Sunday, April 28, 2013

Calon Parlimen Gombak :Ceramah politik Datuk Dr.Rahman Ismail pada tanggal 27/04/2013 bertempat di Kg.Wira Damai,dalam DUN Batu Caves.

Pengenalan Penceramah pada malam itu: Dari kanan berbaju merah calon Parlimen Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail.Encik Rawai calon DUN Batu Caves dari parti MIC.Sebelahnya yang berkuPiah Putih ialah Encik Noor Azam Mokhtar dan kiri sekali ialah Ustaz Najib Yusof.
Tulisan dan foto 
Oleh:Haji Abu Bakar Ninggal. 
Isnin,April 29,2013 at 1.30 am.


Bertempat di Bilik Gerakan Cawangan Wira Damai.Penceramah pertama calaon Parlimen Gombak Datuk Dr.Rahman Ismail.yang telah memberi ceramah dengan rengkas sahaja klerana beliau mesti menghadiri majlis ceramah-ceramah politik di tempat lain.

Selaku calon Parlimen Gombak beliau mesti hadir setiap malam menjelang hari mengundi di setiap kawasan DUN yang ada di dalam Parlimen Gombak iaitu di DUN Gombak Setia dan di DUN Batu Caves dan di DUN Hulu Kelang. 

Penceramah kedua Encik Rawi calon Barisan Nssional dari parti MIC bagi DUN Batu Caves.Penceramah yang ketiga ialah Ustaza Najib bin Yusof.Penceramah ke empat iala Encik Noor Azam Mokhtar. 

Pengenalan: Nombor 3 dari kanan ialah TanSri Datin Paduka Ismail mantan menteri di era Mahthir dan kini sebagai penasihat kepada Gabungan Ngo-Ngo Gombak.Sebelahnya ialah Puan Seha Naib Ketua wanita Umno Bahagian Gombak.
Majlis ceramah politik PRU-13 itu berakhir hingga jam 12.00 malam itu telah mendapat sambutan yang hebat dari para penduduk Wira Damai itu sendiri nyata dilihat telah mahu beralih cepat menyokong Umno-BN pada PRU-13 ini secara positif.

Mereka semacam sudah bosan dengan janji-janji dari parti-parti Pakatan Rakyat yang pandai menabur tebu di bibir.Janji tidak serupa bikin.Kata-kata depa tidak di kotakan.Buktinya ? Dapat dilihat di Selangor yang telah diperintahnya selama 5 tahun lebih,tetapi soal sampah sarap pun tidak dapat di atur car pemungutannya.

Para hadirin berdiri tegak sedang menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia beramai-ramai sebelum majlis ceramah itu dimulakan.
Para pendengar semakin ramai datang mendengar ceramah itu kerana hendak mendengar ceramah Ustaz Najib yang sangat popular dan Encik Norazam Mokhtar yang mana telah memberi ceramah yang amat menarik lengkap dengan hujah bersalutkan fakta-fakta yang nyata kenapa Umno-BN mesti rampas semuala kuasa politik dari PAS/PKR/DAP di Selangor Darul Ehsan.
Sebahagian lagi paara hadirin yang hadir pada malam itu mendegar ceramah politik untuk menempuh pilihan raya umum (PRU-13).Umno-BN berazam merampas semula kuasa politik Selangor dan berazam kuat untuk mendapatkanmajoriti yang lebih dari ( dua per tiga) di Parlimen Malaysia.
Para hadirin yang hadir pada perengkat awal.Dan kemudiannya hadirin di sekitar Wira Damai semakin ramai bila men dengar suara Ustaz Najib Yusof dan juga ucapan hebat dari Encik Norazam Mokhtar. 

Pertandingan politik pada PRU-13 ini dilihat kempen-kempen politik dari parti-parti yang bertanding pada PRU-13 ini, semakin hebat dapat sambutan dari para penduduk tempatan di mana ceramah politik itu di adakan terutama pada ceramah politik Umno-BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Dari senario sambutan yang dilihat? Nampaknya peluang Umno-BN merampas semula Selangor punya peluang yang amat cerah dan ia menakutkan pihak pembangkang terutamanya di Parlimen Gombak .

 Penulis rasa lebih elok setiap calon-calaon DUN dan calon Parlimen ketika berceramah di kawasan DUN masing-masing yang berada di tiga kawasan DUN ini?

Dengan hati yang tulus ikhlas dan terbuka suka penulis mencadangkan pada ceramah-ceramah politikya yang berbaki hanya beberapa hari sahaja itu? 

Maka calon Parlimen sekaligus pada calon-calon DUN itu harus menyediakan (Aku Janji DARI calon masing-masing)yang ada hubung kaitnya dengan isu tempatan,iaitu isu lain daripada (Aku janji) yang ada tersirat pada manisfesto Umno-BN Selangor itu sendiri. 

Misalnya,jika calon Batu Caves itu berceramah di Wira Damai yang termasuk di dalam DUN Batu Caves? 

Maka calon itu harus memberi (aku janji) tentang isu yang mendadak yang sedang mereka hadapi itu yang tidak dapat di atasi oleh parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat).  Misalnya soal tempat buang sampah di Sungai Kertas dan isu-isu lain yang mendadak? Calon DUN dari Umno-BN itu mesti berjanji jika beliau dipilih pada PRU ini? Beliau akan mengatasinya isu tersebut dengan segera..

Jadi,para pengundi di tempat tersebut tahu calon yang akan mewakili mereka pada PRU ke-13 ini,dilihat oleh mereka ada program perubahan tersendiri yang hendak dilakukan. Maka sudah tentu mereka akan mengundi calon DUN dari Umno-BN itu.

Carilah isu yang mendadak yang sedang dihadapi oleh para penduduk di kawasan yang anda bertanding itu dan kemudiannya secara rasmi bolehlah anda buat janji-janji untuk mengatasinya.Kerana anda adalah calon wakil rakyat mereka yang mereka harapkan akan membela nasib mereka setelah anda menjadi Wakil Rkyat.

Penulis yakin cara ini lebih effectif lagi kerana pengundi tahu bahawa calon yang akan diundi oleh mereka itu, adalah satu-satunya calon yang ada misi dan vision tersendiri di luar kotak manisfesto yang dikeluarakan secara umum oleh Umno-BN peringkat pusat. 

Baru-baru ini calon dari parti pembangkang bila berceramah di Batu 12 di Gombak Utara.Calon itu ada berjanji jika dia menang sekali lagi di Parlimen Gombak?Beliau ada berjanji akan memberi tanah dengan keluasan yang tertentu pada pengundi-penghundi di Gombak Utara.

Masih adakah baki tanah di Gombak Utara itu? Beliau tidak ambil kisah.?Yang penting dia dah buat janji dan janji itu menarik. Inilah janji politik namanya cara hendak pikat hati para pengundinya.Yang penting guna isu untuk menang? Isu janji belakang kira.Macam-macam dalih boleh diberi kemudiannya.
 (Posted by abnmulya at 1.30 am on April 29,2013.





No comments: