Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Isnin,July 22,2013 at 3.20 pm
PADA Pilihan Raya Umum (PRU-13) yang telah berlangsung pada tanggal 5hb.Mei 2013. Calon dari Barisan Nasional (BN) Dr.A.Rahman Mokhtar memenangi kerusi DUN Kuala Besut dengan undi majoriti sebanyak 2434 undi.
Tengku Zaihan Che Ku Ab.Rahman, 37calon UMNO-BN |
Kesimpulannya? Bahawa kemenangan yang diperolehi oleh Allah Yarham Dr.A.Rahman Mokhtar, di kawasan DUN Kuala Besut itu, ianya merupakan kemenangan yang mempunyai majoriti yang sangat besar dan jauh kedepan meninggalkan calon PAS.
Sekaligus ianya boleh ditakrifkan bahawa PAS di DUN Kuala Besut itu boleh dikatakan tidak mempunyai pengaruh politik yang kuat.
Tidak hairanlah kenapa PAS kalah di kawasan tersebut pada PRU-13 yang berlangusung pada 5 hb.Mei 2013 itu.
Berdasarkan dengan keputusan itulah yang memungkinkan kenapa DAP rakan PAS dalam Pakatan Rakyat telah mencadangkan agar PAS tidak turut bertanding pada PRK Kuala Besut yang akan berlangsung pada 24 hb.July 2013.Ertinya hanya 2 hari saja lagi.
Pun begitu? Demi untuk mengelakan akan dituduh selaku parti yang pengecut dan dayus? PAS terpaksa juga bertanding demi untuk menjaga maruah dan pengaruh politik PAS di DUN Kuala Besut itu sendiri khasnya dan sekaligus untuk menjaga maruah politik PAS di seluruh seantero Malaysia amnya.
(Che Long) En.Azlan @ Endot Yusof,48 calon PAS. |
Selaku parti politik PAS ketika menyertai beberapa pilihanraya umum Malaysia boleh dikatakan PAS lebih banyak kalah dari menang di arena politik Malaysia sejak ditubuhkan lama dulu hingga kini.
Contohnya,pada PRU -13 yang baru-baru ini PAS telah bertanding lebih dari tujuh puloh kawasan Parlimen di Malaysia,tapi mengapa hanya 20 kerusi yang menang?
Dengan jumlah kerusi Parliman yang PAS menang segbegitu rupa?Bilakah masanya PAS akan mampu dan akan berjaya menggantikan Umno untuk meneraju Kerajaan Persekutan Tanah Melayu?
Pada hemat penulis, jika berdasarkan rekord -rekord kemenangan yang PAS telah capai pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) dari satu masa ke satu masa?
Kemenangan yang PAS miliki itu boleh dibaratkan semacam mempunyai kain selimut yang tidak cukup panjang mengikut saiz tubuh. Ketika sejuk menyerang tubuh?Ditarik ke atas?Maka bahagian kaki pula tidak dapat dilindungi.Bagitu jugalah di sebaliknya.
Menurut kiraan hukum akal? Agak sukar bagi PAS untuk menjelmakan IMPIANNYA itu jadi KENYATAAN?
Perjalanan untuk PAS menjelmakan impian PAS jadi kenyataan dilihat masih sukar dan masih jauh lagi? Justeru itu?Mahu atau tidak mahu ,suka atau tidak suka,PAS mesti mengambil jalan pintas iaitu, dengan cara segera bekerjasama dengan Umno untuk mengujudkan kerajaan perpaduan.
Dengan kata lain?Dengan buat begitu maka tokoh-tokoh utama di dalam parti PAS akan segera dapat merasi faedah-faedah yang lebih besar dan cepat merasa jadi menteri dan timbalan menteri,di dalam kabinet kerajaan pusat pimpina Datuk Seri Najib Tun Razak.Jangan tungghu lama-lama...kalau tidak mahu kepunan...
Kita semua tidak tahu bilakah kita akan dipanggil menemui sang pencipta kita? Esokkah,lusakah? Tidak kita ketahui...justeru gunakanlah masa dan peluang keemasan yang sedang terbuka luas itu sementara hayat masih di kandung badan...
Tinggalkanlah PKR dan DAP dengan angan-angan dan impian mereka untuk menguasai Kerajaan Pusat Malaysia. Biarkanlah DEPA terjun dengan labu-labunya.Pucuk pemimpin PAS hendaklah segera bertemu muka dan berunding dengan pucuk pimpinan Umno dengan cara tulus ikhlas.Penulis yakin jika PAS ikhlas dengan niat dan cadangan-cadangannya?
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman,calon Umno-BN di DUN Kuala Besut sedanag melakuan lawatan bertemu dan berbual mesra dengan rakyat di kawasan Kuala Besut pada kempen PRK Kuala Besut. |
Jika ada orang-orang dalam Umno yang menentangnya? Datuk Seri NajibTak usah peduli. Mereka itu semuannya hanya pentingkan diri mereka sendiri sahaja bukan untuk bangsa ,negara dan agama dan tidak pernah berazam untuk bekerja kuat hendak kukohkan parti Umno walau pun Umno berada dalam keadaan genting?
Sebaliknya, ada diantara mereka lebih rela kalah dalam Piliharaya umum,tetapi tidak rela kalah di dalam pertandingan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Umno yang sedang mereka pegang itu.
Kerana selaku Ketua Bahagian Umno,maka macam-macam peruntukan akan diterima kononnya untuk mengkuatkan kedudukan parti.Tetapi adakah mereka Ketua-Ketua Bahagian itu benar-benar bekerja keras untuk kuatkan parti?
Jika mengikut analisa yang dibuat oleh penulis di banyak Bahagian-Bahagian Umno. Sebenarnya mereka ini tidak melakukan kerja secara serius walau telah kalah pada banyaka tempat dan banyak negeri pada PRU-12 dulu itu.
Mereka hanya pentingkan terima peruntukan dari Umno pusat sahaja.Dan apakah cara yang mereka belanjakan? Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.Kalau kerja kuat?Misalnya di Selangor?
Kenapa pada PRU-13 di Selangor lagi banyak Umno-BN kalah jika dibandingkan denga PRU-12 dulu? Pada PRU-12 Umno-BN kalah di Selangor hanya 36 kawasan DUN.
Akan tetapi pada PRU-13 Umno-BN kalah 44 kerusi. Kalau mereka yang jadi peneraju di tiap-tiap Bahagian tetap bekerja kuat untuk kuatkan parti Umno dengan cara menambah banyak penyokong kepada Umno?Kenapa begini jadinya?
Pada PRU-12 Umno-BN punya 144 kerusi Parlimen.Tapi Pada PRU-13 dengan keputusan Umno-BN hanya menang 133 kerusi Parlimen.Tidak ini menggerunkan? Bukan menambah,sebaliknya semakin kurang.
Kita semua maklum bahawa bermula dari PRU tanggal 2008 hingga kini,penulis yang kini telah berusia 75 tahun,melihat senario politik Malaysia sudah jadi begitu songsang sekali. Pengundi Cina sudah ada pilihan kedua. Kita tidak boleh harapkan lagi sokongan mereka mutakhir ini semacam sebelum tahun 2008.
Justeru itu Umno mesti membuat keputusan yang bersifat menang-menang bagi kemanfaatan kedua-dua belah pihak jika ada peluang untuk berunding dengan parti PAS? Matlamat utama untuk menubuhkan kerajan perpaduan dengan PAS?
Hakikatnya?Agar kuasa politik tetap berada di tangan orang-orang Melayu.PAS dan Umno mesti sedia berkorban kepentingan masing-masing demi perpaduan Melayu yang telah ada pencabarnya.
Kita mesti jangan malu mengakui bahawa parti-parti Melayu di Malysia ini tidak mampu berpecah tiga.Sedang parti yang bukan Melayu tetap bersatu dalam satu wadah yang padu dengan kukuhnya.demi faedah kaumnya.Fikir-fikirkanlah demi survival anak cucu citi kita di masa muka.Jangalah kita tinggalkan mereka dalam keadaan menjadfi yatim piatu di dalam negeri sendiri.
KENAPA PENULIS RAMAL AGAK SUKAR PAS NAK MENANAG?
Berbalik semula ke isu PRK (DUN) Kuala Besut? Banyak faktor kenapa penulis berani ramalkan boleh dikatakan agak sukar bagi PAS untuk menang pada PRK Kuala Besut itu. Di bawah ini, ada beberapa sebab yang memungkinkan ramalan penulis itu akan menjadi kenyataan..
(1).Majoriti undi yang dimenangi oleh Umno-BN di kawasan DUN Kuala Besut pada PRU-13 dulu itu terlalu besar dan agak sukar untuk PAS mengejar dan mengalahkannya.
(2).Calon yang diketengahkan oleh Umno-BN pada PRK Kuala Besut ini, perbezaan dari segi ketokohan, pendidikan dan aura politiknya dilihat lebih menonjol dan ternyata boleh meninggalkan jauh kebelakang terhadap calon PAS.Sukar bagi PAS untuk mengejarnya walaupun ia dibantu dengan pil Vaigra.Agar tenaga kuat.
Datuk Seri Idris Jusoh,pahlawan Umno-BN yang berjaya merampas kuasa politik di Terengganu dari PAS pada PRU-11,pada tahun 2004-2008. |
Perlu dingatkan! Dengan kelicinan politik Datuk Seri Idris Jusoh-lah mengakibatkan PAS hilang kuasa politik di Terngganu pada PRU 2004 di tangan Umno-BN.Panglima perangnya ialah Datuk Seri Idris Jusoh.
(4).Peruntukan pembangunan untuk DUN Kuala Besut, kini telah mencurah-curah ke Kuala Besut bersempena dengan kempen PRK ini.Rakyat dilihat begitu teruja dengan pembanguna yang dijanjikan itu yang mana akan menjadikan suasana kehidupan rakyat Kuala Besut akan menjadi lebih selesa (condusive).
Kuala Besut akan bertukar wajah apabila projek mendalamkan muara sungai serta membina benteng pemecah ombak menelan belanja RM250 juta bakal dilaksanakan di kawasan itu nanti.
Setelah 30 tahun lamanya menanti,akhirnya seluruh penduduk Kuala Besut bakal menikmati pembangunan hasil keputusan kerajaan untuk melaksankan projek itu.
Kerajan Umno-BN pasti akan dapat melakukan setiap janji-janjinya di Kuala Besut kerana Terengganu dan Kerajaan Pusat adalah di bawah kekuasaan Umno-BN.Berlainan dengan PAS hanya sebagai pihak pembangkang di Terengganu sekaligus di Pusat juga.
PAS TELAH BUAT SILAP KIRAAN POLITIK.
(5).Akibat tidak begitu arif dengan soal politik? Calon Pas telah membuat kesilapan besar dengan membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa jika beliau menang sebagai WAKIL RAKYAT di DUN Kuala Besut, beliau akan melantik seoarng wakilnya untuk menjaga kerja wakil rakyat di situ.Disebakan beliau begitu sibuk dengan perniagaannya di Kota Baharu,Kelantan.
Kenyataan ini, sangat malang,merugikan politik PAS dan ianya boleh merencatkan hati-nurani para pengundi-pengundi di DUN Kuala Besut itu sendiri.Saya puji dengan keikhlasan En Azlan itu,iukhlas dan jujur,tetapi di dalam politik?
Sebenarnya En.Azlan tidaklah boleh lurus bendul sangat.Politik ini hendaklah pandai mengamalkan sikap pura-pura, tipu daya. Lain di mulut dan dan lain pula di hati.Itu politik namanya.Membunuh dan di bunuh.
Lazimnya,wakil khas pada ADUN atau Parlimen (MP) tidak dapat melakukan kerja-kerja yang cepat dan tepat seperti yang akan dilakukan oleh (wakil rakyat) itu sendiri.Dan ada kalanya (wakil khas) yang dihantar ke kawasan pengundi untuk mendengar rungutan-rungutan rakyat umumnya tidak bertugas dengan baik?
Banyak dianataranya, langusng tidak menyampaikan segala rungutan-rungutan rakyat setempat yang telah dibuat oleh pengundi-pengundi di sesuatu kawasan itu kepada p[engetahuan wakil Rakyat di kawasa itu.
Ini telah banyak berlaku.Wakil khas pada Wakil Rakyat,dilihat lebih berlagak dari wakil rakyat itu sendiri.Sedangkan mereka tidak punya apa kuasa pun dan tidak boleh membuat sebarang keputusan.
ISU ALVIN, VIVIAN DAN JUGA ISU MARINO
(6).Dalam soal isu Alvin dan Vivian dan juga pada isu Duta Vatican City,ke Malaysia,Biskop Joseph Marino? Pucuk pimpinan PAS pusat dilihat telah bisu seribu bahasa. Sikap negatif yang telah dipamirkan oleh pucuk pimpinan PAS itu sangat melukakan hati-nurani rakyat Melayu di Malaysia yang beragama Islam sekaligus pada pengundi-pengundi Melayu Islam di DUN Kuala Besut itu sendiri.
PAS seharusnya perlu menunjukkan ketegasannya berhubungan isu Alvin , Vivian dan juga pada isu Marino. Pas seharusnya perlu menunjukkan ketegasan sikap dengan membantah secara rasmi kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino yang menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung dengan isu penggunaan kalimat Allah oleh penganut Kristian.
Selaku parti yang berkonsep berjuang bersama Islam? PAS sepatutnya memberi keutamaan kepada perjuangan memepertahankan AKIDAH ISLAM daripada menjaga hubungan baik dengan sekutu-sekutunya di dalam Pakatan.
Sikap yang telah diambil oleh PAS bersabit dengan dua isu penting yang seperti disebutkan di atas itu. Sudah pasti boleh menggoriskan hati-nurani pengundi di DUN Kuala Besut itu sendiri? Justeru itu,tidaklah mustahil PAS akan gagal untuk mengurangkan majoriti calam Umno-BN di DUN Kuala Besut itu.
Sebaliknya bukan sahaja PAS sukar untuk menang di DUN Kuala Besut?Malah Umno-BN akan mendapat kemenangan dengan majoriti yang lebih besar lagi dari apa yang telah dicatitkan oleh Allah Yarham Dr.A.Rahman, pada PRU-13 dulu itu.
Marilah sama-sama kita tunggu keputsannya pada malam 24 hb July 2013.Jumlah pengundi yang berdaftar di DUN Kuala Besut ialah 17,683 orang.Majoriti pengundi-pengundinya ialah golongan nelayan.
Pengundi yang berusia antara 21-29 tahun berjumlah 27,94 %. Yang berusia antara 30-39 tahun berjumlah 27.36%.Yang berusia antara 40-49 sebanyak 19.34%. Yang berusia antara 59-59 tahun berjumlah 12.86%.Yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak 12.9%. Yang lain-lain berjumlah 0.41 %. (Posted by abnmulya/ Bakar Ninggal.blogspot.com at 1520 hrs on July 22,2013).
No comments:
Post a Comment