KUALA LUMPUR 15 Julai - Pakatan Pembangkang hari ini mengemukakan writ saman bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu tidak sah kerana didakwa berlaku penipuan dalam penggunaan dakwat kekal.
Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, pihaknya menamakan tujuh individu di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai defendan dalam saman tersebut.
"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang dapat kita buat adalah keputusan PRU itu akan diketepikan dan semua 222 kerusi Parlimen patut diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Pakatan pembangkang sebelum ini gagal membentuk Kerajaan Persekutuan seperti dicita-citakan apabila hanya mampu memenangi 89 kerusi yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP pada PRU lalu.
Enggan menerima hakikat kekalahan itu, pembangkang mengadakan demonstrasi jalanan dan ceramah bagi meraih simpati rakyat selain mempengaruhi orang ramai agar menolak keputusan pilihan raya yang telah diputuskan sendiri oleh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, pembangkang melalui kenyataan tuntutan saman yang difailkan itu turut menuntut mahkamah agar membatalkan keputusan PRU-13 dan satu pilihan raya umum dijalankan semula. - UTUSAN ONLINE -politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1915 hrs on Juy 15,2013.
No comments:
Post a Comment