Friday, December 7, 2012

ISTIADAT KONVOKESYEN (UiTM) KE:77 DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR (UiTM) DI SHAH ALAM.

Setelah semua GRADUAN telah menerima Ijazah masing-masing mereka  keluar ke anjung Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM menemui Ayah/Bonda mereka yang sekian lama menunggu. Kemudian dengan hati yang riang gembira, mereka  menjalankan acara mereka bergambar dengan Ayah/Bonda dan saudara mara dan kawan-kawan mereka di anjung tersebut pada tengah hari,pada tanggal 6/12/2012 itu..


Haji Abu Bakar Ninggal
Dis ember 07,2012 at 9.06  pm

SEJARAH pembangunan UiTM bermula dengan Dewan Latihan RIDA (Rural e-Industrial Develoment Authority) pada tahun 1956. Majlis  konvokesyen yang pertama telah menganugerahkan sijil kepada 50 graduan dan kini UiTM menganugerahkan hampir 60,000 graduan melalui dua konvokesyen setahun.
Tan Sri Dato' Wan Mohd Zaid
Hakikatnya universiti ini telah menjadi pilihan pertama ramai pelajar di  seluruh negara pada masa ini.Pada tahun 2011,lebih 250,000 pelajar  lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah memohon untuk masuk  Ke UiTM tetapi hanya 30,000 tempat sahaja dapat disediakan kepada calon-calon yang berjaya.

Demikianlah pandangan dari Tan Sri Dato' Wan Mohd Zaid bin Mohd Nordin,sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM yang penulis kutip menerusi akhbar lidah rasmi ICAN UitM edisi khas mereka,sempena menyambut Istiadat Konvokesyen UiTM ke :77 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, bermula pada tanggal 24 hb.November bulan lepas hingga 6 hb.Disember 2012.

"UiTM adalah peluang kepada kaum Bumiputra. Peluang yang teramat besar. Kita semestinya merebut dan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin,ketika peluang masih ada.
Siti Hajar kelihatan sedamg memakai selendang Anugerah Naib Censelor (ANC) jurusan Diploma Sains yang dianugerahkan kepadanya pada tanggal 6/12/2012. Siti Hajar merupakan penuntut Diploma Sains di Universiti UiTM  Cawangan  Kuala Pilah 3 tahun yang lalu. Kini beliau sedang meneruskan pengajian prengkat Ijazah di bidang FORENSIC di UiTM Sahah Alam juga.
"Universiti ini mesti terus membina jati diri kaum Bumiputra untuk menghadapai segala bentuk cabaran demi kelangsungan generasi akan datang iaitu,generasi yang cekal,kental,tabah dan cemerlang," katanya.

"Universiti ini mempunyai peranan yang unik dengan objektif yang amat spesifik. Objektif utama penubuhan UiTM ialah untuk meletakkan kaum Bumiuputra yang berjaya ke dalam sektor swasta. Inilah tujuan  UiTM ditubuhkan.  Kita mesti konsistan dalam usaha mencapai tujuan ini.

"Walaupun  kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan tetapi kita mesti sentiasa fokus dan jangan terkeluar dari objektif penubuhan UiTM," sambungnya dengan harapan yang begitu kental.
Dari kiri ibunya Hjh.Roslina binti Hussin,Tengah Siti Hajar  binti Abu Bakar dan kanan sekali bapanya Hj.Abu Bakar bin Ninggal.
UiTM Fokus melahirkan graduan yang berpendapatan tinggi dan berdaya saing. 

Tan Sri Wan Wahid  mahu memastikan UiTM dapat menghasilkan  graduan yang berpendapatan tinggi dan memenuhi industri high-level.

"Dewasa ini,kita bukan sahaja melahirkan para graduan yang berjaya dapat pekerjaaan tetapi perlu memastikan graduan yang bekerja di industri high-end dan berpendapatan tinggi.Kita tidak mahu terperangkap di antara jurang golongan yang berpendapatan rendah dan golongan berpendapatan sederhana.

Ini adalah seiring dengan aspirasi pemimpin yang menginginkan sebuah negara yang berpendapatan tinggi," beliau menjelaskan lebih lanjut.
Barisan depan yang sedang duduk ialah Ayah/Bonda mereka.Di belakang dari kiri Lokman Hakim al-Hafiz adiknya.Lokman Hakim al-Hafiz  baru selesai ujian SPM baru-baru ini, di SMAK,Kajanag.Tengah Siti Hajar baru menerima sijil (ANC) Diploma Sains. Kanan sekali ialah kakaknya Siti Marsita binti Hj.Abu Bakar.Tahun depan kira-kira Jun 2013 akan tamat pengajian Ijazahnya di bidang " Food Teknolgi" di UiTM Shah Alam.
Menurut Tan Sri Dato'Dr Wan Mohd Zaid bin Mohd Nordin, UiTM bukan hanya menghasilkan pencari pekerjaan ( job seekers) semata-mata,tetapi sepatutnya dapat menghasilkan penjana pekerjaan ( job creators). Penjana pekerjaan adalah usahawan yang dihasilkan oleh universiti.

Penjana pekerjaan ini adalah lebih penting daripada pencari pekerjaan.Penjana pekerjaan merupakan usahawan yang akan menempah jalan ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi ( (Royal goal to high-income nation).

Pada hemat Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zaid bin Mohd Nordin,bahawa UiTM kini sedang melalui proses transformasi mengikut peredaran dan kehendak semasa.
Sementara menunggu anaka-anak mereka akan keluar dari Dewan Agong membawa segulong Ijazah/Diploma mereka sanggup duduk di mana-pmana sahaja hatta di anak-anak tangga bagi menghilangkan lenguh-lenguh kaki dan sakit pinggang disebabkan tidak tahan berdiri lama terutama kepada insan-insan yang  hampir menjadi golongan keluarga emas.
"Kita harus mempunyai perancangan strategik yang teratur dan mestilah mempunyai suatu wawasan yang dapat dilihat secara jelas dan boleh dicapai mengikut peredaran zaman.Pada suatu masa dahulu UiTM merupakan institusi yang ditubuhkan bagi membantu bagi melahirkan sumber tenaga  sub-professional untuk industri desa dan low-end ( a stop gap measure ) tetapi sekarang UiTM  berubah wajah untuk menjadi sebuah unversiti yang bersaing di perengkat global bagi menghasilkan  graduan yang akan membantu mempertingkatkan ekonomi negara." katanya dengan serius.
Bagi tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam Dewan Agong,keran auntuk satu graduan diberi pas masuk hanya untuk 2 orang sahaja.Mereka boleh melihat acara penyampaian Sijil dan Ijazah itu menerusi kaca TV yang disediakan di dalam khemah-khemah besar di luar, di anjung Dewan Agong  itu cara lebih terang sekali jika dibandingkan yang dapat masuk kedalam dewan tapi duduk di barisan atas serkali.

ANAK PEREMPUAN PENULIS DAPAT GILIRAN MENERIMA SIJIL DI ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM NOMBOR 21,SESI PAGI, PADA TANGGAL 06 Hb.DISEMBER 2012.

Sebenarnya UiTM telah melangsungkan Istiadat Konvokesyen pada tahun ini ialah,bermula dari 24 hb.Nomber 2012. Di sebabkan Diploma Sains terkandung di bawah FAKULTI SAINS GUNAAN dan tidak diketahui kenapa mendapat giliran yang terakhir.

Maka anak penulis Siti Hajar mendapat giliran untuk menerima sijil ANC Diploma Sains-nya, pada hari Rabu,bersamaan pada tanggal 06 hb. Disember  2012 dengan nomber giliran ke:21 sesi pagi iaitu di hari penghabisan.

Pun begitu,bagi penulis sendiri dan sekaligus jika dilihat dari wajah-wajah para tetamu(ibu/bapa) dan saudara mara graduan yang hadir di dalam Dewan Agong itu mahupun yang berada di luar dewan,kelihtan begitu gembira melihat anak-anak mereka sedang dan telah menerima Sijil Diploma dan Ijazah-ijazah dari Vice Censelor,Universiti Teknologi Mara (UiTM), YBhg Dato' Prof.Jr. Dr Sahul Hamid bin Abu Bakar menerusi kaca TV yang banyak di pasang di dalam khemah-khemah yang telah di dirikan di Anjung Dewan Agong.
Inilah sebahagian  daripada para tetamu yang punya pas masuk ke dalam Dewan Agong,di tingkat atas sekali. Dewan penyampaian di bawah itu kelihatan sayup-sayup mata memandanag. Nasib baik ada di bekalkan screen besar di kanan dan di kiri dewan tersebut bolehlah lihat menerusi screen itu.
Mereka ini, semua datang ke Dewan Agong Tuanku Censelor UiTM Di Shah Alam,boleh dikatakan dari seluruh negeri di dalam Malaysia. Ada yang datang dari Kuching,Serawak,dari Labuan dan juga dari Sabah.Sementara di Semenanjung pula? Penulis dapati mereka datang dari Kelantan,Trengganu dan Pahang dari Pantai Timur.

Menakalan dari Utara tanah air pula? Mereka datang dari P. Pinang,Kedah,Perlis dan Perak. Sementara dari bahagain Selatan tanah air pula? Mereka datang dari Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.Mereka sanggup meredas,melintasi perjalanan yang begitu jauh,beratus-ratus batu demi untuk turut sama meraikan kejayaan anak-anak mereka yang telah berjaya  mendapat Sijil dan Ijazah dari UiTM.
Siti Hajar (anak penulis) sedang menerima Sijil Anugerah Naib Censelor , Diploma Sains(ANC) dari Vice Censelor Universiti Teknologi Mara (UiTM) YBhg Dato' Prof.Jr Dr Sahul Hamid bin Abu Bakar, pada pagi 6/12/2012 di Dewan Agong Tuanku Censelor UiTM di Shah Alam.
Para tetamu yang jauh-jauh telah menempah hotel-hotel di sekitar kawasan UiTM awal-awal lagi. Penulis ada menghubungi beberapa buah hotel di sekitar kawasan UiTM untuk kegunaan oleh kawan penulis yang datangnya luar dari Selangor.

Aduh malangnya! Penulis telah diberi tahu oleh petugas-petugas semua hotel berkenaan bahawa semua bilik hotel itu dah penuh belaka,sejak 24/11/ 2012 hingga 6/12/2012.

Hati ayah/ibu yang mana satu yang tidak merasa amat gembira ketika melihat dan sama-sama dapat meraikan kejayaan anak-anak mereka yang telah usai mengakhiri pengajian mereka di Menara Gading,gedung ilmu yang mana memang menjadi impian oleh semua ibu/bapa.

Kini, impian mereka semua telah jadi kenyataan.Ilmu sudah ada di dada anak-anak mereka berserta dengan segolong Sijil dan Ijazah yang SAH. Bukan beli,bukan tipu,tapi benar-benar sah di keluarkan oleh UiTM dan bolehlah mereka tunjukkan ketika mereka mahu mencari kerja.

Siti Hajar sedang berjalan menuju kepada Naib Censelor untuk menerima sijil Anugerah Naib Censelor(ANC) dari YBhg Dato'Prof Jr Dr Sahul Hamid bin Abu Bakar.
Ilmu itu adalah penyuluh hidup.Dengan punya ilmu yang boleh di jadikan penyuluh dan senjata hidup hasil dari penat lelah mereka belajar,siang dan malam? Insya Allah! Sijil dan Ijazah itu boleh mereka manfaatkan dengan sebaiknya. Peluang yang terang benderang menanti di hadapan mereka.

Tepuk dada tanyalah selera.Ilmu sudah di cari dan dah ada di dalam dada dan segulong Ijazah telah berada di dalam tangan.Yang belum ada ialah pengalaman kerja.Jika dah punya pekerjaan? Maka bertugaslah dengan tekun dan rajin-rajin di samping menimba pengalaman di bidang-bidang yang anda lakukan itu. Jika dah punya pengalaman? Silalah berhijrah dari tugas asal ke tugas yang baru pula jika perlu.

Lazimnya, hijrah oleh orang yang punya ilmu dan pengalaman itu,pasti punya masa depan yang terang benderang dan gilang-gemilang.Masa depan anda akan jadi semakin gemilang? Dengasn syarat Allah dan Rasul anda, hendaklah sentiasa diingati.

Tinggalkan yang salah dan yang dilarang oleh-Nya dan lakukanlah apa yang disuruh oleh Allah dan Rasulmu. Insya Allah!Anda akan berjaya dan akan selamat,di dunia dan di akhirat nanti.Amin!!!(Posted by abnmulya at 2106 hrs on Disember 07,2012).



No comments: