Tuesday, February 26, 2013

Hanya 30 hadiri ceramah Pas di Felda Bukit Rokan

 Hanya 30 hadiri ceramah Pas di Felda Bukit Rokan DINGIN... Sebahagian kira-kira 30 penyokong Pas yang menghadiri majlis penerangan manifesto PRU-13 pakatan pembangkang di Felda Bukit Rokan Utara, Tampin, Negeri Sembilan malam tadi. -

UTUSAN TAMPIN 27 Feb. - Program-program anjuran pembangkang di negeri ini semakin gagal mendapat sambutan.

Terbaru, hanya kira-kira 30 orang sahaja yang menghadiri majlis penerangan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran parti itu yang diadakan di Felda Bukit Rokan Utara, di sini malam tadi.

Kecewa dengan sambutan tersebut, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Taufek Abd. Ghani berjanji untuk mengadakan ceramah di dewan yang lebih besar apabila pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan di negeri itu selepas pilihan raya umum nanti.

 “Jika kita parti pemerintah, maka ceramah seperti ini tidak akan diadakan di bilik gerakan seperti ini, tetapi dewan besar di Tampin,'' katanya ketika menyampaikan penerangan itu.

Bagaimanapun janji Mohd. Taufek itu sekadar menerima sorakan kecil penyokong Pas yang menghadiri ceramah tersebut. - UTUSAN ONLINE-BERITA TERKINI/PILIHANRAYA( Posted by abnmulya at 1305 hrs on February 27,2013).

No comments: