Tuesday, April 30, 2013

Bagi Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Gombak : Hari Selasa pada malam Rabu merupakan satu penghormatan besar bagi beliau....

Hanya sebahagian dari jumlah 3000 orang tetamu yang telah menyertai majlis makan malam anjuran MCA Daerah Gombak khas untuk menunjukkan sokongan padu pada Datuk Dr.Rahman Ismail yang bertanding sebagai calon Parlimen di Gombak,mewakili Umno-BN pada PRU -13 ini.


Hj.Abu Bakar Ninggal
Rabu,Mei 01,2013 at

Dari wajah itu cermin hati.Berpandukan dengan keceriaan yang terpahat di wajah Datuk Dr.Rahman Ismail pada hari selasa ,pada malam Rabu, iaitu di malam tadi ketika penulis tiba di majlis makan malam anjuran MCA Gombak.
Datuk Dr.Rahman Ismail  sedang berucap

Majlis itu diadakan khas untuk mempamirkan sokongan padu,,tidak berbelah pagi,pada Datuk Dr.Rahman Ismail,calon
Umno-BN bagi Parlimen Gombak,pada PRU-13 ini dari Parti Barisan Komponan MCA Daerah Gombak,di bawah pimpinan Datuk Yong.

Majlis itu diadakan secara besar-besaran dan telah dihadiri sebanyak 3,000 para tetamu kaum Cina,dari parti MCA di padang besar Hill Crest,di Taman Sri Gombak,pada malam 30/04/2013 dalam konteks kempen PRU-13 yang mana hari mengundinya ialah bermula pada pagi 05/05/2013 di dalam kawasan Parlimen Gombak itu sendiri.

Datuk Yong adalah merupakan Naib Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak di bawah pimpina Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli parlimen Umno Gombak,pada penggal 2004 hingga 2008. G

Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr.Rahman  Ismail,adalah merupakan badan Ngo berbilang kaum (1 Malaysia).

Sebanyak 153 buah badan-badan Ngo yang kecil-kecil yang mepunyai dasar yang berbeza-beza telah bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri. Dari jumlah 153 badan Ngo-Ngo tersebut? Jumlah keahliannya sebanyak 115,000- orang ahli-ahlinya pada keselurhannya.

Dari jumlah ahli-ahli yang banyak jumlahnya itu? Maka hampir sebanyak 36,000 orang pengundi-pengundi yang sah yang telah mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi pada PRU -13 ini. Jika dari jumlah pengundi-pengundi dari badan-badan Ngo yang kecil-kecil itu digembelingkan dengan tersusun dan teratur?

Ianya akan menyaksikan kemennagan besar akan dipamirkan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail,pada PRU- 13  ini,sekaligus menyaksikan satu rekod kejayaan yang unik sekali. Akan tetapi? Apakah  fakta itu akan jadi kenyataan?Atau pun ia merupakan satu persepsi sahaja? Disebabkan tidak diuruskan dengan sempurna.
Yang berbaju biru BN itu ialah Datuk Yong,tokoh pemimpin MCA Gombak dan merangkap Naib Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail,dudk  bersama pada majlis makan malam yang meriah itu dalam konteks melakukan kempen politik menuju hari mengundi pada PRU-13
Pada PRU -12 dulu? Kira-kira satu minggu lagi PRU-12 akan tiba. Anwar Ibrahim telah datang berceramah di padang Hill Crest itu dan telah mendapat sambutan yang hebat di mana jumlah penyokong yang hadir dalam bilangan yang banyak.

Dari senario itu penulis sendiri rasa amat terperanjat disebabkan kelihatan begitu ramai hadirin dari kaum Cina telah membanjiri majlis ceramah itu? Dan senario yang sedemikian tidak pernah terjadi begitu rupa sebelumnya.
Sebahagian dari julah tiga ribu para tetamu yang menyertai majlis makan malam anjuran MCA Gombak di bawah pimpinan Datuk Yong

Bila SPR telah selesai mengumumkan semua keputusan PRU -12 itu? Maka didapati lima buah negeri telah jatuk ke tangan PAS/PKR/DAP iaitu negeri Kedah,Perak,P.Pinang,Selangor dan Kelanatan berjaya mempertahankan kuasanya dengan majoriti kerusi di DUN Kelantan semakin besar jumlahnya.Satu Tsunami politik telah melanda pada Umno-BN tanpa disangka-sangka.

Bila melihat senario sambutan hebat yang telah dipamirkan oleh penyokong politik yang berada di dalam majlis makan malam anjuran Datuk Yong dari penyokong MCA di Daerah Gombak,di Padang Hil Crest itu? Maka teringat penulis dengan senario yang telah menyaksikan sambutan hebat yang di terima oleh Anwar Ibrahim pada PRU-12 dulu.

Dalam hati kecil penulis berbisik-bisik dengan kata-kata,"Mungkin Datuk Dr.Rahman Ismail,akan menang besar sebagai calon Parlimen Gombak,pada PRU-13 ini dengan mengalahkan Azmin Ali kalah menonggeng dengan izin Allah SWT.
Datuk Dr.Rahman Ismail diperkenalkan oleh Datk Yong kepada para tetamu majlis makan malam itu dari meja ke meja.
Sambutan yang begitu hebat pada malam itu menyaksikan betapa besar sokongan kaum Cina terhadap Datuk Dr.Rahman Ismail? Hasil dari penerangan yang telah diberikan oleh Datuk Yong,Naib Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri.

Mungkin itu merupakan satu petanda baik yang ditunjukkan oleh Allah SWT pada Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak yang telah begitu banyak memberi hadiah kasih sayang kepada rakyat miskin dari kerajaan pimpinan beliau dan rakyat telah mendokan beliau (Datuk Seri Mohd Najib) diberktinya dan mendapat keredhan dari Allah SWT Yang Mah Berkuasa  atas sesuatu.

Ini adalah merupakan persepsi dari hati kecil penulis dan jangan disalah tafsirkan.Mungkin dengan izin Allah SWT yang Maha Berkuasa bahawa persepsi yang penulis paparkan  di ruangan ini ianya akan jadi kenyataan yang hakiki? Jika ini benar-benar berlaku?

Datuk Dr.Rahman Ismail kelihatan sedang berjabat tangan dengan para tetamu di meja yang dipandu oleh Datuk Yong untuk diperkenalkan pada Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Umno-BN di Parlimen Gombak pada PRU-13 ini.
Marilah bersama-sama kita mengucapkan sujud syukur kepadaNya yang Maha Berkuasa atas sesuatu, Jika Dia berkehendakkan sesuatu itu terjadi? Mak terjadilah ia.(Kun Fa Yakun).Tiada mustahil bagiNya yang menjadikan dan ampunya alam ini.

Datuk Dr.Rahman Ismail ketika naik di atas pentas ceramah penulis lihat wajahnya berseri-seri dibaluti oleh parasaan yang amat gembira atas sambutan yang teah diberikan oleh kaum Cina pada usaha-usaha Umno- BN ketika beliau sedang bekerja kerasa menempuh perjuangan PRU-13 itu.

Dalam ucapan walau pun rengkas sahaja? Namun selain beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih di atas penghormatan yang telahh diberikan oleh kaum Cina di bawah pimpinan Datuk Yong. Beliau juga telah menerangkan bahawa beliau pada tahun 2004 hingga 2008 telah menjadi (MP) Ahli Parlimen Gombak dan telah banyak kerja-kerja yang  memberi manfaat kepada rakyat Gombak telah beliau lakukan semasa itu.

"Justeru jika anda memilih saya sekali lagi pada PRU-13 ini? Saya berjanji akan berkhidmat lebih kuat lagi sebagai membalas budi baik anda mengangkat saya sekali lagi jadi (MP) Ahli Parlimen Gombak,"janji beliau di hadapan 3000 orang para tetamu yang berada di dalam majlis makan malam itu.
Di meja ini kelihatan beberapa tokoh pemimpin Umno di cawangan-cawangan di sekitar Taman Sri Gombak turut hadir di majlis makan malam itu.
Setelah selesai Datuk Dr.Rahman Ismail berucap dan beliau telah dipandu oleh Datuik Yong untuk pergi dari satu meja ke meja yang lain untuk diperkenalkan dengan rasmi kepada penyokong-penyokong yang hadir di majlis makan malam itu dan bersalam-salaman dengan penuh kemesraan,mungkin selaku bakal ahli parlimen yang baru di Parlimen Gombak,pada PRU-13  yang akan tiba hari mengudinya pada 05 hb.Mei 2013.

Semoga cita-pcita dan harapan Datuk Dr.Rahman Ismail itu akan dikabul dan diperkenankan oleh Allah SWT. Penulis sekelurga sentiasa mendoakan agar Datuk Dr.Rahman Ismail akan menang sebagai calon Parlimen Umno-BN di kawasan Parlimen Gombak,pada PRU-13 ini.

"Sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang bertaqwa dan berbuat kebajikan,"(An-Nahl :128).Amin!
 (Posted bya abnmulya at 3.19 pm on Mei 01,2013).



2 comments:

tan said...

Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

Contohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

Sekian, Terima kasih

Unknown said...

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,

Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES)

Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu

Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian

Sekian dimaklumkan,
Terima Kasih

SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
KAMI HANTAR MESEJ INI SEBAB RAMAI ORANG KENA TIPU DAN PEMINTASAN DI KEPONG...HARAP ORANG RAMAI BERJAGA-JAGA DENGAN MEREKA TERSEBUT