Tuesday, August 13, 2013

Pengerus resort mengaku beri kebenaran guna surau untuk meditasi

Antara gambar yang dirakamkan oleh penduduk kampung berhubung upacara ritual yang diketuai oleh sami Buddha di dalam surau di sebuah resort di Sedeli Besar, Kota Tinggi, kelmarin. Antara gambar yang dirakamkan oleh penduduk kampung berhubung kejadian upacara sembagyang yang dijalankan di dalam bangunan yang sebelum ini adalah sebuah surau di kawasan peranginan (Tanjung Sutera Resort) di Sedeli Besar, Kota Tinggi di sini SEMALAM. 

KOTA TINGGI 12 Ogos - Pihak pengurusan resort yang dikaitkan dengan isu surau dijadikan tempat ritual keagamaan bukan Islam di Sedili Besar di sini, mengakui memberi kebenaran kepada sekumpulan 13 individu yang dipercayai penganut Buddha dari Singapura menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan meditasi.

Pengurusnya, Syed Ahmad Alkaff berkata, rombongan terbabit pada mulanya meminta pihak pengurusan menyediakan sebuah dewan atau ruang kosong untuk kegunaan mereka mengadakan upacara meditasi atau ritual keagamaan.

"Bagaimanapun, kebetulan dewan di resort semuanya penuh dan kami membenarkan mereka menggunakan surau di sini memandangkan upacara ritual itu bersifat sementara.

"Namun, setelah mendapat tahu mereka membawa masuk peralatan dan kelengkapan sembahyang secara senyap tanpa pengetahuan kami ke dalam surau, kami telah mengarahkan upacara itu dihentikan dan membawa keluar semua barang-barang tersebut," katanya.

Terdahulu, upacara ritual yang diketuai oleh seorang sami itu menjadi perhatian umum apabila satu rakaman video amatur berdurasi 1 minit 25 saat telah dimuat naik ke laman YouTube oleh pemilik akaun YouTube yang menggunakan nama sebastianphiu.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan kumpulan penganut Buddha terbabit diketuai oleh seorang sami sedang mengadakan upacara meditasi di ruang solat surau berkenaan yang turut memaparkan ayat-ayat suci al-Quran.

Ekoran penyebaran video tersebut, ia mendapat reaksi pelbagai pihak apatah lagi pihak pengurusan yang membenarkan kejadian itu berlaku adalah individu yang beragama Islam.

Menurut Syed Ahmad seperti dipetik daripada portal berita MyNewsHub, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang mahu menunaikan solat di surau berkenaan yang ternampak insiden itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

"Kebelakangan ini pihak kami kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan ke resort ini," katanya.

Tambah Syed Ahmad, polis juga berada di tempat kejadian dan telah mengambil keterangan daripada pelbagai pihak terlibat dan kes tersebut disiasat di bawah Kanun Keseksaan.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ningal.blogspot.com.at 2147 hrs on Ogos 13,2013.

No comments: