Penasihat (MAINJ),Datuk Nooh Gadut |
Beliau berkata, surau berkenaan tidak boleh dirobohkan serta-merta kerana bangunan tersebut adalah `barang kes dan kini berada di bawah pengawasan pihak polis dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
"Setelah siasatan pihak polis selesai, MAINJ akan mengambil alih siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan berdasarkan Seksyen 7A Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
"Kemungkinan besar surau tersebut akan dirobohkan selepas siasatan selesai dan kita jangka mengambil masa kira-kira sebulan untuk meneliti semua perkara sebelum membuat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Pusat Islam Iskandar Johor, di sini hari ini.
Beliau terdahulu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Pengerusi MAINJ yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim serta beberapa ahli yang lain di Istana Pasir Pelangi. - UTUSAN ONLINE-Dalam negeri).Posted bny abnmulya/ Bakar Ningal.blogspot.com.at 2155 hrs on Ogos 13,2013.
No comments:
Post a Comment