Saturday, March 16, 2013

Memang ADA Sandiwara Di Lahad Datu...

Sabtu, 16 Mac 2013 21:08 
ROSLAN BIAN

Gambar atas: Penulis bersama Datuk Seri Zahid Hamaidi dan Datuk Seri  Hishamuddin semasa di Lahad Datu.
Saya tiba di Lahad Datu sehari sebelum pihak keselamatan memulakan serangan ofensif ke atas kumpulan pengganas Sulu yang berkubu di Kampung Tanduo, berhampiran Felda Sahabat.

Walaupun sudah ramai rakan-rakan media berkampung di pusat media Felda Sahabat Residence sejak insiden itu, namun mungkin saya wartawan paling awal mendengar deruman jet pejuang dan ledakan bom pada pagi Ops Daulat bermula jam 7 pagi, 5 Mac.

Ini kerana ketika saya sampai ke pusat media itu bersama Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Tajudeen Abdul Wahab, 10 minit sebelum serangan bermula, belum ada seorangpun petugas media memulakan tugas pada pagi tersebut.

Hanya kira-kira jam 7.45 pagi, iaitu tidak lama selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pihak berkuasa sudah melancarkan serangan besar-besaran terhadap kunmpulan pengganas Sulu, barulah petugas media yang sebilangan besar menginap di Felda Residence kelam kabut memulakan tugas.

Apapun, sehari sebelum itu pada Isnin hari saya mula menjejak kaki ke pusat media, Junaidi Suboh, wartawan penyiaran TV3 yang awal-awal lagi ‘berkampung di situ mengusik saya sebaik sahaja kami bersalaman.

“Hah, Agendadaily pun cover perang...selalu cover perang politik saja,” katanya.

Saya membalas, “ bukan nak cover perang Wak (panggilan biasa saya untuk Junaidi) tetapi nak tengok betul ke ada orang politik kata ini sandiwara,”.
Wahai pada semua yang mulutnya gatal dari  regim pembangkang apakah ini sandiwara? Pejuang negara ini sanggup berpisah dengan isteri-isteri dan anak-anak tersayang mereka demi mempertahankan kedaultan negara yang telah diceroboh oleh pengganas Sulu yang tidak siuman itu. Para pembangkang yang gatalgatal mulut sedap-sedap berada di rumah besar.Peluk anak bini seadanya.
“Dia orang mana tahu. Semua nak kait dengan politik, datanglah sendiri tengok,” balas Junaidi.

Memang betul katanya. Naib Presiden PKR Tian Chua yang dakwa insiden di Lahad Datu dan Semporna adalah sandiwara terancangan UMNO-BN untuk takutkan rakyat menjelang PRU 13, patut datang sendiri ke Lahad Datu.

Begitu juga dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa orang Jeneral bersara ATM yang perlekeh keupayaan pihak keselamatan menangani pencerobohan tersebut.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang hingga kini masih berkokok minta diadakan sidang khas Parlimen membincangkan perkara itu juga patut sama-sama ke Lahad Datu.

Pemimpin pembangkang ini kena datang tengok dengan mata, dengar dengan telinga sendiri bagi rasai keperitan pihak berkuasa bertungkus lumus menangani peperangan ala gerila oleh pengganas Sulu.

Mereka kena lihat bagaimana ‘wajah-wajah’ serius dan cemas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar, Panglima ATM (PAT) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam mendepani kumpulan pengganas yang ketika itu sudah membunuh lapan pegawai serta anggota polis di Kampung Tanduo dan Semporna.

Setiap hari Ismail dan Zulkifeli bukan sahaja ditunggu-tunggu petugas media d Fendai Residence tetapi rakyat seluruh negara bagi mengetahui perkembangan usaha pihak keselamatan berdepan musuh negara tersebut.

Tahukah anda wahai golongan para pembangkang di dalam negara! Apakah bendanya yang berada di dalam keranda itu? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah JENAZAH hero negara dari anggota angkatan bersenjata Malaysia yang telah mati dibunuh oleh pihak pengganas Sulu yang mendarat dan menyerang Lahad Datu dan di Semporna baru-baru ini. Apakah ini sandiwara? Bukalah mata anda besar-besar sebelum dibutakan oleh Allah swt.
Mereka hanya muncul kira-kira setengah jam sebelum sidang media yang selalunya diadakan jam 10 pagi dan 4 petang, kadangkala terpaksa dilewatkan kerana Ismail dan Zulkifeli terpaksa command operasi bersama.

Setiap kali sidang media yang disiarkan langsung sama ada oleh RTM dan TV3, Tian Chua, Anwar dan Salahuddin dan bekas-bekas jeneral ATM yang gatal mulut mengkritik pihak keselamatan patut tengok wajah Ismail dan Zulkifeli dan apa mereka maklumkan dalam sidang media itu.

Apakah diwajah mereka seperti bersandiwara apabila mendedahkan ada musuh tewas manakala di pihak keselamatan ada yang gugur, adakah mereka berlakon menunjukkan gambar-gambar mayat musuh dan senjata yang ditemui dalam operasi di Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian?

Ini tidak ambil kira wajah petugas-petugas media yang bertungkus lumus membekalkan bahan berita dan ada yang sudah sebulan meninggalkan keluarga masing-masing.

Mereka makan dan minum serta tidur ala kadar malah diselubungi kebimbangan kerana Felda Sahabat Risidence tidak sampai 20 kilometer daripada tiga lokasi persembunyian pengganas dan premis itu terdedah risiko jika kumpulan penceroboh Sulu menyerang.

Bahkan, jika ada jet pejuang melintas dan dentuman bom sama ada tembakan mortar dan meriam, bunyinya masih boleh didengari di situ.

Itu tidak ambil kira yang kena marah dan herdik oleh pihak keselamatan kerana cuba ‘curi-curi’ masuk ke zon perang untuk melaporkan dan mendapatkan gambar pertempuran bagi membuktikan pencerobohan pengganas itu bukan sandiwara yang ditohmah pembangkang.

Saya sendiri diherdik apabila cuba masuk ke check point utama menuju ke Kampung Tanduo pada pagi serangan jet pejuang F18 Hornet dan Hawk bagi menggempur musuh keluar daripada persembunyian.

Pihak keselamatan – polis dan angkatan tentera – yang jumlahnya beribu-ribu orang di sekitar Lahad Datu dan Semporna, mungkin juga di Tawau dan Sandakan jelas bukan bersandiwara kerana nyawa mereka sentiasa dihujung peluru yang tidak bermata.

Najib sendiri menegaskan tidak pernah mengarahkan pihak keselamatan bersandiwara dalam isu pencerobohan pengganas di Sabah dan hanya orang gila sahaja boleh berfikiran demikian apatah lagi setakat ini 56 musuh tumbang dan 10 orang di pihak keselamatan gugur.

Begitu juga dengan keluarga lapan anggota polis dan dua anggota tentera yang terpaksa meratapi mereka gugur apatah lagi ada mayat anggota polis yang terbunuh di Semporna dianiaya.

Namun bagi saya, sandiwara dimaksudkan Tian Chua memang betul tetapi bukan berpunca UMNO – BN tetapi babitkan pembangkang sendiri.

Bayangkan ketika semua pihak bertungkus lumus dengan tugas masing-masing sama ada pihak keselamatan dan petugas media, tiba-tiba Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee yang rapat dengan pembangkang serta Anwar, muncul di pusat media.

Pemimpin politik Sabah itu datang dengan kira-kira 10 pengikut memakai baju kuning berlambang parti sekaligus menyebabkan ada petugas media merungut melihat tindak tanduk Teck Lee yang mungkin mencari ‘publisiti murah’ dengan insiden Lahad Datu.

Beliau kemudian yang diminta beredar kemudiannya sempat adakan sidang media di pintu masuk kononnya memuji pihak keselamatan yang sedang menyanbung nyawa menangani kumpulan pengganas Sulu.

Ingatkan tiada lagi orang luar datang hendak menangguk di air keruh tetapi jangkaan itu meleset apabila dua hari selepas itu orang yang ada kaitan dengan Anwar iaitu Chegu Bard ataa Badrulhisham Shahirin dengan beberapa kawannya muncul di Pusat Media.

Beria-ia benar nampaknya ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) nak jumpa KPN dan PAT untuk serah nota penghargaan kepada pihak keselamatan tetapi minta maaf la...bukan masanya untuk cari publisiti murah atas kesusahan orang lain Chegu Bard.

Beliau juga adakan sidang media di Felda Residence Sahabat minta adakan sidang khas Parlimen bincang isu pencerobohan di Sabah. Beliau minta Najib dan Anwar duduk semeja serta mahu sidang itu berdasarkan semangat negara demokrasi yang mengutamakan keputusan Parlimen.

Pelik juga dengan perangai Cekgu Bard. Pada ketika Tian Chua dan Anwar tuduh dan cakab macam-macam pasal pihak keselamatan dan insiden di Lahad Datu, beliau boleh cadang boss nya itu duduk bincang dengan Perdana Menteri.

Bila saya tanya kenapa Anwar dan Tian Chua cakap lain dan beliau datang Lahad Datu puji pihak keselamatan, Chegu Bard kata beliau tidak datang atas tiket politik tetapi SAMM. Tidakkah ini sandiwara namanya Chegu Bard....?

Semestinya, mereka yang kerap bersandiwara akan menuduh pihak lain berbuat demikian. Justeru itu, apabila Tian Chua dituduh di mahkamah gara-gara mulut celuparnya mengaitkan insiden Lahad Datu dengan konspirasi dan sandiwara UMNO-BN, tindakan itu amat wajar.

Kerana mulut badan binasa – dan Tian Chua tidak harus terlepas begitu sahaja. Begitu juga dengan pihak lain yang menjadi dalang insiden pencerobohan Sabah yang kini sedang disiasat oleh kerajaan Malaysia dan Filipina.

Mungkin siapa yang bersandiwara akan terdedah akhirnya. Setidak-tidaknya siasatan oleh pihak berkuasa akan mendedahkan siapa dalang yang baling batu sembunyi tangan dalam gerakan menawan Sabah itu.

Jika mereka adalah rakyat negara ini, selain hukuman keras, lucut sahaja kerakyatan mereka. Dan pada rakan-rakan yang masih di pusat media, selamat bertugas dan kepada KPN serta PAT serta seluruh warga keselamatan di Lahad Datu. Terima kasih atas pengorbanan kalian.

Kepada pihak keselamatan yang gugur, semoga Allah SWT menempatkan kalian di tempat para syuhada. Amin - ( 16/3/2013- OLEH ROSLAN BIAN-AGENDA DAILY.)



No comments: