Thursday, November 29, 2012

Pertandingan Golf Oleh Kelab (KESUMAT) Lebih Meriah dari Tahun Lalu

Di atas adalah para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Golf anjuran Kelab Sukan Lembah Keramat(KESUMAT) tahun  lalu di Klab Golf Tasik Puteri.


November 29,2012 at    pm

Kalau kita berbicara fasal meriah? Maka tidak berlebih-lebihan jika penulis katakan bahawa Pertandinag Golf anjuran oleh Klab Sukan Lembah Keramat (KESUMAT)pada tahun ini yang berlangsung pagi ini,pagi Khamis,bersamaan tangal 29 hb.November,2012 di Kelab Golf Tasik Puteri juga, merupakan pertandingan yang lebih meriah lagi berbanding pada tanggal 17/11//2011 dulu itu.Tahniah dari penulis pada KESUMAT.


Pasukan penarik becha berjaya menjadi juara (chmpion) pertandingan golf anjuran KESUMAT pada tahun ini.Mereka kelihatan begitu gembira memegang piala kemenangan mereka.
Pertandingan di pagi ini, sebanyak 57 orang para peminat Golf tanah air yang datangnya dari para penduduk di sekitar Daerah Gombak telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ke tahun kedua anjuran KESUMAT.

Ini bererti segala aktiviti KESUMATdi dalam bidang sukan telah mendapat perhatian dan sekaligus telah  meningkat menyebabkan pertandingan  pada tahu keduanya yang berlangsung pagi tadi,di padang golf yang sama,pagi tadi para pesertanya telah naik berlipat ganda oleh para peminat sukan golf sekitar Daerah Gombak,di dalam Parliman gombak.

Sebahagian dari mereka makan tengah hari di ruangan makan di rumah Datuk Dr Rahman Ismail dan sebahagian darinya duduk di luar ruangan itu.
Yang menariknya? Bahawa pertandiag itu disertai oleh ramai warga Gombak dari berbagai-bagai kaum terutama oleh golongan professional yang telah bersara. Ada yang berpangkat Jeneral,Major Jenaral,Lt.Kolonal dari golongan tentera dan banyak juga golongan professional dari bekas kaki tangan awam yang sudah lanjut usianya ingin berriya'adah dengan cara bermain sukan golf.

Kelihatan para peserta pertandingan golf itu sedang mengambil juadah-juadah yang telah disediakan dan masakan itu di tempah dari  sykt catering  yang berpengalaman.juadah-juadah itu enak rasanya.
Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh dikatakan ianya boleh memberi kesegaran kepada pemain-pamain itu dan,ia juga boleh dijadikan suntikan agar KESUMAT berjaya mengeratkan dan mengakrabkan lagi perhubungan persahabatan di kalangan warga Gombak terutama dikalangan mantan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan mantan pegawai tinggi tentera yang begitu ramai menyertai pertadingan itu.

Merka memeilih makan di luar.
Yang unikinya,kebanykan dari pemain-pemain golf ini,adalah terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam bidang petadbiran negara dan penggendali organanisasi yang cekap. Jika diperlukan?

Mereka ini juga bersedia dan sedia untuk menyumbangkan tenaga mereka,dalam bentuk buah fikiran mereka yang mana mereka ini punya banyak pengalaman demi kemajuan masyarakt Gombak khsnya dan juga pada masyarakt Malaysia umunya.

Datuk Dr Rahman Ismail,sebagai penaung KESUMAT telah memberi tahu penulis bahawa beliau sungguh bertuah bukan sahaja diebabkan beliau dapat diterima oleh kumpulan itu bahkan sekaligus telah dilantik oleh KESUMAT sebagai penaung kelab tersebut.
  
MAKAN TENGAH HARI DAN ACARA MENYAMPAIKAN HADIAH

Mereka juga makan di luar.
Pertandingan golf di pagi ini difahamkan bermula kira-kira jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 12 tengah hari dengan penuh rasa muhibah. Saya tidak sempat melihat dengan mata penulis ketika berlangsungnya pertandingan tersebut disebabakan saya mempunyai urasan pribadi yang agak penting juga di sebelah pagi.

Penulis tiba di kediman rumah mewah Datuk Dr Rahman Ismail,kira jam 12.30 hari dan setibanya penulis di rumah itu,penulis lihat pihak catering yang ditempah oleh Dartuk Rahmaan telah pun berada di rumah Datuk Dr Rahman dan dilihat begitu sibuk menyiapkan juadah-juadah makan tengah hari untuk para peserta pertandingan golf yang baru saja selesai mengakhiri pertadingannya itu dan akan datang ke rumah Datuk Dr Rahman Ismail untuk jamuan makan tengah hari.

Bukan sahaja acara makan tengah hari akan berlangsung di rumah Datuk Dr Rahman, bahkan acara menyampaikan hadiah-hadiah kepada peserta pertandingan pun akan dijalankan di rumah Datuk Dr Rahman Ismail iaitu di rumah penaung KESUMAT.

Lt.Kol.Abd.Hadi Md Yusof
Pada pertandingan tahun lalu pun acara makan tengah hari dan acara penyampaian hadiah-hadiah juga telah dilangsungkan di rumah Datuk Dr Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, bagi penggal 2004 hingga 2008.

Kini merupakanm seorang ahli koprat yang berjaya di antara begitu banyak anak-anak Melayu telah berjaya di dalam dunia perniagaan yang bertaraf koprat.

Jarak jauhnya dianatara rumah Datuk Rahman Ismail dengan Kelab Golf Tasek Puteri itu,tidak begitu jauh.Maka logiklah kedua-dua acara itu dijalankan di rumah Datuk Dr Rahman Ismail iaitu di rumah penaung KESUMAT itu sendiri..

Acara menyampaikan hadiah bermula kira-kira jam 2.30 tengah hari dan ianya selsesai kira-kira setengah jam sahaja.

Lt.Kol.Ab Hadi Md Yusof,Pengerusi KESUMAT sebelum mengumumkan nama-nama para pemenang, dan dikesematan itu beliau telah mengambil peluang untuk memberi ucapan secara rengkas terlebih dahulu.

Di antara ucapanya itu,beliau merngambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penaung KESUMAT iaitu, Datuk Dr Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,dimana KESUMAT juga telah bergabung di dalam di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu,sejak Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu di tubuhkan lebih kurang tiga tahun yang lalu.
Selepas seorang ke seorang hadiah-hadiah kemenangan pertandingan golf anjuran KESUMAT itu disampaikan oleh Datuk Dr Rahman Ismail kepada pemenang pertandingan di pagi tadi.
Beliau berkata, ujudnya KESUMAT adalah bertitik tolak dengan adanya sumbangan besaar yang telah diberikan oleh Datuk Dr Rahman Ismail,walau pun beliau kini tidak lagi memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Umno Gombak Pun begitu! Beliau tetap memberi sumbangan dari masa ke masa,

Dengan adanya sumbangan mulia dari Datuk Dr Rahman Ismail itu, ianya membolehkan KESUMAT terus bergerak untuk menjalankan  akativiti-aktivitinya di bidang Sukan Golf khasnya yang memang menjadi kesukaan,kegemaran oleh ahli-ahli KESUMAT yang dah bersara itu.

"Saya selaku pribadi dan KESUMAT amat terhutang budi kepada Datuk Dr Rahman Ismail itu,saya dan KESUMAT sentiasa mendokan agar Datuk Dr Rahman terus dimurahkan rezkinya dan beliau sekeluarga dilindungi oleh Allah SWT agar sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat.Aata jasa baik dan budi yang mulia yang telah beliau sumbangkan kepada KESUMAT selama ini, kami dari KESUMAT memanjatkan ribuan terima kasih,"katanya.

Lt.kol. Hadi seterusnya memberi pengakuan,bahawa di samping itu permaian golf menjadi program utama kami,sekaligus KESUMAT akan mengaktifkan sukan-sukan lain demi untuk menarik perhatian anak-anak muda di sekitar Gombak, agar dapat menggunakan masa mereka yang terluang itu boleh dimanfaatkan oleh mereka dengan cara yang baik dan menghayati jenis-jenis sukan yang mereka gemari yang ditaja oleh KESUMAT.
Datuk Dr Rahman Ismail,Penanaung KESUMAT sedang menyampaikan hadiah kepada peserta yang menang dalam pertandingan pagi tadi.
Beliau berkata,izinkalanlah saya maklumkan bahawa aktiviti-aktiviti KESUMAT tidak akan henti-henti di jalankan terus menerus! Maka SELAIN Datuk Dr Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang sering-sering menghulurkan dermanya,

Disamping itu ada bebarap orang lain yang budiman juga,ada membuat pengakuan kepada beliau dengan janji iaitu, akan  turut menyumbangkan wang kepada KESUMAT agar KESUMAT pimpinan beliau itu akan terus maju ke depan berkhidmat untuk pemuda dan pemudi yang jadi penghuni di Daerah Gombak mengambil peluang bersukan demi kesihatan mereka itu sendiri.

Seterusnya Lt.Kol Hadi berkata,pada tahun 2007 dulu KESUMAT telah berjaya mendirikan sebauh tempat untuk dijadikan pejabat dengan hasil derma yang diberikan oleh Datk Dr.Rahman Ismail,ahli parliman Umno Gombak ketika itu, sebanyak RM89,000-00.Dengan sumbangan itu,kami  telah berjaya mendirikan pejabat itu,boleh dikatakan cantik juga, di atas tanah kerajaan Selangor di zaman Umno-BN berkuasa di Selangor.

"Malangnya,bila Umno tewas pada PRU ke:12 dengan kejayaan pembangkang mengalahkan Umno-BN kalah 4-0 di Parl;imen Gombak dan telah berjaya menjadi kerajaan baru di Selangor. Maka pejabat yang cantik yang kita bina itu  telah dirampas oleh kerajaan baru yang berkuasa,"tegas beliau dengan nada yang begitu kesal.
Selepas Datuk Dr Rahman Ismail telah menyampaikan hadah-hadiah kepada para peserta pertadinga golf anjuran KESUMAT, maka tiba pula masanya beliau pula diberi cendera hati oleh Lt.Kol.Ab.Hadi Md Yusof mewakili KESUMAT tanda terima kasih.
"Kini KESUMAT tidak ada pejabat. Rumah saya dijadikan pejabat. Begitulah hukum alam! Sekali air bah,maka sekali pula pantai berubah.Pun begitu! Kita berazam akan mendapatkan apa yang kita telah hilang dari tangan kita itu.

"JUSTERU marilah kita berkerja kuat sambil memohon pada Allah SWT akan membantu kita mendapatkan apa yang kita telah hilang itu.Insya Allah, kita akan berjaya menebus semula kekalahan kita itu, jika di anatara kita semua,pendududkl Gombak,khasnya orang-orang Melayu, tetap bersatu padu dan bekerja kuat," sambungnya lagi dengan membuat seruan dengan harapan yang tinggi menggunung.

KEPUTUSAN  PERTANDINGAN GOLF ITU.

Pasukan yang menjadi juara (champion) pada pertandinga pagi tadi ialah, pasukan penarik beca diketuai oleh Kol.(B)Hashim yang akan menerima piala pusingan yang di dermakan oleh Datuk Dr Rahman Ismail, sejak tahun lalu.

Hadiah-hadiah itu telah disampaikan oleh Datuk dr Rahman Ismail,penaung KESUMAT.(Posted by abnmulya at 12.00pm on Novemeber 29,2012).

No comments: