TPM
Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bersama ketua-ketua kluster Majlis Profesor Negara (MPN) selepas sesi dialog bersama ahli MPN di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad (dua, kanan) dan Pengerusi MPN, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid (kanan). - BERNAMA
PUTRAJAYA 30 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap gejala buruk menghina agama Islam yang sedang melanda masyarakat di negara ini tidak sampai ke tahap tercetusnya situasi kacau-bilau seperti yang berlaku di sesetengah negara Islam termasuk Syria dan Mesir.
Beliau berkata, tindakan menghina agama Islam sudah mula berlaku dalam masyarakat dan hal sedemikian menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian mendalam tentang keharmonian berasaskan agama dan kaum di negara ini.
Tegasnya, apa yang berlaku di Malaysia ialah penganut agama Islam tidak mempersendakan agama lain, namun di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam ini, orang bukan Islam memperlekeh dan mempersendakan Islam.
''Ini telah mengganggu ketenteraman jiwa masyarakat Islam dalam negara kita, adakah ini manifestasi dan tanggapan sesetengah pihak bahawa kita ini lemah, mudah diperkotak-katikkan atau pun tidak tegas dan berani untuk bertindak ke atas perkara yang mencemarkan kesucian agama kita.
"Atau sengaja mereka ini adalah orang yang bodoh dan tidak faham dengan nilai agama dan kehormatan kepada agama lain, apa yang berlaku kepada agama Islam di Malaysia ialah penganut Islam tidak mempersendakan agama Kristian, Hindu dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama 70 anak-anak Rumah Amal Kasih Bestari anjuran Eden Inc. Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam ini.
Dalam hubungan ini, Timbalan Perdana Menteri mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera berhubung beberapa kejadian mempersendakan Islam di laman sosial sejak akhir-akhir ini.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1854 hrs on July 31,2013.
No comments:
Post a Comment