Friday, May 3, 2013

PRU-13 : Undi pembangkang boleh jejas akidah

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL 


PERMATANG PAUH 3 Mei - Para pengundi khususnya umat Islam harus menolak pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13, jika tidak, akidah mereka boleh terjejas.

Kesepakatan itu dicapai oleh tiga penceramah dalam program Ceramah Perdana Memartabatkan Agama, Bangsa dan Tanah Air di Permatang Pasir di sini malam tadi.

Senator Mohd Eam Mohd Noor
Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad berkata, janji dalam manifesto pembangkang harus dilihat dalam konteks yang lebih luas terutama membabitkan akidah. "Hal demikian kerana pakatan pembangkang dipimpin oleh seorang tokoh yang mempunyai hubungan erat dengan Israel.

"Mereka berjanji untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun tawaran itu tidak harus menggelapkan mata rakyat terutama umat Islam," katanya dalam program yang berlangsung di Permatang Pasir di sini.

Menurutnya, tawaran itu perlu diberi perhatian serius kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi laluan untuk mentadbir negara kerana menjalinkan hubungan baik dengan Israel yang merupakan musuh Islam.

Yang turut hadir ialah Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. Yusri berkata, jika umat Islam terpedaya dengan janji manis berkenaan, ia boleh membawa maksud agama Islam diletakkan pada nilai lebih murah.

Sementara itu, Mohamad Ezam pula memberitahu, pengundi di Permatang Pauh telah membuat kesilapan besar apabila memberikan kemenangan kepada Anwar pada pilihan raya kecil 2008. "Ekoran daripada kemenangan itu, sebuah akhbar berpengaruh di Israel iaitu The Jerusalem Post menerusi laporan muka depan menyiarkan berita memuji kejayaan Anwar.

"Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan lagi berkisar soal kemenangan antara dua parti tetapi perjuangan terhadap usaha mendaulatkan kesucian Islam," ujarnya. Mengulas lanjut, Ezam berkata, laporan tersebut sudah cukup untuk memberi isyarat bahawa Anwar mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Israel.

"Sekarang masa untuk anda semua betulkan keadaan," katanya. Sementara itu, Rahim berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh disandarkan harapan untuk memerintah kerana mereka tidak mempunyai pendirian kukuh dalam sesuatu isu terutama membabitkan soal akhlak dan kepentingan umat Islam.

"Perkara berkaitan akhlak perlu diberi perhatian oleh umat Islam bagi menjamin kelangsungan syiar Islam di negara ini.

"Tambahan pula, kita hanya memegang majoriti sebanyak 60 peratus," jelasnya. Menurutnya, dalam perkara yang dikatakan sebagai tidak berpendirian pula, PKR yang berada di tengah-tengah antara DAP dan Pas boleh diibaratkan mudah ditiup angin.

"Kalau mereka rasa hendak ikut DAP, mereka akan condong ke sebelah sana, masuk pula isu lain, mereka ke sebelah Pas pula.

"Jadi, bagaimana umat Islam mahu memberi harapan kepada mereka untuk menjaga rakyat dan memelihara akhlak Islam kerana mereka sendiri terdiri daripada pelbagai agama," katanya. - UTUSAN ONLINE -Pilihan raaya)..Posted by abnmulya at 2229 hrs on Mei 03,2013.

No comments: