Tuesday, April 30, 2013

Cawangan(penaja) Umno Batu 10 1/2 Gombak Utara, benar-benar berazam tewaskan Azmin dan PKR-Mzlan Lemanag

Pada PRU -13 ini di mana-mana sahaja ceramah kelompok diadakan kaum ibu dilihat melebihi dari kaum lelaki yang hadir. Ini merupakan petanda baik bahawa Umno-BN akan mencapai kemenangan besar. Tangan yang menghayun  buaian itu boleh menggoncangkan dunia.Kejayaan sesaorang lelaki itu bermula dari sokongan wanita yang jadi isterinya.




Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Rabu,Mei 01,2013 at 7.33 am

Kebencian dan kemarahan Mazlan Rashid (Mazlan Lemang) terhadap Azmin Ali dan Parti Pakatan Rakyat (PKR) sangat ketara semacam beliau mahu menganggap Azmin dan PKR dah hilang dari pandangan dan dah hilang dan lupa dari ingatannya.

Umpama berkerat rotan dan berputus arang. Bak kata orang tua-tua memandang wajah dan mendegar suara dan mengetahui nama sahaja beliau boleh jadi fobia.Meluatnya tidak terkira,bencinya membunuh-bunuh semacam tidak dapat dipujuk-pujuk lagi.

Pada tanggal 08 hb.April,2013,bertempat di depan anjung rumahnya,Mazlan Lemang telah mengadakan satu majlis yang bersejarah di dalam hidupnya.Pada malam itu dengan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan asas tani,merangkap Timbalan Perhubungan Umno Negeri Selangor,Datuk Seri Noh Omar.

Mazlan Lemang berserta kawan-kawannya sebanyak 250 orang ramainya telah mengisytiharkan keluar dari parti PKR memasuki Umno semula,bak sireh pulang ke gagang. Pengisytiharan itu telah disaksikan dan diterima oleh oleh Datuk Seri Noh Omar.
Para penyokong Umno-BN lelaki dan perempuan yang hadir di majlis teresebut untuk mendengar kisah benar yang didedahkan oleh penceramh pada malam itu untuk dijadikan panduan agar mesti mengundi Umno-BN baik calon DFUN dan calon Parlimen Umno-BN.

Pada malam itu juga, Mazlan Lemang memaklumkan pada Noh Omar,bahawa beliau dan kawan-kawan seperjungannya itu akan menubuhkan cawangan(penaja) Umno,cawangan Batu 10 1/2 Gombak Utara, dalam Bahagian Gombak dengan segera agar dapat bersama-sama bekerja keras menumpaskan parti-parti pembangkang pada PRU -13.

Pengakuan itu telah didengar dan disaksikan oleh Ketua Bahagian Gombak, Abd.Rahim Kamarudin dan Timbalannya Datuk Said Anwar dan sekaligus di depan Ketua wanita Umno Bahagian Gombak, Puan Sharifah yang mana kesemuannya telah hadir di malam itu.

Ekoran dari itu Mazlan Lemang telah membentuk AJK (penaja) di cawanag Batu 10 1/2 Gombak Utara,di Bahagian Gombak,Selangor.Mazlan Lemang bertindak sebagai Ketua Cawangan (penaja )itu. Ada Ketua Wanita,ada Ketua Pemuda dan ada juga Ketua Puterinya.

Lazimnya  selepas acara membaca doa,para hadirin serentak bangun untuk menyanhyikan lagu Negara ku lagu rasmi negara Malaysia yang tercinta.
Pada tanggal 18 hb.April 2013, Presiden Umno,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan nama calon-calon Umno-BN bagi Negeri Selangor,di Tingkat 9,di Ibu Pejabat Umno, Shah Alam dan SPR pula telah mengumumkan bahawa hari mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ialah jatuh pada tanggbal 05 hb.Mei,2013.

Ekoran dari pengumuman itu Mazlan Lemang,pada esok harinya telah mendirikan "Bilik Gerakan"Pilihan  Raya Umum,di cawangannya itu dan bilik gerakannya itu penulis telah pergi melihat beberapa kali dan dilihat satu-satunya bilik gerakan yang cantik,tersusun dan aktif menjalankan tugas-tugas yang diperlukan oleh pengundi-pengundi di sekiktar rumahnya itu yang ada beribu-ribu orang.

Menurut Mazlan bahawa ujudnya bilik gerakan itu telah dimaklumkannya pada Datuk Seri Noh Omar,selaku Timbalan Ketua Perhubugan Umno Selangor dan penulis dimaklumkan Tan Seri Noh Omar telah mengarahkan Ketua Umno Bahagian Gombak, agar segera memberi segala bantuan yang diperlukan oleh Cawangan (penaja) itu.
Ustaz Sabri bin  Mat Dilu.

Ketika menjawab pertanyana penulis,Mazlan Lemang berkata,bahawa sebab-sebabnya kenapa beliau segera menubuhkan bilik gerakan itu? Adalah bertujuan untuk menyusun segala kerja-kerja politik untuk menghadapi peperangan piliharaya umum ke-13.

Agar semua yang bersangkut paut dengan kerja-kerja PRU-13 tersusun rapi dan memberi isyarat kepada pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Gombak dan sekaligus kepada Datuk Noh Omar.,bahawa beliau dan kawan-kawannya yang telah mengisytiharkan keluar dari PKR itu,bukan keputusan yang main-main?

Semat-mata disebabkan mereka begitu berazam untuk melawan dan menghapuskan pengaruh Azmin dan PKR dari bumi Gombak Utara ini khasnya dan seluruh Selangor amnya.

Cukup setakat di sini sahaja mereka diberi muka berkuasa di Selangor pada PRU-12.Tapi kali ini iaitu pada PRU-13 ini? Tiada tempat lagi bagi mereka.Kita ajar mereka cukup-cukup.Koyoknya dah tidak laku lagi.Tawar dan hambar.
.
Pada PRU -12 dulu PKR/PAS telah menang pada PRU-12 dan berjaya mengalahkan Umno-BN 4-0 di Parlimen Gombak. Tempat yang digunakan oleh PKR/PAS berkempen pada PRU-12 dan tidak dikenakan untuk membayar sewa(percuma) semasa  mereka berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke -12  itu dan kempen-kempen itu telah dijalankan di tempat ini juga iaitu, di kawasan depan rumah saya ini,katanya.

Di tempat inilah dan ditempat saya memebakar lemang inilah telah digunakan oleh PKR/PAS menyerang Umno-BN hinggakan Umno-BN kalah teruk 4-0 di Parlimen Gombak. Maka pada kali ini iaitu, pada PRU-13 ini? Maka di tempat inilah juga iaitu di tempat yang serupa, kami akan lancarkan serangan terhadap PKR/PAS.

Ketua Umno (penaja) cawangan 10 1/2 Gombak Utara, Mazlan dan AJK penajanya sedang menggunakan tempat di depan rumahnnya itu sebagai markas besar untuk menyerang PKR/PAS pula pada PRU-13 ini atas flatform parti Umno-BN parti yang baru sahaja diceburnya.

"Dulu saya tertipu oleh kata-kata Anwar Ibrahim dan Azmin,kononnya PKR adalah parti yang datangnya dari rakyat untuk rakyat ?"katanya.

Tapi pada kali ini kami gunakan tempat yang bertuah ini, sebagai markas membelasah PKR/PAS demi unuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana telah banyak melakukan transformasi pada rakyat walaupun baru berkuasa sebagai nakhoda kapal Malaysia hanya 4 tahun saja.

Haji Haron,Ketua PDM Gombak Utara
Bagi Anwar Ibrahin  dan Azmin? Kami langsung tidak percaya lagi kepada mereka disebabkan mereka merupakan sebagai tokoh politik sebagai johan-johan yang pandai membuat janji? Akan tetapi tidak ditepatinya.

Buktinya? Setelah Allah Swt uji mereka dengan memberi kemenangan dan parti PKR dah berjaya jadi sebagai peneraju kerajaan di Selangor>

Di sebabkan di dalam Dewan Undangan negeri Selangor (DUN) parti PKR mendapat kerusi sebanyak 15. Parti DAP 13 kerusi dan PAS 8 kerusi pada PRU-12 yang telah berlangsung pada 08 hb.Mac,2008.

"Maka itulah sebabnya PKR jadi penaraju bagi negeri Selangor,akibat dari bantuan dan kerja kuat dari kami rakyat Gombak Utara di antaranya yang membantu mereka dulu.

Itulah sebabnya Tan Seri Khalid Ibrahim,dari PKR telah di angkat jadi Menteri Besar Selangor walaupoun kewibawaan beliau boleh dipertikarkan.Ketika di dalam Umno dulu betika beliau bertanding Ketua Cawagan Umno pun tewas.

"Malangnya? Dalam masa 5 tahun mereka PR berkuasa di Selangor.di mana Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonominya?

"Tetapi tidak ada sebarang perubahan telah dilakukan di Selangor walaupun kuasa politik telah berada di tangan mereka.Malah banyak lagi janji-janji mereka ketika mereka berkempen yang tercatit di dalam manisfesto pilihanraya ke-12 itu, tidak mereka tepati," tegasnya denagn panjang lebar..

"Semasa kempen Pilihanraya dulu dalam manisfetonya itu mereka berjanji akan turunkan cukai pintu rumah? Tapi sebaliknya dinaikannya . Begitu juga jadinya dengan sewa rumah pangsa dan lain jensi rumah kediaman kepunyaan kerjaan Selangor telah dinaikan juga sewanya.

"Yang paling zalaim yang jadi kemarahan  pengundi Gombak Utara dalam isu melantik (ahli majlis)di Gombak Utara? Individu yang duduk menetap di Ampang, dilantik oleh Azmin Ali, jadi Ahli Majlis di Gombak Utara.Begitu juga dengan jawatan Tok 4.

"Kumpulan saya mendapat undi 36 undi .Tetapi orang yang mendapat undi lebih rendah dari orang-orang saya telah dilantik oleh Azmin jadi Tok 4. Apakah ini adil? Inikah kerajaan dari rakyat untuk rakyat yang tidak menghormati keputusan majoriti?" tanya Mazlan Lemang dengan air muka yang marah dan geram.
 
Berhubung dengan janji-janji Anwar Ibrahim pula? Semasa belum berkuasa di Selangor dulu,iaitu ketika dia baru saja dibebaskan dari penjara? Pada setiap ceramah politiknya, dari satu tempat ke satau temapat di Selangor,dan di satu tempat ke satu tempat di negeri-negeri lain negeri,di dalam Malaysia.

Beliau dilihat sering mendabik dada  kononya semasa dia jadi menteri dan menteri kewangan, beliau selalu berkata bahawa beliau mahu dan telah membina rumah murah di Selangor, di kawasan-kawasan penempatan Melayu dan sebagainya.

Tetapi setelah PKR itu berkuasa di Selangor selama  5 tahun lamanya iaitu,dari tahun 2008 hingga 2013? Tidak ada nampak rumah-rumah murah untuk rakyat miskin telah dibinanya di Selangor.Sebaliknya PKNS telah membina rumah-rumah kediaman yang harganya telah naik hampir dua kali  ganda naiknya dari harga sebelumnya.

Begitu juga jadinya dengan cukai tanah ketika mahu mengubah taraf dari  tanah pertanian ke taraf bangunan.Cukainya dinaikan begigu mahal sekali tidak semacam semasa Umno-BN memerintah Sealngor dulu. Dan rumah-rumah murah tidak ada lngsung dibina oleh PKR/PAS/DAP di Selangor.

JUGA tidak ada kedai-kedai kecil bertaraf IKS yang ada dibina selama 5 tahun yang lalu ini untuk kemudahan peniaga-pebniga kecil di Gombak Utara ini berniaga dengan sewa kedai yang murah.Ada pihak yanfg mahu membangunkannya telah disekat oleh Azmin dengan alasan kononnya tempat itu tidak strategik.

Akan tetapi rumah pangsa kelas mahal-mahal hargainya ? DFilihat cukup galak dibina oleh kerajaan PR.Contohnya di Jelatek dekat kawasan Taman Keramat,satu-satunya tempat kawasan Melayu. Sykt. Dastum membina  rumah pangsa jenis harga mahal.

Dengan harga yang mahal hingga RM700,000 pada rumah yang keluasan hanya sekitar kurang dari 600 kaki peresegi. Mana ada orang-orang Melayu yang berpendapatan rendah yang mampu membelinya? Bila orang-orang Melayu tidak mampu membelinya?
Mazlan Lemang,Ketua penaja Umno,Batu 10 1/2 G.U

Maka sudah pasti akan dijual pada pembeli dari luar yang bukan orang Melayu?Justeru itu ianya akan menghakis Jeo-politik bangsa Melayu itu sendiri di kawasan tersebut.

Bilangan pengundi Melayu di separuh bandar seperti di Taman Datruk Keramat itu akan terhakis dan tiada lagi kawasan istimewa bagi orang Melayu untuk mengkekalkan geo-politiknya di kawasan-kawasan separuh bandar sperti Tman Datuk Keramat dan juga di Gombak.

Disebabkan di kawasan di belakang Wira Damai,dan di kawasan di sekitar perkuburan orang-orang Islam,iaitu di hujung Taman Sri Gombak, kini sedang galak di bina rumah-ruman yang mahal-mahal harganya,di mana harga rumah terace 2 setengah tingkat berharga lebih RM550,000-00 ke atas.

Ujung-Ujugnya?Selangor ini akan jadi macam Selangor dan Singapura.Sebelum Lee Kuan Yew berkuasa, ada sebanyak 10 kawasan yang Melayu jadi penduduk majoritinya.

Parti Umno buka cawangan di sana dan bila ada pilihan Raya Umum? Umno melibatkan diri pada setiap Piliharaya itu dan Umno menang 8 kerusi dan Hamid Jumaat,dari Umno telah diangkat jadi Timbalan Ketua Menterinya disebabkan Umno menang banyka kerusi.

Kini,dah tidak ada satu pun kawasan orang Melayu Singapura jadi penduduk majoriti? Paling tinggi setakat 15 % sahaja dari jumlah penduduk-penduduk di sesuatu kawasan  itu.

Orang Melayu di Singapura kini jadi "Melukut di tepi gantang. Hadirnya tidak menambah.Perginya tidak pun mengurangkan.Tang tu tang tu juga...Telah jadi Yatim piatu di dalam negeri sendiri. Kini,Pulau Pinang pun dah jadi begitu.

Hanya pada peringkat permulaan Singapura merdeka, orang Melayu telah diangkat jadi Presiden Singapura iaitu Sdr.Yusof Ishak. Selepas itu Melayu tidak langsung diangkat lagi.Hanya Cina dan India sahaja diangkat jadi Presiden Singapura.

Mahukah anda jadi begitu di Selangor ini yang geo-politiknya dah pun terhakis. Kini Selangor pula jadi targetnya. Buktinya pada PRU -12 dulu itu.Begitu ramai Exco dari DAP telah dilantik? Jika anda tidak mahu jadikan Melayu di Selangor ini akan jadi semacam di Pulau Pinang itu?

Pengundi-pengundi terutamanya orang-orang Melayu mesti tolak PKR/PAS/DAP pada PRU -13 ini.Mereka ini langsung tidak berguna (hopeless).Banyak cakap dari bekerja.Kelompok spin...

Bukan sahaja tolak mereka di Selangor ? Bahkan di semua negeri-negeri di dalam Malaysia yang telah mereka kuasai pada PRU-12 dulu itu. Menyesal kemudian tidak berguna.Menyesal dahulu pendapatan.Kita mesti berhati-hati dengan parti yang berniat jahat ini.Cakap tidak serupa bikin.

Mulakan gerak kita dengan membaca Bismillah! Bermula pada PRU-13 ini? Tanpa belas dan kasihan,jangan beri mereka peluang berkuasa walau pun sebesar jarum sebelum anda terlewat macam penduduk Melayu di  Pulau.Pinang.

PRU-13:  CERMAH  KELOMPOK

Pada malam tanggal 29/04/2013 bilik gerakan pilihan Raya,cawangan Umno (penaja) Batu  10 1/2 Gombak Utara,di Bahagian Gombak telah mengadakan ceramah kelompok berhubung dengan gerakan untuk menghadapi PRU-13 di mana hari mengundinya jatuh pada 05/04.2013.

Sebagai ceramah politik berkelompok,kira-kira seratus orang lebih telah hadir pada malam tersebut. Penceramah utamanya ialah Ustaz Sabri bin Mat Dilu.Ustaz ini dalam ceramahnya yang memakan masa lebih satu setengah jam itu?

Dilihat rata-rata beliau telah mengingatkan kepada para pendengar yang hadir pada malam itu tentang betapa bahayanya Pakatan Rakyat itu jika diberi  peluang berkuasa seterusnya.Mereka itu langsung tidak ada blue print untuk meletakkan orang-orang Melayu di tempat yang tertinggi dan mulia?

Beliau penulis lihat begitu bersungguh-sungguh telah melontarkan nasihat yang bernilai agar pengundi-pengundi di kawasan Gombak Utara itu sendiri,pada PRU-13 ini, mesti berhati-hati dan tidak mudah tewas dan tertawan dan tertipu dengan pujuk rayu dari parti-parti pembangkang (PR) yang terkenal memang bijak menjual koyoknya.

Beliau menyeru agar pengundi-pengundi yang berada di kawasan DUN Gombak Setia ,di mana calonnya ialah Datuk Said Anwar dan Datuk Dr.Rahman Ismail,selaku calon Umno-BN di Parlimen Gombak, merupakan calon-calon kepercayaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, mesti anda mengundi Datuk Dr.Rahman Ismail,selaku calon Parlimen dan Datuk Said Anwar,selaku calon DUN Gombak Setia.

Tiada calon lain,melainkan dua calon yang tersebut di atas itu? Mesti diundi pada hari mengundi, pada 05 hb.Mei,2013 itu nanti.Jangan beri peluang langsung pada calon-calon pembangkang.Tolak mereka kali ini kerana mereka sudah terang lagi di suloh,bahawa "janji-janji mereka tidak ditepati.Kata-kata mereka tidak dikotakan."

Kata-katanya tidak dikotakannya dan kebolehanya mereka pun dilihat tidak ada standard? Jika diberi kuasa pun? Merka itu macam tikus membaiki labu.Hacur lebur semuanya dibuatnya.Merosakkan bukannya memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut Ustaz Sabri bin Mat Dilu,mereka parti pembangkang ini, hanya pandai  mengadakan demonstrasi di jalanan yang tidak berfaedah. Mereka hanya membela kroni mereka sahaja.Rakyat tidak dipedulikannya. Jangan benarkan mereka ke Putrajaya.

Jika mereka ke Putrajaya.Masa depan kita pasti akan jadi gelap gulita.Mereka tidak punya pengalaman memerintah berbading dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak?

Mereka semua merupakan barisan para pentadbir yang cekap,telus dan berwibawa dan dilihat sering telah dan akan melakukan transformasi untuk rakyat,terutama pada rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah.PM telah berjanji jika kita beri mandat pada Umno-BN pada PRU-13 ini.

Pemberian BRIM :O.3 akan meningkat hingga RM1,200-00.Bagi muda dan mudi yang brumur lebih di atas 21 tahun,yang berpendapatan kurang  RM3,000-00 sebulan, akan diberi pemberian wang BRIM sebanyak RM600-00 setahun.Banyak lagi subsidi-subsidi yang boleh meringankan beban rakyat miskin.

Justeru itu jangan lupa undilah Umno-BN dengan memangkah dacing untuk calon Parlimen dan dacing juga pada calon DUN.Jangan  lupa!!!

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA (PENAJA) CAWANGAN UMNO CAWANGAN BATU 10 1/2 GOMBAK UTARA.

- Pengerusi Tetap                                    :  Hamili bin Zakaria
- Tim.Pengerusi Tetap                              :  Dr.Miszairi bin Sitiris

-  Ketua Cawangan                                 :  Mazlan bin Abdul Rashid
-  Tim.Ketua Cawangan                          : Wan Razuki bin Wan Ismail

-  Setiausaha                                           : Mariana binti Mazlan
-  Ketua Pemuda                                    : Muhammad Izham bin Hamili
-  Tim.Ketua Pemuda                              : Mohd Iqbal bin Abdul Hamid
-  Ketua Wanita                                      : Siti Aisah binti Shafie
-  Tim.Ketua  Wanita                               : Norita binti Shafie
-  Ketua Puteri                                        : Nurmaznadira binti Mazlan
-  Tim.Ketua Puteri                                  : Adibah Hanum binti Harun
-  Bendahari                                            : Norita binti Kamil
-  Ketua Penerangan                                : Azmi Murad bin Taha

-  Ahli-ahli jawatankuas                             :  15 orang.
(Posted by abnmulya at 7.33 am on Mei 01,2013).

No comments: