Haji Abu Bakar bin Ninggal
Disember 8,2012 at 8.22pm.
"Barang siapa yang membangun masjid kerana Allah,(nescaya) Allah akan membangunkan baginya yang seumpamanya di dalam syurga (Hadis riwayat Muslim.daripada Uthman bin Affan r.a).
Justeru selaku umat Islam,kita harus yakin terhadap janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang membangunkan masjid di muka bumi ini dengan niat kerana Allah semata-mata,maka Allah kelak membangunkan rumah baginya di syurga,sebagai mana maksud hadis yang tersebut di atas itu.
Duli Yang Maha Mulia Sultan sedanag menandatangani buku perasmian Masjid Taman Melawati kira-kira jam 12.30 tengah hari (Jumaat) |
Pada ketika ini,begitu banyak masjid terus dibina di serata tempat dan diharapkan dapat pula membina kekuatan umat Islam menerusi penyatuan,persaudaraan,penyebaran dakwah Islamiyah, kesempurnaan ibadah dan sekaligus dijadikan pusat pelbagai kegiatan yang bercirikan keagamaan oleh penduduk setempat khasnya dan juga oleh umat Islam secara global.
Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Serlangor telah disambut dan diiringi oleh pembesar dan AJK Masjid Taman Melawati kira-kira jam 12.15 tengah hari Jumaat. |
Taman Melawati merupakan antara kawasan perumahan yang terbesar terletak di dalam kawasan Mukim Hulu Kelang,dalam Daerah Gombak dan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ampang Jaya (MPAJ) dan kedudukannya pula di pinggir pusat Bandaraya ,Kuala Lumpur.
Pembukaan taman perumahan di Taman Melawati bermula pada tahun 1970 dan terus berkembang dari masa ke masa sehingga kini mempunyai beberapa fasa.
Dengan di iringi oleh Menteri Besr Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,kelihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan sedang berjabat tangan dengan AJK masjid dan orang ramai. |
Hasil kerja keras Ahli Parlimen Umno Gombak,mantan YB Datuk Dr Hj.Rahman Ismail , maka
tanah yang jadi tapak masjid Taman Melawati itu dah pun lulus sejak pada tahun 2006 semasa Umno berkuasa di Selangor.
Ahli jawatankuasa masjid bagi penggal 2006-2009 telah diberi maklum mengenai kelulusan tapak masjid baru di Fasa 6 di mana Nazir dan beberapa ahli jawatankuas masjid telah dijemput oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak,di pejabat Daerah Gombak, pada hujung bulan Ramadhan (Oktober 2006).iaitu semasa Negeri Selangor masih di dalam kuasa Kerajaan Barisan Nasional.
Penulis difahamkan bahawa kelulusan tapak masjid baru di Fasa 6 itu,adalah bertitik tolak kerja keras yang bersungguh-sungguh oleh Ahli Parlimen (MP) Umno Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail yang ketika itu sedang menyandang jawatan Ahli Parlimen (MP) Umno Gombak bagi penggal 2004-2008. Ini harus di mengertikan!
Maka AJK berpendapat dan memutuskan sebuah masjid baru harus dibina untuk menggantikan masjid Al-Hidayah itu akibat kedudukan dan pembangunan kawasan perumahan di Taman Melawati itu sendiri yang telah dibangunkan 35 tahun yang lalu,giat berkembang dari masa ke masa dan tidak mampu lagi menampung ahli qartiahnya terutama di hari Jumaat dan di hari raya puasa dan hari raya haji.
Pembinaan masjid yang dicadangkan akan melambangkan keagungan Islam dan pembanguna masyarakat islam di Taman Melawati. AJK juga mengharapkan supaya masjid baru menjadi mercu tanda atas strategi mempamerkan keagungan Islam.
Duli yang Maha Mulia Sultan memasuki ke dalam masjid untuk sama-sama membaca Yasin & Tahlil yang di pimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Selangor. |
Beliau diberi kuasa untuk membuat cadangn,mereka bentuk dan mencari dana tambahan dan seterusnya dia diberi tugas untuk merealisasi pembinaan masjid yang canggih sebagai pusat ibadah dan pusat sehenti (one stop cemtre),yang akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk ahli qariah di samping mewujudkan lambang keagungan Islam.
Sebelum menanda tangani buku lawatan masjid acara baca doa dan Duli Yang Maha Mulia turut mengamikan doa yang di bacakan oleh Sahibus Samahah Mufti Selangor itu. |
Elemen utama adalah ruang solat utama dan disokong elemen pelengkap seperti dewan, bilik seminar/kuliah, rumah kaki tanagn dan sebagainya.
Mengambil model Masjid Bukit Indah,Ampang,sebagai model terbaik untuk Masjid Taman Melawati dan mengubahsuai beberapa rekabentuk mengikut keperluan masyarakt Islam setempat di samping mempunyai unsur-unsur ke Islaman yang unik.
Kelihatan para Jemaah Jumaat kelihatan begitu tenang mengikuti Khutubah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Selangor. |
Masjid mempunya hubungan yang rapat bagi individu, masyarakat dan juga alam persekitarannya. Ini kerana ia berfungsi sebagai simbol kepada hubungan antara manusia dan PenciptaNya (Hablum Minallah) dan hubugan antara sesama manusia (Hablum Minannas).
Dengan berpakaian sedongdong AJK Masjid Taman Melawati bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan merasmikan majlis pelancaran masjid mereka. |
Diharapkan juga dengan lokasinya yang strategik di pertengahan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang menghubungi pelbagai destinasi,akan menjadikan sebagai landmark kawasan Hulu Kelang sebagai tumpuan masyarakat Islam dari dalam dan luar negara.
Kesimpulannya,masjid yang dirancang ini menjadi sebuah institusi yang dapat memenuhi fungsi ibadah yang bersepadu sebagaimana di tuntut oleh syariat.
Dari kiri berpakaian baju Melayu berwarna putih mantan (MP) Umno Bahagian Gombak bagi PRU penggal 2004-2008. Datuk Dr Hj. Rahman Ismail. Kini beliau merupakan Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak . |
Masjid telah siap di bina dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, pada 07/12/2012 pada jam 12.30 tengah hari (Jumaat).
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj,Sultan Selangor, tiba di Masjid Taman Melawati, lebih kurang pada jam 12.15 tengah hari, (Jumaat) untuk mensempurnakan Majlis Perasmian Masjid Taman Melawati,Hulu Kelang,Gombak dan sempena Hari Keputraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ke:67 kira-kira pada jam 12.30 hari .
Selaku para pemimpin yang berada di dalam negara yang beragama Islam, Sahibus Samahah dalam khutubah Jumaat itu telah mengingatkan agar setiap pemimpin negara yang sedang memimpin,agar memimpin negeri dengan penuh ikhlas,jujur dan amanah berdasarkan syariat Islam.
Selaku pemimpin Islam,"Anda akan dipertanggung jawab di akhirat kelak, di Mahkamah Allah, tentang sesuatu yang anda putuskan semasa anda berkuasa," katanya.
Menurutnya,jika ahli-ahli politik negara menjadikan masjid arena untuk menyebarkan konsep politik mereka masing-masing? Maka masyarakt Islam akan jadi porak peranda. Sedangkan fungsi utama setiap masjid itu dibina? Semata-mata berfungsi untuk menyatu padukan umat Islam agar tetap bersatu padu untuk memertabatkan akidah dan keimanan umat Islam.(Posted by abnmulya.blogspot.com.at 2023 hrs on Disember 08,2012).
No comments:
Post a Comment