November 27,2012
At 2.46am.
Dalam suasana yang amat meriah,pada malam tadi,iaitu pada tangal 26/11/2012, bertempat di Aras 5 di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),kira-kira pada jam 8.45 malam, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Y.A.B. Presiden Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak, telah tiba di dewan tersebut untuk merasmikan Majlis Pelancaran Skuad Sayang Malaysia Plus.
Kumpulan pancaragam ini terus menerus mendendangkan lagu-lagunya untuk menghiburkan para tetamu di malam itu. |
Majlis Perasmian Skuad Sayang 1 Malaysia Plus yang beralngsung pada malam tadi,adalah anjuran Pergerkan Wanita Umno Malaysia. Disebabkan para tetamu yang hadir di majlis tesebut oleh rakyat Malaysia berbilang kaum dan berbilang bahasa dan berbilang budaya.
Maka juru acara pada malam tadi disediakan Pergerakan Wanita Umno dengan petugas-petugas yang fasih bebahasa Melayu,berbahasa Cina dan berbahasa tamil. Ia dilakukan semacam mahu memberi kepuasan pada tetamu Melayau,tetamu Cina dan tetamau India.
Kelihatan mereka berpusu-pusu ke depan kerana hendak mendekati dan hendak melihat wajah Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri secara dekat |
Justeru itu,Gabungan Ngo-Ngo Gombak telah menghantar Kaum Hawa sebanyak 45 orang dan AJK lelaki hanya 5 orang termasuk penulis sendiri. Kami hadir beramai-ramai,sama-sama untuk meraikan majlis perasmian Skuad Sayang 1 Malaysia Plus.
Majlis perasmian itu dijangkakan akan mendapat sambutan yang begitu meriah dan hebat sekali terutama oleh kaum wanita kerana ia dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Umno.Sebab yang lain disebabakan majlis itu akan berlangsung kebetulan sehari lagi Perhimpunan Agung Umno akan diadakan.
Justeru itu para Perwakilan Perhimpuan Agung Umno baik lelaki dan wanita kebanyakan dari mereka sudah berada di hotel-hotel di sekitar bangunan PWTC.
Faktor kedua, sejak ditubuahkan pada tahun 2009 maka inilah kali pertama Skuad Sayang 1 Malaysia Plus Wanita Umno, mengadakan majlis perhimpunan yang berprestasi (prestige) yang boleh dikatakan begitu hebat dan grand sekali sifatnya.
Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri telah menghantar wakilnya hadir di majlis tersebut seramai 50 orang.
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sedang memberi ucapan. |
Justeru itu,tidaklah menghairankan keadaan pemandangan di dalam PWTC itu,penulis lihat sudah bertukar wajah. Keadaan di sekelilingnya dari ground floor hingga ke Aras 5 telah dihiasi dengan berbagai-bagi betuk dekorasi yang berwarna warni dan sangat menarik setiap mata yang melihatnya.
Dekorasi yang telah di hias sebegitu rupa?Agaknya,bertujuan semacam untuk merangsang mood mesyuarat agung itu sendiri, agar dilihat begitu menarik dan ia akan memberi ilham yang unik kepada semua para perwakilan Umno yang akan terlibat di dalam perbahasan di majlis mesyuarat agung Umno itu nanti dan akan berakhir dakam suasana yang harmonis.
Dalam ucapannya yang memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja itu,Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dilihat banyak menekankan tentang isu betapa perlunya segala golongan yang terlibat dalam perjuangan untuk Umno-BN mencapai kemenangan yang gemilang dalam PRU ke:13 itu nanti.
Menurutnya,dengan tercapainya kejayaan gemilang dalam piliharaya itu nanti? Ia boleh dijadikan suntikan demi untuk terus memberi khidmat yang mulia secara bersungguh-sungguh oleh Umno-BN untuk masa depan rakyat Malaysia pada keseluruhannya iaitu, Rakyat 1 Malaysia yang berbilang kaum.
Pada suatu peringkat di dalam ucapannya,Datin Paduka Seri Rosmah Mansor secara berseluruh telah menerangkan kepada para hadirin pada malam itu dengan kisah berhubung dengan pilihanraya umum yang boleh dikatakan sudah terlalu hampir tiba.
Maka banyak tempat yang telah mereka lawati.Pada umumnya boleh dikatakan semua orang-orang di tempat beliau lawati itu (orang Umno)telah bertanya bertanya padanya ,"Bilakah piliharaya akan di adakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak?"
"Kadang-kadang, ketika malam, saya sengaja biarkan dia tidur dulu..saya cuba nak denganr, kalau-kalau dia akan menigau ( bercakap-cakap ketika tiudur).Mana tahu kalau-kalau dia ada sebut hal tarikh piliharaya. Tetapi,puas saya tunggu dan tunggu,tidak pernah dia ada mengigau menyebut-nyebut tentang tarikh pilihanraya umum,"tegasnya di dalam majlis itu.
Sebaik sahaja Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selesai memberi ucapannya,maka acara jamuan makan malam dimulai kira jam 10.00 malam. Juadah-juadah yang dihidangkan amat lazat,tidak terkata enaknya.
Skuad Sayang 1 Malaysia Plus ini telah ditubuhkan pada tanggal 13 hb.Oktober 2009.Kini telah mempunyai ahli-ahli sebanyak 230,000 orang ramainya yang terdiri dari UMNO parti M.C.A.,parti M.I.C. dan dari lain-lain parti dalam Bairsan Nasional, dari badan-badan Ngo yasng bukan kerajaan dan juga dari Pertubuhan-Pertubuhan Kebajikan penduduk-penduduk, di Taman-Taman Perumahan dan juga dari penduduk di kampung-kampung tradisonal.
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor juga telah melancarkan majlis penubuhannya itu dengan di saksikan oleh YAB.Datuk Seri Najib Tun Razak,Presiden Umno itu sendiri,di hari dan di tarikh seperti yang tersebut di atas itu kira-kira 3 tahun yang lalu.. (Posted by abnmulya.blogspot.com. at 2.46 am on Nov 27,2012).
No comments:
Post a Comment