Tuesday, July 23, 2013

Father Augustus,Kit Siang kawan karib?


Kiri Wee Choo Keong,Lim Kit Sia
KUALA LUMPUR 22 Julai - Penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC), Father Augustus Chen didakwa pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa, kedua-dua individu berkenaan telah berpisah kerana sikap Kit Siang yang dikatakan mengamalkan nepotism.

“Saya terdengar orang mengatakan bahawa Father Augustus sangat rapat dengan Kit Siang. “Namun, mereka berpisah beberapa tahun lalu kerana Father Augustus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh Kit Siang untuk menyingkirkan musuh-musuh politiknya dalam parti tersebut," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, Pulau Pinang, G. Asoghan menunjukkan laporan itu yang diterimanya dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Tamil.

Katanya, segala dakwaan yang didedahkan mengenai kepincangan CEC (Jawatankuasa Kerja Pusat) diulas dengan teliti oleh penyusun buku tersebut yang dikirimkan kepadanya melalui pos.

Jelas Choo Keong, bagi mengekalkan kuasa ‘Dinasti Lim’ dalam parti itu, Kit Siang kemungkinan bertindak menyingkirkan pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai pandangan berbeza. “Inilah gaya Kit Siang dan sehingga kini, beliau juga gagal memberi penjelasan berhubung penyelesaian isu pemilihan CEC," katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk tampil memberitahu perkembangan terkini mengenai siasatan mereka dalam isu CEC itu.

“Saya hairan mengapa sehingga sekarang ROS masih tidak dapat memberi keputusan berkenaan isu CEC. “Saya berasa ia tidak adil kepada pengadu, oleh itu, saya gesa ROS bertindak segera.

Mereka perlu mengumumkan sama ada parti itu bersalah atau tidak. Jika benar, ROS harus mengemukakan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pemimpin tertinggi parti itu," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1636 hrs on July 23,2013.

No comments: