itu? Anggap sedemikian sungguh bahaya pada Umno.

Juster itu,janganlah pucuk pimpinan Umno pusat mengharapakan golongan(saluran satu) ini akan mampu memebri suntiklan baru kepada pemulihan dan pembahruan yang hendak pucuk pimpinan Umno lakukan demi menebus kekalahan yang telah menimpa pada PRU ke:12 pada 8 hb.Mac 2008 dulu itu.
Ketika para perwakilan dari badan -badan ngo Se Malaysia  itu sedang menikamati juadah-juadah yang lazat-lazat itu, sekaligus mereka di hiburkan pula dengan  nyanyian oleh anak-anak muda tempatan yang berpakaian sedondong yang di atur oleh AJK majlis sambutan itu.Ini sungguh merujakan.
Mereka masih beranggapan bahawa keadaan politik di zaman IT ini masih sama macam 57 tahun yang lalu.Ada di anatara mereka,dah jadi AJK Umno Bahgian atau pun AJK Cawangan. Tapi berlagak macam car lama juga iaitu cara sepereti Umno belum tewas di 4 negeri dalam PRU ke:12 itu. Ada di anatara mereka penulis lihat berlagak semacam Perdana Menteri,macam menteri dan timbaln menteri gayanya.

Sombong tidak tentu arah dan tidak tentu pasal.Tapi tidak ada  inisiatif,merintis jalan, macam mana hendak melakukan transformasi baik untuk parti Umno? Apatah lagi untuk rakyat? Mereka dilihat Tang to tang to juga,macam tunggul kayu.Ujung-ujung reput disebabkan panahan matahari dan hujan,akhirnya akan jadi membusuk.Hanya anai-anai sahaja ada bersamanya.

Kelihatan semua orang berdiri ketika lagu negara dinyanyikan selaku acara permulaan pembukaan majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia yang di adakan di dalam Dewan Merdeka,di banguna  PWTC, K.Lumpur pada Sabtu pagi(semalam).
Kalau berada di dalam sesuatu majlis dengan rakyat? Dengan bilangan rakyat yang jumlahnya baru sedikit sahaja,iaitu di sekitar 50 atau 60 orang sahaja,lagak dan gayanya cepat berubah. Wajah mukanya dilihat masam ,tidak tahu senyum, berat mulut dan lebih parah lagi dilihat tidak mahu mendahului salam, pada orang ramai. Mereka mahu orang-orang saja tunduk hormat pada mereka.

Sikap macam itu? Mana boleh tarik hati rakyat agar menyokong parti pimpinanya itu?.Sedangkan banyak rakyat yang berada di tengah-tengah majlis itu,berpendidikan lebih tinggi dari SPM. Ada yang punya Ijazah Sarjana Muda,Ijazah Master dan Ijazah PHD dan sebagainya.

Di dalam dada mereka penuh sarat dengan berbgai-bagai jenis ilmu yang boleh memberi manfaat untuk rakyat. Kerja Jaya mereka pun adalah lebih tinggi dan berpangkat besar, bergaji besar, dari para pempimpin yang berlagak sombong tidak tentu arah itu.

Sikap yang begini bukannya memberi keuntungan kepada Umno itu sendiri, malah merugikan sahaja.Meluat rakyat melihat tingkah laku mereka.Tidak pernah mahu membuat self correction.
Di barisan 2 iaitu sebelah hadirin berbaju merah puti,bertopi itu ialah Datuk Dr Rahman Ismail,mantan Ahli Parliman Umno Gombak,bagi penggal 2004-2008.Kini beliau adalah sebagai Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang mempunya sebanyak 138 buah badan ngo-ngo kecil di Gombak yang telah bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Tidak diketahui kenapa orang semacam ini yang tidak punya ilmu PRO peringkat tinggi( macam katak di bawah tempurung) tapi malangnya, telah diangkat oleh orang-orang Umno dari cawangan-cawangan, jadi ketua mereka? Mengangkat, menobat mereka yang tidak berguna ini sebagai pemimpin mereka di Bahagian atau pun di cawangan-cawangan?

Apakah jawatan yang mereka milik dan pegang itu?Bertitik tolak dari cara rasuah ataupun dengan dengan cara membeli undi?  Kalau cara ini telah berlaku? Alamatnya Umno akan kecundang di masa-masa yang akan datang kerana meletakkan seseorang itu tidak di tempatnya.

Justeru itu pucuk pimpinan tertinggi Umno mesti,dari masa ke masa,mesti membuat pos mortem dan menyingkirkan tokoh-tokoh durjana ini yang merupakan varius dari permukaan parti Umno dengan segera dan kemudianya segera berusaha mendekati golongan ngo-ngo dan golongan dari berbagai-bagai lapisan pemipin masyarakat sebagai alternatif baru di samping bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan Umno itu sendiri.
Dewan Merdeka,di Aras 4 di Bangunaan PWTC pada pagi Sabtu ,tanggala 24/1/1/2012 telah penuk sesak dengan ribuan para hadirin dari badan-badan ngo dari seluruh Malaysia hadir memenuhi undangan penganjur majlis yang mengadakan majlis Himpunan Rakyat 1  Malysia pada pagi tersebut.Majlis yang meriah itu telah  dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia mesti segera di tingkatkan bukan cara evolosi tetapi secara revolusi,seperti mana yang telah dimulakan pada pagi Sabtu,tanggal 24/11/2012 oleh Pertubuhan Alumni Umno, luar negara,di Pusat Dangan Dunia Putra (PWTC) yang mana dilihat telah mendapat sambutan yang hebat dari rakyat golongan ngo-ngo dan gologan yang lain dari masyarakat, walaupun penulis difahamkan ia dikerjakan dalam masa yang begitu singkat.Tetapi respond-nya cepat dan hebat.  Tahniah!

Kalau dilewat-lewatkan,ditakuti akan tidak dapat manfaatnya dan besi buruk itu akan jadi berkarat. Masa itu emas! Jika tidak segera di manfaatkan? Rakyat semakin akan pergi jauh dan lebih jauh akibat begitu meluat dengan perangai mereka tokoh-tokoh Umno saluran satu itu.

Ucapan penuh Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia, berhubung dengan betapa penting parti Umno-BN melangkah dengan langkah baru mendekati golongan ngo-ngo ini,akan penulis siarkan esok atau lusa.(Posted by abnmulya at 1642 hrs on Nov 25,2012).

No comments: