Thursday, January 31, 2013

Tiada masalah jika DUN Selangor bubar awal,kata Muhyiddin


Oleh: ROSMIZA KASIM
31 Januari 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan perjumpaan tertutup Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan,di Kota Bharu,hari ini-Foto Bernama.
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) tiada masalah jika Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata, BN akan mengikut keputusan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh pilihan raya. Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui sama ada pembubaran sebagaimana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah benar atau tidak.

“Dulu dia kata tak nak bubar sekarang nak bubar… tempoh masa tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Saya tidak tahu apakah maknanya itu, adakah makna, kalau tidak ada pengumuman pembubaran Selangor akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

“Kita BN tidak ada masalah, kita hadapi apa keputusan yang SPR buat dan kita akan laksanakan,” katanya kepada media hari ini selepas mendengar taklimat daripada pimpinan BN Kelantan dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan kumpulan strategik badan-badan bukan kerajaan di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Selangor akan bubar Dun lebih awal selepas Cap Goh Meh.(Sinar Harian-politik).Posted by abnmulya at 1829 hrs on January 31,2013.

No comments: