Sunday, July 14, 2013

Mengapa baiah hanya terpakai untuk calon?

BESUT 12 Julai - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengelak daripada menjelaskan mengapa baiah (bersumpah) dimestikan hanya untuk calon namun tidak terpakai jika melibatkan para pemimpin pembangkang yang terpalit dengan isu moral.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebaliknya menegaskan, perkara itu yang dibangkitkan media tidak perlu dijawab.

Malah, beliau turut menjelaskan persoalan itu tidak ada kena-mengena dengan PRK DUN Kuala Besut. Walau bagaimanapun, ditanya kenapa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang terbabit dalam isu moral tidak perlu bersumpah, Husam cuma menjawab:

"Boleh bersumpah, kalau saudara nak bersumpah pun boleh," katanya ketika ditemui dalam majlis penamaan calon PRK DUN Kuala Besut di sini hari ini.

Isu itu timbul selepas Pas buat pertama kali meminta calonnya dalam PRK DUN Kuala Besut, Endut @ Azlan Yusof melakukan baiah secara terbuka dalam majlis ceramah dan pengumuman calon baru-baru ini. 

Antara baiah tersebut adalah Azlan berjanji tidak akan melompat parti sekiranya menang dan jika beliau melanggarnya akan dilaknat Allah SWT, Rasulullah SAW dan orang yang beriman.

Sementara itu, Husam mengakui sukar merampas kerusi DUN Kuala Besut yang dikuasai Barisan Nasional (BN) dalam PRK tersebut 24 Julai ini.(utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com., at 1556 hrs on July 14,2013.

No comments: