Sebahagian pekerja giat menjalankan kerja-kerja menukar batu marmar yang tidak menyerap haba di kawasan masjid Masjidilharam, Mekah. - Agensi
MEKAH 28 Julai - Pihak pentadbiran Masjidilharam di sini sedang giat memasang batu marmar tahan panas di kawasan halaman masjid tersebut bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk mengerjakan haji dan umrah.
Akhbar Saudi Gazette melaporkan, pihak berkuasa memilih batu marmar dari Kepulauan Thassos, Greece yang tidak menyerap haba dan mengekalkan suhu sama pada waktu siang dan malam.
Kerja-kerja pemasangan batu marmar putih tersebut sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja.
\"Pemasangan batu marmar ini akan membolehkan jemaah berjalan tanpa memakai kasut di kawasan masjid walaupun cuaca panas atau sejuk melampau,'' kata pihak berkuasa tersebut.
Terdahulu, pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan persediaan mereka untuk menerima berjuta-juta jemaah dari seluruh dunia yang mahu menunaikan umrah dan mengerjakan solat tarawih di Masjidilharam sempena 15 hari terakhir bulan Ramadan.
Jawatankuasa Pusat Haji yang di pengerusikan oleh Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal telah menilai semula persediaan yang dibuat sebelum ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.
Beliau turut menggesa orang awam dan agensi swasta memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah.
Kira-kira lima juta jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dianggarkan membanjiri Masjidilharam untuk menunaikan umrah ketika bulan Ramadan ini. - AGENSI(Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Bakar Nigal.blogspot.com. at 2110 hrs on July 29,2013.
No comments:
Post a Comment