
Ahad,March 17,2013 at 7.36pm.
Kira-kira pada jam 3.35 petang ini penulis telah membuka internet di rumah dan terus membuka Utusan Malaysia on line dan lantas penulis klik ke ruangan Dalam Negeri dan penulis telah membaca semua tajuk itu dari tajuk pertama dan seterusnya.
Bila penulis sampai ke tajuk nombor 6 penulis terlihat pada tajuk bertita yang berbunyi: Hadi salahkan Lahad Datu miskin punca serangan pengganas.
![]() |
| Abdul Hai Awng Presiden Pas |
Penulis paparkan di sini dari awal paragraph hingga ke paragraph akhir untuk tatapan para pembaca blog penulis ini.
SEGALA sanggahan yang akan penulis buat di bawah ini nanti?Semata-mata berdasarkan pada hujah-hujah Hadi Awang itu sendiri.
Hujah-hujahnya dari satu perenggan (paragraph) ke satu perenggan yang berikutnya,hingga akhir.Penulis tidak mahu akan dituduh ianya ditokok tambah dan sebagainya.
Di bawah ini ada penulis siarkan hujah-hujah Hadi Awang itu dari satu perenggan ke satu perenggan hingga akhirnya yang telah disiarkan Utusan Online.
JOHOR BAHARU 17 Mac: Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sudah-sudah melatah,membuat tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).
Jika sebelum ini Abdul Hadi mengatakan atau mengibaratkan program bantun rakyat 1 Malaysia (BRIM) di pelupor oleh kerajaan Malaysia menyamai apa yang pernah dilakukan oleh Firaun,malam tadi beliau membuat kesimpulan pribadinya pula tentang serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu,di Sabah.
Walupun umum mengetahui kumpulan pengganas itu menceroboh kerana mahu menuntut pampasan terhadap Sabah,namun Abdul Hadi pula menyifatkan masalah kemiskinan dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu sebagai pencetus serangan itu.
Dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram dekat sini,beliau dengan nada angkuh mendakwa insiden serangan tersebut tidak akan berlaku sekiranya pembangkang memerintah negara.
"Di Lahad Datu,Sabah selepas 50 tahun merdeka,masih banyak rumah atas air,tanah banyak di darat tetapi tidak diberi ( kepada penduduk). Masalah kemiskinan dan kemudahan asas tiada,ini mengundang musuh datang," katanya.
Yang tureut hadir,Penasihat DAP, Lim Kit Siang,Pesuruhjaya Pas Negeri,Datuk Mahfodz Mohamed,dan Pengerusi DAP negeri Dr.Boo Cheng Hau.
Walau menampilkan nama-nama besar pimpinan pakatan pembangkang,namun ceramah yang berlangsung kira-kira 3 jam itu bermula dari pukul 9.malam itu tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri kurang 500 orang.(Utusan online).
KOMEN PENULIS.
Setelah penulis baca keseluruhan hujah-hujan Abdul Hadi Awang berhubung dengan sebab-sebabnya kenapa tercetusnya serangan di Lahad Datu,di Sabah itu?
Penulis dapati hujah-hujah Abdul hadi Awang itu sungguh tidak logik, fokusnya dangkal sekali dan fakta yang diutarakannya itu "baseless".Semata-mata menjadi bahan ketawa setiap orang yang membacanya disebabkan tiada mutu.
Menurut Abdul Hadi Awang, faktor kemiskanan dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu itu kononnya sebagai pencetus serangan pengganas Sulu itu.
Kepada Abdul Hadi Awang yang diheboh-hebohkan oleh pengikut Pas,satu-satunya tokoh politikyang layak diangkat sebagai bakal jadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang pada PRU ke:13 ini.
Menurut hemat penulis! Abdul Hadi Awang bukanlah orangnya untuk diletakan sebagai,"As the right man on the right place?".Jika ini terjadi? Malaysia bukan akan jadi lebih baik tetapi akan jadi sebaliknya.
Berhubung dengan hujah-hujah Abdul Hadi Awang yang mengatakan akibat kemiskinan dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu? Mengundang penceroboh datang menyerang Lahad Datu,di Sabah. Hujah-hujahnya itu terpaksa penulis sanggah sekuat-kuatnya.
Di bawah ini ada penulis paparkan kisah-kisah akibat kekayaan yang dimiliki oleh beberapa buah negara diTimur Tengah mengakibatkan negara-negara tersebut telah diserang oleh Yahudi dan Amerika untuk memiliki kekayaan itu baik secara langsung ataupun tidak langsung.
Tidak pernah kita dengar Amerika menyerang negara-negara Afrika yang miskin, papa dan kedana? Hanya Abdul Hadi Awang seorang sahaja yang mengatakan akibat kemiskinan dan ketiadaan kemudahan asas lantas mengundang musuh menyerang Lahd Datu.
1).Di dalam dunia ini mana ada semut-semut akan datang mengerumuni di sesuatu tempat itu jika tiada gula?
2).Amerika tidak akan menyerang Iraq ketika Saddam Husin berkuasa, jika Iraq itu tidak kaya dan tidak punya reserve minyak yang banyak?
3). Begitu juga denagn Libya. Amerika dan negara-negara sekutunya di Barat? Tidak akan menyokong dalang-dalangnya untuk menghancurkan Ghadafi di Libya itu, jika Libya tidak kaya dengan hasil minyaknya?
Untuk pengetahuan Abdul Hadi Awang.Tidak akan ada dalang yang sanggup mengupah Jmalul Kiram dan tentera pengganas Jamlul Kiram,jika Lahad Datu dan Semporna itu masih miskin.
Tidakkah Abdul Hadi sedar? Di pohon yang rendanglah jadi tempat tumpuan bagi orang-orang hendak tumpang berteduh ketika panas matahari menyinarkan cahaya panasnya?
Ertinya di sebakan Malaysi maju dalam serbi serbi dan boleh dikatakan negara yang dah kaya rayalah maka banyak orang iri hati dan hendak merampas kekayaan itu. Tidak pernah terdengar perompak akan merompak orang miskin?
Siapa yang sanggup mengeluarkan wang ringgit berjuta-juta? Jika Lahad Datu dan Semporna,di Sabah itu yang berada dalam Malaysia,masih berada di dalam keadaan miskin dan papa kedana? Lahad Datu dan Semporna hanya dijadikan batu loncatan untuk menawan Sabah. Kerana jarak jauhnya antara Tawi-Tawi terlalu dekat.Menaiki boat laju hanya 30 minit dah sampai.
Kerana kekayaan Sabah yang telah merdeka menerusi Malaysia dan setelah dibangunkan ekonomi Sabah ternyata Sabah punya lubuk minyak dan gas aslinya akibat telah diuruskan oleh pemimpin pusat yang berwibawa hinggakan Sabah kini jadi kaya-raya. Tidak semacam 50 tahun yang lalau ketika belum merdeka menerusi Malaysia. Tidak siapa pun yang hendak pandang Sabah.
Itulah faktornya mengakibatkan Sabah diserang melalui Lahad Datu dan Semporna terlebih dahulu oleh pengganas Jamalul Kiram yang menerima upah dari dalang-dalang yang berminat merampas kekayaan Sabah. Kononnya mereka beranggapan Sabah boleh di tawan dengan mudah iaitu dalam amasa 2 jam sahaja..
4).Sebagai mana dunia telah maklum bahawa Korea Utara, kini dah ada peluru berpandu jarak jauh dan jarak dekat dan juga dah ada bom atom. Tetapi Yahudi dan Amerika hanya bising-bising di mulut sahaja dan tidak menyerang.
Kenapa Amerika tidak serang Korea Utara? Sebabnya Korea Utara itu negeri miskin,tidak ada hasil bumi yang boleh dimanfaatkan oleh Amerika.Membazirkan tenaga,membazirkan buah fikiran,membazirkan wang ringgit Amarika dan untuk apa faedahnya Amerika mengkorbankan nyawa askar- askarnya untuk menghnacurkan Korea Utara yang miskin dan tidak ada apa-apa hasil itu?
Amerika bukannya bodoh dan tolol. Amerika masih ada Korea Selatan yang telah jadi negara kaya dan sedang membangun. Amerika masih boleh membuat keuntungan selagi mana Amerika berniaga dengan Korea Selatan dan sebagainya.
Berhubung dengan dakwan Abdul Hadi Awang Lahad Datu dah merdeka 50 tahun tapi penduduknya masih duduk di rumah-rumah di atas air.
![]() |
| Kampung Nelayan Seberang Takir di Kuala Terengganu.Ertinya bukan di Lahad Datu dan Semporna sahaja penduduk-penduduknya membina rumah di atas air.Di Negeri Abdul Hadi Awang pun banyak juga. |
Itu bukan kerana kemiskinan.Sebenarnya mereka rasa selesa dan suka menetap di sana? Nelayan-nelayan itu masih mendirikan rumah kediaman mereka ditepian laut secara turun temurun.Banyak di antara mereka punya banyak wang dan hidup selesa dan mampu hidup di rumah-rumah pangsa atau di rumah-rumah terace dan sebagainya?
Pun begitu? Mereka tetap tidak mahu. Macam orang-orang asli yang berselerak di seluruh Semenanjung Malaysia.Mereka itu lebih suka duduk di dalam hutan berbading dengan di bandar-bandar. Itu sudah jadi tabiat semula jadi mereka.Dah jadi kebudayaan mereka.
Di Kota Baharu,di Kelantan pun hingga kini masih ada penduduk-penduduk yang sejak dulu membuat rumah rakit di tepian Sungai Kota Baharu itu,di sekitar bandar Kota Baharu.
![]() |
| Rumah-rumah rakit yang dibuat di tepai tebing sungai Kota Baharu di sekitar bandar Kota Baharu di tebing Sungai Kota Baharu itu sendiri. |
![]() |
| Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Selaku Presiden Pas yang kebanyakan dari pengikutnya mahukan Abdul Hadi Awang jadi Perdana Menteri berbanding dengan Anwar Ibrahim pencetus reformasi yang membawa tuah pada Pas menumpang pengaruh Anwar itu sendiri.?
Ketika membuat ulasan politik terhadap Umno-BN di sesuatu tempat atau di mana -mana sahaja yang iklim hidup rakyatnya di tempat itu berbeza dari Trengganu mislanya?
Hendaklah berhati-hati dan memberi hujah-hujan yang logik agar hujan-hjujah itu tidak jadi bahan ketawa ketika di baca oleh orang-orang lain.Kerana Abdul Hadi Awang itu meruapkan Presiden Pas bukan orang sebarangan.
Setiap kata-katanya akan di analisa dan dinilai mutunya dan ke mana arah tujuannya.Justeru Abdul Hadi Awang hendaklah sentiasa bersabar ketika hendak menghentam Umno-BN.
Bukannya Umno-BN yang rugi dan dipandang rendah, jika Abdul Hadi Awang terlepas cakap yang bersifat angkuh ketika memberi kenyataan politik,malah Abdul Hadi Awang itu sendiri yang rugi disebabkan ketika membuat kenyataan hanya ikut sedap mulut aje dan tidak berhemah.
5).Parti Pas pernah menang suara majoriti di Terangganu pada piliharaya 1999 dulu.Pas berjaya membentuk kerajaan dan Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu dari penggal 1999 hingga tahun 2004.
Lazimnya? Maju atau mundur sesebuah negeri itu ianya bergantung erat dengan kebijaksanaan Menteri Besarnya selaku nahkoda kapal yang memberi warnanya.
Dalam masa 5 tahun lebih kurang itu?Apakah Abdul Hadi Awang telah berjaya menjadikan negeri Terengganu dan rakyatnya,baik yang berada di bandar-bandar Terengganu mahupun yang berada di perdalaman Terengganu dan juga pada nelayan-nelayan yang menduduki dipinggir laut itu?
Ketika Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besarnya? Adakah mereka itu dah hidup dalam keadaan senang lenang ataupun dah berjaya jadi jutawan dalam bilangan yang besar sebagai memenuhi kehenkan dasar ekonomi baru bahawa kaum bumi putra Melayu mesti memegang kekayaan negera sebannyak 30% sekurang-kurangnya?
Dah berjayakah Abdul Hadi Awang menaikan taraf kehidupan rakyat Terengganu terutama nelayan-nelayan yang bermastautin di pinggir laut rakyat di perdalaman Terengganu itu berubah nasibnya dari miskin jadi kaya raya dan sebagainya?
Jawapannya? Sudah terang lagi bersuluh... Abdul hadi dan Pas telah gagal menepati janjinya dan mengkotakan kata-katanya. Maka itulah faktor yang jadi pencetus kenapa parti Pas dan Abdul Hadi Awang tumbang di Terengganu dalam PRU tahun 2004.
Tumbang tersungkur dikalahkan dengan teruknya oleh anak muda yang bernama Idris Jusoh.Hero Umno-BN pada PRU ke:12 dulu itu. Insaf dan sedarkah Abdul Hadi Awang apa sebabnya beliau dan Pas tewas tersungkur?
Allah SWT., telah anugerahkan kepada Abdul Hadi Awang dan regimnya kuasa politik yang mutlak untuk memerintah Terengganu bermula pada tahun 1999 hingga 2004. Ketika itu hanya negeri Terengganu, Abdul Hadi Awang jadi nakhodanya atas nama parti Pas.
Hasilnya? Apa dah jadi? Abdul Hadi Awang telah gagal dan pimpinanya telah ditolak oleh rakyat Terengganu itu sendiri.Rakyat telah memberi mandat semula pada Umno-BN memerintah Terengganu dari tahun 2004 hingga kini.
Kalau Umno-BN berkata demikian? Tentu semua orang akan percaya dan begitu yakin dan bersetuju disebabakn berdasar dengan pengalaman yang begitu luasdan dan punya begitu banyak rekod-rekod kejayaan memerintah seluruh Malaysia.Rekod-rekod kejayaannya telah dibuktikan.
Pihak pembangkang baru jadi hendak memulakan langkah mencari pengalaman? Umno-BN sudah berada 5 kilometer kehadapan.Ketika pembangkang baru tiba 5 kilo jauhnya.Umno-BN sudah berada 100 kilo meter di hadapan meninggalkan pembangkang.Pembangkang tetap saja ketinggalan.....
Sejarah telah mencatatkan di dalam sejarah Malaysia.Bahawa Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dah...Jadi buat apa dan tidak ada sebabnya dan keperluaannya Umno-BN mesti ditolak dan kuasa politik Umno-BN harus diberikan kepada pihak pembangkang? Tidak ada keperluannya?
Apa manfaatnya kuasa politik memerintah seluruh Malaysia mesti diberi pada pemabngkang?Semua rakyat Malaysia dah tahu dah.. Parti-parti pembangkang itu hanya kaya dengan janji-janji yang tidak ditepati? Pembangkang masih miskin dan kering kontang dengan pengalaman.
Tanpa pemngalaman bagaimana hendak melakukan perubahaan yang drastik? Mustahil dan omong kosong belaka.
Sedangkan Umno-BN dah punya banyak rekod-rekod bahawa segala janji-janji telah pun di tepati dengan cepat sekali. Segala kata tetap dikotakan. Menolak Umno-BN bererti menolak tuah.Ibarat anda mahu menukarkan nasib anda dan rakyat dari terang benderang bertukar jadi gelap gulita dan sebagainya.Tidakkah ini perbuatan gila namanya?
Pembangkang sebenarnya tidak punya pengalaman memerintah seluruh Malaysia.?Masih terkial-kial mahu belajar cari pengalaman di 4 negeri yang dikuasainya itu, hasil dari percubaan yang telah diberikan oleh rakyat di 4 negeri itu.Malangnya pembangkang telah gagal dan mengkhianati kepercayaan rakyat di negeri itu.Tetap ditinggalkan oleh Umno-BN di barisan belakang.
Buktinya? Lihatlah apa dah jadi di empat negeri yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mereka menunjukan kebolehannya? Apa dah jadi? Semuanya jadi songsang belaka. Macam tikus membaiki labu.Hancur musnah semua labu-labu itu.
Penulis akui. Di negara bebas macam Malaysia ini? Semua orang termasuk juga Abdul Hadi Awang boleh cakap itu dan ini.. dan boleh cakap hendak buat itu dan ini.Lidah itu kan tidak bertulang. Tetapi bila tiba waktu untuk mengkotakan apa yang dikatakan itu?
Bukanlah soal yang senang. Contohnya? Ketika berkuasa di Terengganu pada tahun 1999 dulu itu? Abdul Hadi Awang telah gagal dan tidak berjaya mempamirkan kebijaksaan mereka yang unik pada rakyat. Ertinya? Merubah taraf hidup rakyat Terengganu dari miskin jadi kaya-raya dan sebagianya?
Mustahil sekali rakyat Terengganu telah menolak mereka? Jadi, Abdul Hadi Awang kenalah muhasabah diri anda terlebih dahulu sebelum berani mendakwa mengatakan kononnya orang ini tidak bijak atau sebagainya.
Kerana ketika seseorang itu menunjukkan satu jari telunjuknya ke arah orang lain?Harus diingat! Maka suka atau tidak suka? Atau pun mahu atau tidak mahu? Maka 3 jari anda itu akan menunjukkan ke arah anda sendiri.
Justeru hati-hati ketika berbicara. Terlajak perahu boleh mudik semula, tetapi terlepas cakap buruk padahnya.(Posted by abnmulya at 1936 hrs on March 1,2013.






No comments:
Post a Comment