Tan Sri Shahrir Abdul Samad |
Tetapi kalau UMNO cakap soal demokrasi, sekurang-kurangnya kita buat dan kita buktikan melalui tindakan kita. Bukan macam segelintir parti yang tahu bercakap, namun tidak diaplikasikan, nak kira undi pun boleh silap, nak bertanding pun tak digalakkan dan tak panggil ahli pergi mesyuarat.
"Bagi ahli UMNO, saya rasa semua sudah cukup matang dalam membuat keputusan dan yang penting siapa kalah terima kekalahan dengan terbuka dan siapa menang jangan pula menindas yang kalah," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman Facebooknya yang menyatakan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berdasarkan perlembagaan baharu parti bakal menjadikan UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru ditemui selepas menyampaikan bantuan Ramadan Parlimen Johor Bahru di sini hari ini.
Pindaan perlembagaan UMNO yang diluluskan pada 2009 antara lain meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan di peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.
Lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ini.
Shahrir berkata, pemilihan tersebut juga akan mengubah persepsi segelintir masyarakat terutama golongan muda tentang parti yang seringkali dilabelkan oleh pihak pembangkang sebagai sebuah parti yang diktator dan jahat.
Ditanya sama ada beliau berhasrat bertanding merebut sebarang jawatan tertinggi parti, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu mengakui tidak berminat untuk bertanding dan lebih suka memberi tumpuan sepenuhnya kawasan Parlimen Johor Bahru.(Utusan online-politik ).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 2124 hrs on July 29,2013.
No comments:
Post a Comment