Friday, August 23, 2013

Wanita UMNO Selangor sokong Shahrizar pertahan jawatan

Raja Ropiaah Raja Abdullah (duduk empat dari kanan) bersama kepimpinan dan ahli Wanita UMNO Selangor semasa sidang akhbar di Shah Alam, semalam. 

SHAH ALAM 22 Ogos - Pergerakan Wanita UMNO Selangor menyatakan pendirian menyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mengekalkan jawatannya sebagai ketua sayap parti itu.

Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah berkata, keputusan itu mendapat persetujuan daripada majoriti ketua pergerakan wanita di peringkat bahagian di negeri ini.

Beliau berkata, sejak memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bermula 2009, Shahrizat melaksanakan janji membawa pembaharuan dan perubahan dalam pergerakan itu selain berjaya merapatkan hubungan antara parti dengan rakyat.

"Pendekatan yang beliau gunakan sepanjang menerajui Pergerakan Wanita UMNO sejak lima tahun lalu berjaya menambat hati rakyat antaranya menerusi penubuhan Skuad Sayang untuk membantu rakyat sama ada yang berhadapan dengan bencana alam sehingga kepada golongan memerlukan.

"Begitu juga konsep Jalinan Rakyat yang diusahakan beliau telah membuka lembaran baharu hubungan rakyat rakyat dan parti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Raja Ropiaah berkata, kepimpinan yang diterajui Shahrizat juga menyaksikan lebih ramai calon wanita ditampilkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan kira-kira 80 peratus daripada mereka berjaya membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1926 hrs on Ogois 23,2013.

No comments: