PULAU PINANG 10 Ogos - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak melayan sebarang permintaan pemimpin DAP untuk bertemu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Presidennya, Rahmad Isahak berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga tidak perlu membuang masa mencari pelbagai alasan untuk bertemu ROS.
"Adalah lebih munasabah sekiranya permintaan untuk mengadakan pertemuan itu dibangkitkan sebelum surat arahan bertarikh 30 Julai lalu dikeluarkan.
"KMPP berharap ROS tidak akan mengubah keputusan yang dibuat sebelum ini, malah perlu lebih tegas menetapkan tempoh untuk DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 30 Julai lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan parti itu berhubung isu penyelewengan undi dalam pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan sebanyak 547 perwakilan.
Walau bagaimanapun, Guan Eng dilapor mempersoal peruntukan undang-undang yang digunakan ROS dalam keputusan tersebut dan tidak akan mematuhi arahan ROS itu selagi tuntutannya mengenai perkara berkenaan tidak dijelaskan sepenuhnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.15 am on Ogos 11,2013.
No comments:
Post a Comment