Sunday, July 14, 2013
Calon PAS 'bikin' kontroversi
KUALA LUMPUR 12 Julai - Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mula mencipta kontroversi dengan awal-awal menyatakan akan melantik orang lain untuk menguruskan kerjanya jika menang.
Kenyataan beliau yang boleh ditonton menerusi laman YouTube dan dimuat naik di portal Terengganu Today (http://terengganutoday.com) itu antara lain menyebut mengenai keadaan dia yang sibuk termasuk menguruskan perniagaan di Kota Bharu, Kelantan.
Disebabkan itu, beliau akan melantik dan menggaji orang lain untuk menguruskan kerja-kerjanya sebagai wakil rakyat sekiranya berjaya merampas kerusi DUN berkenaan.
''Saya ada banyak kerja sekarang, satunya saya ada perniagaan di Kota Bharu. Kalau saya keluar kerja pun, kerja-kerja sebagai wakil (wakil rakyat) akan diuruskan oleh orang lain, saya akan menggaji dia,'' katanya seperti dipetik menerusi rakaman video di laman YouTube tersebut.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1601 hrs on July 14,2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment