Sunday, April 28, 2013

Calon Parlimen Gombak : Datuk Dr.Rahman Ismail, dah pun melawat cawangan Umno(penaja)di Batu 10 1/2,Bahagian Gombak,di Gombak Utara.

Lan Lemanag berbaju batik dipegang bahunya oleh Datuk Rahmana Ismail,calon Parlimrn Gombak.Yang lain adalah sebahagian AJK Cawangan Umno  (penaja) di Batu 10 1/2 di Gombak Utara.Mazlan Lemang jadi Ketua cawangannya.Gambar ini di amabil di dalam bilik gerakannya.



Isnin,April 29,2013 at 5.23 am.

Setiap individu yang telah melibatkan dirinya di arena politik dan telah dipilih pula untuk bertanding sebagai calon Parlimen atas nama Umno-BN memang berhasrat untuk menemui semua petugas-petugas parti Umno-BN di "Bilik Gerakan" yang berada berselerak di dalam  sesuatu Parlimen itu.

Hanya masa yang dapat menetukannya bilakah calon itu akan dapat melawat cawangan itu atau pun melawat bilik gerakan PDM itu dan sebagainya.
Gambar  Datuk Dr.Rahman Ismail,dibanting yang digantung.

Hanya individu-individu yang kurang sabar dan kurang arif tentang kesibukan seseorang calon Parlimen itu? Tentu tidak faham dan tidak mengerti betapa berat tugas yang sedang dipikul oleh sesaorang calon Parlimen itu ?

Betapa berat mata memandang? Lebih berat lagi bahu yang memikulnya.

Pada orang-orang yang tidak sabar dan mudah mengambil kesimpulan dan mudah terasa kecil hati dan kemudiannya tidak henti-henti mengomel kononnya calon ini dan calon itu dah lupa pada mereka walaupun belum jadi Ahli Parlimen (MP) atau pun  ADUN.

Ada yang mengatakan baru jadi calon dah mudah lupa pada kawan-kawan seperjuangan dan bermacam -macam lagi tohmahan dan persepsi yang lain telah diluahkan semata-mata mengikut nafsu amarahnya yang tidak dipandu oleh sikap sabar dan iman dan taqwa yang kuat.

Dalam konteks ini Allah berfirma: "Barang siapa yang bertaqwa dan berlaku baik tidak akan ada rasa khuatir pada diri mereka dan mereka tidak akan berduka-cita." ( Al-A'raf: 35).

Beginilah semacam yang telah terjadi pada Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Gombak dan 3 lagi calon DUN yang telah dipilih oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk bertanding pada PRU-13 ini,di Parlimen Gombak dan sekaligus diharapkan oleh Dartuk Seri Mohd Najib,bahawa calon-calon yang telah dipilihnya itu akan mendapat kejayaan dan kemenangan seperti mana teah dirancangkan.

Akibat Datuk Dr.Rahman Ismail,dianggap lewat sedikit turun padang menemui pada setengah-tengah ketua dan AJK bilik gerakan cawangan dan PDM? Maka timbullah bermacam-macam persepsi telah dilemparkan ke atas beliau kononya tidak sensetif terhadap hati nurani AJK setengah cawangan dan juga pada setengah-tengah AJK PDM.
Datuk Dr.Rahman sedang tanda tangan di buku kehadiran.
Untuk mencapai harapan dan tujuan Datuk Seri Najib agar kejayaan di Parlimen Gombak menjadi kenyataan?

Maka di atas pundak calon Parlimen Gombak dan kepada 3 lagi calon DUN di dalam Parlimen Gombak itu dipertaruhkan tanggung jawab untuk melaksanakan tugas masing-masing agar mencapai kemenangan pada PRU-13 ini?

Dengan kata lain? Di atas bahu 4 orang tokoh politik inilah, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memilih 4 orang tokoh dari Gombak yang merupakan calon-calon yang terbaik untuk beliau mempertaruhkan harapannya yang tinggi menggunung itu.

Untuk membalas budi baik dan kepercayaan Datuk Seri Mohd Najib itu? Maka calon Parlimen Gombak itu sendiri dan juga 3 lagi calon-calon DUN di Parlimen Gombak,dilihat sedang kuat bekerja dan berazam mendapat kemenangan yang gemilang.

Ada diantara calon-calon itu ada yang dah hilang suara akibat terlalu banyak berceramah di setiap cawangan di kawasan DUN masing-masing.Pada satu malam boleh dikatakan calon-calon DUN itu terpaksa pergi berceramah hingga di lima atau enam tempat.

Pada waktu siang pula pergi melawat para pengundi di pasar-pasar dan di berbagai-bagai lagi tempat dalam usaha untuk menemui para pengundi di ssesutu kawasa DUN itu sebanyak-banyak yang boleh untuk menagih undi.

TUGAS BERAT CALON PARLIMEN

Selaku calon Parlimen? Maka tugas dan tanggung jawab calon Parlimen itu? Boleh dikatakan adalah lebih berat lagi tugas dan kerja-kerja yang mesti dilakukan berbanding dengan calon-calon DUN itu sendiri. Contohnya, di dalam Parlimen Gombak itu sendiri ada 3 kawasan DUN untuk dilawati.
Mazlan Lemang berbaju batik bergambar dengan AJK (PENAJA)lengkap dengan ketua wanita,ketua pemuda dan ketua puterinya, di cawangan yang diketuinya itu.Nama senarai penuh akan disiarkan pada tulisan yang lain.
Jadi,Calon Parlimen itu terpaksa pergi berceramah dan menemui pengundi-pengundinya tiga kali ganda banyak tugasnya,di tiga kawasan DUN. Iaitu di DUN Batu Caves,di DUN Gombak Setia dan di DUN Hulu Kelang.

Sedangkan masa yang ada setiap hari ialah 6 jam pada siang hari dan 6 jam sahaja pada malam hari yang boleh berkempen dan menemui rakyat sebagai pengundi.

Justeru itu,selaku calon Parlimen,para penyokong Umno-BN di cawangan-cawangan dan di PDM harus faham dan mengerti bahawa calon Parlimen itu begitu sibuk dan begitu ketat atur caranya untuk mengejar masa yang ada 6 jam siang dan 6 jam malam itu?

Sudah pasti ada di antara Cawangan dan PDM yang lewat dilawati oleh Datuk Dr.Rahmana Ismail sebagai calon Parlimen?  Sudah tentu dan tidak dapat dielakkan mesti ada di antara cawangan-cawangan dan PDM  yang agak sedikit lewat dilawati itu?

Akan rasa kecil hati dan tersinggung perasaannya.Itu biasalah...memang sukar untuk memberi kepuasan pada semua orang?

Akibat dari tersinggung hatinya itu? Maka bermacam-macam boleh terjadi dan penulis rasa tidak perlu dihuraikan satu persatu pada tulisan ini.Jika dihuraikan pun bukan memberi untung apa-apa pun pada perjuangan menempuh PRU-13 ini.?

Malah merugikan perjuangan Umno-BN itu sendiri dan hanya akan menguntungkan pihak lawan Umno-BN kerana dah tahu kononnya Umno-BN punya kemelut dalaman menghadapi PRU -13 yang amat sengit ini.

Pada malam semalam, kira-kira jam 8.30 malam,Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Gombak dah pun datang melawat Bilik Gerakan Cawangan Umno,(penaja) di Batu 10 1/2 di Gombak Utara,menemui Ketua cawanga (penaja) Sdr. Mazalan Rashid ( Lan Lemang) yang dilihat semacam telah merasa sedikit kecil hati itu.

Pun begitu? Ketibaan Datuk Dr.Rahman Ismail, disambut oleh Mazlan Rashid dengan riang gembira dan mereka telah berbincang bagaimanakah cara-cara yang paling elok dan efektif untuk menggerakan kerja-kerja AJK penaja cawangan itu dalam konteks memujuk,merayu, pengundi-pengundi di sekitar kawasan bilik gerakannya itu.

Kebetulan, ketika Datuk Dr.Rahman Ismail, tiba di bilik gerakan Mazlan Lemang itu? Penulis lebih awal dah ada di sana berehat sebentar kerana dah selesai membuat tinjauan di kawasan Gombak Utara, mulai dari selepas solat Asar.

Penulis telah membuat tinjauan berapa banyak poster poster dan gambar banting Datuk Dr.Rahman Ismail telah di pasang oleh tenaga kerja di cawangan-cawangan dan juga di PDM-PDM di sepanjang kawasan Gombak Utara itu untuk dilaporkan terus kepada Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Gombak,agar beliau memaklumi senario sebenarnya.

Sebahagian daripada poster-poster gambar Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Gombak,digantung  banyak sekalai, di bilik gerakan Sdr.Huisn Ngah Yin,Datuk Batin ,orang-orang asli, di Batu 12,di Gombak Utara dalam Parlimen Gombak.
Dari tinjauan yang telah dibuat oleh penulis? Maka penulis dapati Bilik Gerakan En.Husin Ngah Yin,Datuk Batin, orang-orang Asli,di Batu 12 di Gombak Utara yang telah memeluk agama Islam sejak Datuk Dr.Raham Ismail,jadi Ahli Parlimen Gombak,bagi penggal 2004 hingga 2008 dulu?

Dr.Rahman Ismail yang menerima ikrar akad bagi Husin Ngah Yin memeluk agama Islam pada tahun 2007.

Bilik gerakan Husin Ngah Yin itu merupakan Bilik Gerakan yang hebat dan aktif. Poster gambar Datuk Dr.Rahaman Ismail, sebagai calon Parlimen Gombak dan poster calon DUN Gombak Setia,Datuk Said Anwar sudah di pamirkan dengan sebaik-baiknya. Bukan sahaja di tampal di dinding dan di gantung di bilik gerakan itu sahaja.

Malah di jalan raya,di bahu-bahu jalan raya itu,di kiri dan di kanan bahu jalan itu telah di gantung dengan poster-poster Datuk Dr.Rahman Ismail dan gambaar Datuk Said Anwar telah dipamirkan banyak sekali.

Di bilik gerakan Sdr.Khidir, di Batu 11 telah di gantung gambar poster dan gambar banting di depan bilik gerakan tersebut dalam bilangan yang banyak dan menarik juga.

Di bilik gerakkan PDM Hj.Haron, ketua PDM bagi seluruh cawanag Umno-BN di Gombak Utara, di lihat ada 1 keping gambar calon DUN Gombak Setia, Datuk Said Anwar dan ada satu poster gambar Datuk Dr.Rahman Ismail, tergantung di pintu masuk bilik gerakan PDM itu.

Pada keseluruhannya, iaitu bermula dari bilik geraka cawangan Mazlan Lemang hingga ke simpang 3 lampu trafik, hingga ke jalan menuju ke Universiti UIA, gambar poster dan banting Datuk Rahman Ismail,langsung tidak ada.

Yang ada gambar calon DUN Gombak Setia dari Umno dan poster calon bebas dan calon-calon PAS/PKR melambak di pasang disekitar kiri dan kanan di bahu jalan itu.Kenapa begitu jadinya? Ada golongan yang sabotaj ke?

Jika ada/ Ini merupakan perbuatan yang salah dan bertentangan dengan kemahuan pucuk pimpinan teringgi Umno-BN.Tindakan harus segerea diambil.Umno-BN perlu menang calon Parlimen dan calon DUN.Perselisehan secar individu tidak harus dicampur aduk dengan perjuangan  PRU-13 ini.

Gambar poster Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Gombak,digantung di bilik gerakan cawanagn Sdr.Khidir di Gombak Utara,Batu 11.
Kenapa poster dan banting Datuk Dr. Rahman Ismail, calon Parlimen yang penting juga tidak ada. Bila penulis tanya pada Datuk Dr.Rahman Ismail? Menurut beliau bahawa poster dan gambar banting itu telah pun dah diberi kepada wakil-wakil cawangan dan wakil PDM Umno yang sah di kawasan teresebut?

Diingatkan ! Bahawa calon Parlimen dan calon DUN adalah sangat penting bagi Umno-BN di Parlimen Gombak itu sendiri. Kerana pertarungan Umno-BN mahu ada majoriti di Parlimen  lebih (dua per tiga)iaitu sekrang-kurangnya sebanyak 148 kerusi dari jumlah 222 kerusi di Parlimen.

Ertinya?Untuk mempunyai kuasa politik yang kuat di Parlimen Malaysia yang punya 222 kerusi itu? Umno- BN mesti ada sebanyak 148 kerusi yang telah dimenangi di kawasan-kawasan Parlimen di seluruh Malaysia.

Di  DUN Selangor pula? Umno-BN mesti dapat kemenangan kerusi DUN sekurang-kurangnya 30 kerusi dari jumlah semua kerusi DUN berjumlah 56 kerusi, di Dewan Undang Negeri Selangor? Barulah kita dapat membentuk kerajaan di negeri Selangor yang telah Pakatan Rakyat rampas dari Umno-BN pada PRU ke-12 dulu.

Untuk itu?Kita mesti bekerja sama dengan cara yang paling erat antara calon Parlimen dengan calon-calon DUN.Kita tidak mampu bersengketa walaupun secara diam-diam.

Kita mesti sayangi parti Umno-BN dan arahkan penyokong Umno-BN yang menyokong calon DUN atau pun yang menyokong calon Parlimen, mesti pangkah dacing di Parlimen dan sekaligus pangkah dacing juga di DUN.
Petugas di bilik gerakan cawangan Mazlan Lemang sedang menunjukkan gambar banting Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Gombak, dari parti Umno-BN kepada penulis.
Rasa tidak puas hati? Harus dibuang jauh-jauh dari lipatan hati di antara ahli-ahlia Umno-BN sesama sendiri. Anda telah berikrar pada Datuk Seri Mohd Najib,Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, bahawa anda akan tetap menyokong calon-calon pilihan Datuk Seri Mohd Najib?

Berikrar? Ertinya anda telah bersumpah mematuhi arahan Presiden anda.Melanggar sumpah bererti anda akan dilaknat oleh Allah SWT. Adakah anda sanggup menerima laknat dari Allah? Tentu sekali tidak sanggup? Laknat dari Allah SWT itu amat berat hukumannya.

Justeru itu, anda mesti arahkan saudara mara dan penyokong anda yang panatik, agar menyokong hanya calon Umno-BN dan pangkahlah gambar dacing di kertas undi anda untuk calon Parlimen dan juga calon DUN Gombak setia dan tiada yang lain melainkan gambar dacing,di hari mengundi, pada 05 hb.Mei 2013 itu.(Posted by abnmulya at 5.23 am on April 29,2013).

No comments: