Tuesday, April 30, 2013

PRU-13 : Umno Cawangan Air Panas,Batu 9 Gombak Utara, adakan Majlis Memperkenalkan Calon Parlimen Dan DUN Gombak.

Para penyokong Cawangan Umno "Air Panas Batu 9 di Gombak Utara" hadir di majlis memperkenalkan calon Parlimen dan DUN \Parlimen Gombak,di rumah Timbalan Ketua Cawangan,( bekas Tok 4)En. Jamaludin mendapat sambutan yang hebat.

Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Mei 01,2013 at 3.33 am

Sesungguhnya senario Pilihan Raya Umum ke -13 ini (PRU-13) merupakan senario yang paling hebat sekali menyaksikan penyokong-penyokong Umno dan badan-badan Ngo PRO kerajaan berazam kuat untuk mencapai kemenangan,jika boleh dan dizinkan oleh Allah SWT ialah kemenanga besar berbanding dengan PRU-12 dulu.

Boleh dikatakan setelah selesai nama-nama calon telah diumumkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 18/04/2013.

Sehari selepas itu setiap Bahagian telah memperkenalkan calon-calon mereka dan kemudiannya diikuti pula oleh cawangan-cawangannya dengan cara mengadakan majlis-majlis memperkenalkan calon Parlimen dan calon DUN mereka, hari demi hari, sebelum tiba hari mengundi yang jatuh pada 05 hb.Mei 2013.

Dalam konteks itu Unmo Cawangan Air Panas,Batu 9 di Gombak Utara,di dalam Bahagian Gombak, pada malam 28/04/2013 ini telah mengadakan majlis memperkenalkan calon Parlimen Gombak dan calon DUN Gombak Setia dan sekaligus mengadakan ceramah kelompok PRU ke-13, di rumah Timbalan Ketua Cawangan Umno tersebut (bekas Tok 4) Jamludin, di Batu 9,Gombak Utara.Gombak,Selangor D.E.

Calon DUN Gombak Setia Datuk Said Anwar sedang memberi ucapan politik pada majlis malam itu.Sementara sebelah yang berbaju biru Umno-BN itu ketawa mendengar ucapancalon DUN Gombak itu.
Majlis itu boleh dikatakan telah mendapat sambutan yang meriah sekali oleh ahli-ahli Umno dan ahli-ahli badan-badan Ngo yang pro-kerajaan. Senario sambutan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Umno,badan- badan Ngo pada malam itu sangat harmonis,dalam usaha unuk menepuh PRU ke-13 ini yang sangat unik.

Mungkin disebabkan Umno-BN berazam kuat untuk merampas semula kerusi Parlimen dan kerusi DUN yang telah hilang dan kalah teruk pada PRU-12dulu.  Dengan kiraan 4-0.Sesungguhnya kekalahan teruk yang telah menimpa Umno-BN, di Parlimen Gombak, pada PRU-12 dulu itu,sesungguhnya mempunyai hikmah disebalik kekalahan itu.Jika tidak kalah pada PRU -12 dulu itu?

Mungkin pejuang-pejuang Umno tidak akan bekerja kuat pada PRU k-13 ini. Kerana sebelum tsunami politik telah melanda Umno-BN pada PRU ke-12( pada 8 hb.March 2008) dulu itu? Mungkin Umno-BN tidak terpaksa kerja kuat kerana sebelum PRU-12? Panorama Umno-BN cukup tabil.

Tidak perlu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, begitu teliti dalam soal memilih calon-calon Parlimen dan calon DUN pada PRU -13 ini. Pada PRU -12 dulu calon-calon pembangkang  boleh dikatakan telah menampilkan calon-calon mereka kebanykannya punya Izazah Universiti belaka. 

Justeru itu?Pada PRU -13 ini? Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Presiden Umno terpaksa menari sesuai dengan gendang yang telah dipalu oleh pembangkang.Datuk Seri Najib tidak mahu parti-parti pembangkang memperlekehkan calon-calon Parlimen dan calon-calon DUN Umno-BN yang bertanding pada PRU -13 ini.

PENTINGKAN DIRI AKIBAT HATI YANG HASAD DENGKI.

Tapi malangnya cara yang diambil oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Presiden Umno itu,masih tidak difahami oleh calon-calon yang begitu cetek mindanya.Setelah tidak terpilih sebagai calon? Maka terjadilah sabotaj di sana sini dengan teruknya.

Ada yang bertanding sebagai bebas dan ada juga yang telah kaya raya,punya banyak wang ringgit,hingga 10 keturunan beliau tidak habis makan tanpa di tambah-tambah pun disebabkan jadi tokoh pemimpin Umno? Disebakan anak dan menantunya tidak terpilih jadi calon pada PRU-13 ini?

Sebahagian AJK cawangan Umno 'Air Panas",Batgu 9 Gombak Utara telah berada di majlis pada malam itu.
Akhirnya lompat macam katak ke parti pembangkang. Mukanya benar-benar tidak malu dan sopan dan lkangsung tidak mengenal budi pada Umno dari nobody hingga jadi somebody?

Ada pula tokoh-tokoh politik Umno yang berangan-angan hendak jadi calon Parlimen,tapi beliau hanya dipilih sebagai calon DUN aje? Pun tidak mahu pernah bersyukur yang beliau telah dipilih.Secara terang-terangan berkomplot hendak sabotaj calon Parlimen yang telah dipilih pucuk pimpinan itu?

Dengan berkempen agar calon Parlimen itu kalah.Tapi calon DUN yang dia telah dipilih bertanding itu,? Pandai pula dia mahu menang? Berkempen mensabotaj regu dalam parti sendiri HINGGA poster calon Parlimen telah disabotaj.Telah digantung?Diarahkan pekerja upahannya turunkan semula? Dan dengan berbagai-bagai cara perbuatan sabotaj telah dilakukan.

Poster Datuk Dr.Rahman Ismail telah digantung di bilik gerakan orang-orang Asli di batu 12 di bawah pimpinan Datuk Batin Husin Ngah Yin yang telah memeluk agama Islam pada tahun 2007.
Shingga di dalam ceramah kelompok politik di cawangan-cawangan dan di PDM itu sendiri, si juru acara majlis semacam telah di arah agar tidak sebut-sebut langsung nama calon Parlimen itu? Dan lebih anih lagi, sehingga si penceramah-penceramah undangan politik dijemput oleh calon DUN itu pun semacam telah diarahkan agar jangan menyebut langsung nama calon Parlimen itu di akhir ceramahnya?

Gila dan sungguh gila calon-calon DUN yang macam ini.Pucuk impinan pusat parti Umno mesti ambil tindakan terhadap calon-calon yang begini sifatnya.Busuk hati dan hasat dengki dan hendak menjahanamkan parti,hancue lebur jadinya?

Mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja dan tidak peduli dengan calon Parlimen dari Umno itu sendiri.Mereka semacam tidak faham bahawa tanpa suara (majoriti mudah) dimenangi oleh Umno-BN di dalam Parlimen Malaysia hasil dari PRU-13 ini?

Secara otomatik Umno-BN akan jadi pembangkang saja di dalam Parlimen, hasil dari keputusan PRU-13 itu nanti?

INI KISAH BENAR,BUKAN MAIN-MAINAN

Penulis telah hadir dan mengikuti ceramah-ceramah kelompok politik pada PRU ke-13 di semua kawasan DUN di Parlimen Gombak dan kejadian yang penulis sebutkan di atas itu? Penulis lihat dengan mata penulis sendiri dan penulis dengar dengan telinga penulis sendiri.Ini memang benar dan nyata.

Datuk Dr.Rahman Ismail mantan (MP) umno Gombak bagi penggal 20o4 hingga 2008.Pada PRU -13 ini sekali lagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Presiden Umno mempertaruhkan nasib Umno dengan memilih beliau bertanding sebagai calon Parlimen Gombak juga.
Kelakuan buruk yang dilakukan oleh musuh-musuh di dalam selimut ini? Sungguh membahayakan Umno-BN? Sungguh berbahaya jika ada yang  menggunting di dalam lipatan.Yang patut mereka tentang bukan kawan seperjuangan di dalam parti Umno itu sendiri?.

Hakikatnya? Yang mesti ditentang ialah tidak lain dan tidak bukan ialah,pada musuh-musuh Umno-BN yang berada di parti pembangkang.

Bukan main-mainan seperti kata-kata pelakon filem arahan P.Ramle dalam cerita "Bujang Lapok".yang DAILOGNYA telah dilafaskan  oleh pelakonnya Pak Sudiro dan penyanyi dan pelakon terkenal Puan Momok.

SEBELUM TSUNAMI POLITIK MENYERANG UMNO PADA 2008(PRU-12).

Sejarah perjuangan Umno telah mencatitkan bahawa sebelum tsunami politik melanda Umno-BN pada PRU-12,pada ( o8 hb.Mac,2008)?  Rata-rata disetiap pilihan Raya Umum, Umno-BN telah mendapat kemenangan yang begitu selesa,dan tidak pernah hilang kuasa hingga 5 negeri semacam telah dirasainya pada PRU-12 itu

Datuk Said Anwar,calon DUN Gombak Setia
Ketiak itu sebarang calon diletakan pada tiap-tiap kawasan PRU itu? Jika diletakan songkok calon sahaja yang datang berkempen pada tiap -tiap PRU itu? Umno-BN pasti menang dengan mudah.Tidak ada apa-apa yang dibimbangkan.

Rupa-rupanya tiap yang baru itu tidak kekal haqyatnya.Kini dahi sudah terantuk? Barulah Umno-BN terpaksa terngadah! Ditakuti dahi akan terantuk lagi?

Sesungguhnya Pengalaman pahit itu boleh membuatkan sesaorang itu sedar darisegala kealpaan dan kelemahan dan kesalahannya yang telah dilakukannya itu?Kini perlu waspadah.

KEMPEN DULU DAN KINI JAUH BERUBAH.TAKTIK PEMBANGKANG DI JADIKAN SENJATA.

Boleh dikatakan setiap malam di kawasan Parlimen Gombak,ada-ada sahaja cawangan Umno-BN telah mengadakan majlis memperkenalkan calon Parlimen dan calon DUN Gombak Setia.Ada kalanya di dalam majlis itu hanya calon DUN sahaja yang dapat hadir.

Sementara calon Parlimen pula tidak dapat menghadirikan diri disebabkan terlalu banyak acara majlisyang di aturkan lebih awal yangmana terpaksa calon Parlimen itu mesti hadiri.Di dalam Parlimen Gombak ada (03) kawasan DUN.Pertama DUN Gombak Setia.Kedua DUN Batu Caves dan ketiga DUN Hulu Kelang.

Selaku calon Parlimen? Maka calon itu mesti kena melawat dan menemui pengundi-pengundi sebanyak yang bole dan bercerama politik di kawasan-kawasan DUN itu sebanyak boleh. Jika tidak  menunjukkan muka? Maka akan dithomah oleh pengundi-pengundi dengan bermacam-macam persepsi.

Ini tidak dapat dielakkan. Begitulah ragam manusia dan ragamnya pula berbeza-beza sifatnya.Sesaorang ahli politik itu mesti mempunayhi kekuatan untuk menghadapinya. Jika takut dilambung ombak? Janganlah berumah tangga di tepi pantai. Jika tidak sanggup berjuang janganlah memilih kerjajaya sebagai tentera dan polis.

NAMAN CALON PARLIMEN DAN CALON DUN DIPERKENALKAN.

Calon-calon yang telah dikenalkan pada penyokong-penyokong tegar Umno pada majlis tersebut ialah Datuk Dr.Rahman Ismail,bagi calon Parlimen Gombak pada PRU -13 ini. Sementara calon Dewan Undangan Negeri ( DUN) Gombak Setia ialah Datuk Said Anwar.

Datuk Said Anwar pada PRU-12,pada ( 8 hb.March,2008) dulu telah bertanding sebagai calon Parlimen Umno Gombak dan tewas dengan pihak pembangkang hampir tujuh ribu undi dan pada PRU-12 itu,di dalam Parlimen Gombak,Umno-BN tewas dengan 4-0 pada parti PKR/PAS.

Ketika itu Presiden Umno ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi.Diharapkan Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, melalui PRU ke-13 ini,akan dibantu dan akan ditolong oleh Allah SWT agar beliau dapat menebus keaiban yang telah dicalitkan ke muka Umno-BN pada PRU-12 dulu oleh parti-parti pembangkang.Insya Allah!(Posted bya abnmulya at 3.33 am on Mei 01,2013).

No comments: