(Agenda Daily)
ISNIN, 15 JULAI 2013 00:48. Sudah berapa hari ramai yang terpaksa melayan karenah pasangan dua budak puaka ini yang cetus kontroversi persenda sensitiviti umat Islam dalam bulan Ramadhan menerusi "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh" mereka.
Melihat latar belakang pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24 ini mereka bukanlah orang yang bodoh.Cuma otak mereka ada celah kangkang.
Keduanya adalah bekas penuntut National University of Singapore.
Rupanya tidak cukup dengan kontroversi blog seks mereka yang panas,keduanya cuba melangkah setapak lagi mengunakan kebebasan alam internet untuk menguji kesabaran umat Islam.
Juga siapa boleh lupa aksi Vivian nak tunjuk kecenderungan politiknya mempersendakan Barisan Nasional bergambar bogel disebalik bendera parti itu sebelum pilihanraya umumm ke 13.
Dia juga dengan megah bergambar dengan idolanya,Nurul Izzah Anwar dan kelibatnya kelihatan dalam acara pakatan pembangkang.
Siapa tahu mungkin pasangan gaya hidup bebas ini sudah merasa 'dunia sudah ana yang punya' melihat pada senario politik negara menjelang PRU13 lalu ekoran gegar gempita pakatan pembangkang dakwa mereka boleh menang.
Kata orang soal politik lantak dia lah nak condong sebelah mana.
Namun bila masuk bab agama dengan tindak tanduk yang kurang ajar begini...ini sudah lain cerita.
Ekoran kontroversi yang mempersendakan bulan Ramadhan oleh pasangan ini semakin ramai yang menjerit belasah mereka.
Ini termasuk kalangan bukan Islam yang tahu bagaimana perangai gila mereka boleh cetuskan masalah besar dalam hubungan antara kaum di negara ini.
Bagi Pengerusi Social Care Foundation Tan Sri Robert Phang perbuatan Miow Alvin dan Vivian yang memuat naik gambar Selamat Berpuasa dengan hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook mereka adalah melampau.
Katanya pada wartawan di Kuala Lumpur Ahad tindakan itu telah menyinggung perasaan ramai umat Islam yang kini sedang menjalankan ibadah puasa.
"Ia bukan perkara yang sihat. Kita patut menghentikan tindakan ini dan tidak membiarkan ia berlaku," katanya.
Sementara itu, dua pertubuhan bukan kerajaan, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Ahad terhadap pasangan kontroversi itu.
Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata perbuatan pasangan itu yang memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman Facebook adalah amat biadab dan tidak menghormati agama lain.
"Perkara ini menimbulkan kemarahan kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana mempersenda bulan Ramadan dan seolah-olah Jakim menghalalkan hidangan itu. Ia boleh menjejaskan keharmonian negara dan menimbulkan sensitiviti agama lain.
"Kami menggesa pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya.
Walaupun kini mereka berada di Singapura, kami berharap kerajaan di sana turut mengambil tindakan kepada pasangan itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Sementara itu beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini meminta kerajaan mengkaji semula Rang Jaminan MSC Malaysia bagi membendung penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ada pihak menyalah guna kebebasan bermaklumat yang dinikmati rakyat negara ini dan boleh menjadi 'racun' kepada kemakmuran negara.
"Apa jua perkara perlu ada limitasinya. Macam makanan juga, kalau dimakan banyak tanpa kira hadnya, pasti akan jadi penyakit dan racun dalam badan," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Beliau mengulas tindakan Tan Jye Yee, 25, dan pasangannya Vivian Lee, 24, yang mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.
Ahad satu lagi akaun facebook memuat naik status mempersenda Ramadan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletak logo halal.
Nadzim berkata satu mekanisme pemeriksaan perlu diwujud bagi menggantikan rang jaminan berkenaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat di negara ini.
"Apa sahaja akta yang boleh digunakan bagi penyalahgunaan maklumat ini tidak akan membantu jika maklumat masih lagi boleh diakses dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan.
"Apatah lagi dalam keadaan negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, seharusnya ada satu undang-undang yang tidak memungkinkan rakyat negara ini boleh menyentuh sensitiviti antara satu dengan lain, dengan apa jua cara sekalipun, termasuklah menggunakan teknologi," katanya.
Pendapat Nadzim disokong Pengerusi Biro Haluan Palestin Persatuan Haluan Malaysia Dr Syed Halim Syed Hassan yang berkata perlu ada satu tapisan maklumat walaupun masyarakat negara ini bebas mengguna serta menyebarkannya.
"Memang diakui maklumat melalui Internet adalah sangat banyak dan mudah disebar berbanding melalui medium maklumat perdana seperti surat khabar, namun pihak bertanggungjawab perlu ada mekanisme menyekat apa jua jenis maklumat yang boleh mengganggu sensitiviti kaum negara ini," katanya.
Mengulas tindakan mempersenda Islam di laman sosial facebook, Syed Halim berkata ia adalah usaha pihak berfikiran dangkal yang ingin menjejaskan ibadah umat Islam.
Beliau berkata pihak yang berkelayakan seperti mufti atau ulama boleh membantu pengguna Islam meredakan kemarahan mereka, terutama ketika berpuasa, semasa berdepan perkara sedemikian.
Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan Ahad memberitahu pasangan Alvin dan Vivian telah dipanggil untuk hadir beri keterangan di pejabat penguatkuasaan SKMM Isnin.
Bagi kes berasingan di laman Facebook yang menyiarkan gambar babi panggang dengan cap logo Halal, Mohamed Sharil berkata pemilik akaun itu bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini.
"Kami telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka untuk menyekat laman berkenaan atau memadam akaun tersebut," katanya.
Sehubungan itu, Mohamed Sharil menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada Facebook jika menjumpai mana-mana paparan yang menghina kesucian Islam.
Beliau juga menasihatkan pengguna laman sosial itu untuk tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan.
"Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan kita yang beragama Islam. Kita perlu sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita di dalam talian serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain terutamanya mengenai isu-isu agama.
Sebelum itu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dilaporkan berkata buat masa pihaknya serah pada SKMM untuk jalankan siasatan.
Kini semua orang ternanti-nanti apakah tindakan yang bakal diambil terhadap pasangan ini.
Apakah sekadar amaran atau kena berjawab di mahkamah.
Pada ketika yang sama ramai juga bertanya sejauh mana kekuatan undang-undang yang ada untuk menyekat tindak tanduk seperti ini dari berulang dan terus berulang.
Soalnya nak tunggu berapa ramai lagi orang sejenis Alvin dan Vivian muncul bikin kecoh ?-15/7/2013( Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.m, ata 1536 hrs on JUlky 15,2013.
No comments:
Post a Comment