Datuk Hasan Malek |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga degil dan tamak yang enggan mematuhi ketetapan harga standard itu.
"Kita sudah beritahu harga ayam yang ditetapkan adalah RM7.70 sen sekilogram mulai 26 Julai ini. Kalau peniaga sengaja naikkan lagi harga selepas tarikh itu, kita tak boleh lagi bertolak ansur.
"Kita bertegas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM50,000 dan RM100,000, malah hingga mencecah RM500,000," katanya.
Beliau ditemui pada program Gotong Royong dan Ramah Mesra di pekarangan Masjid Al-Jaumhuriah dekat Kuala Besut hari ini.
Hasan turut memberi amaran serupa kepada para peniaga 20 barang kawalan lain sebaik bermulanya tarikh kuat kuasa harga itu yang dilaksanakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa selama 17 hari. - UTUSAN ONLINE-).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1859 hrs on July 21,2013.
No comments:
Post a Comment