Tan Sri Abu Hassan Omar |
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, angka tersebut berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya setakat ini melibatkan seluruh 22 bahagian UMNO negeri.
Beliau berkata, borang pencalonan akan diedarkan 14 Oktober ini di bahagian masing-masing dan mereka yang bertanding di peringkat bahagian serta sayap parti boleh mengemukakan borang pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan di Bangunan UMNO negeri pada 21 Oktober ini bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
"Bagi calon yang bertanding jawatan di peringkat UMNO Pusat, mereka boleh mengemukakan borang pencalonan terus ke di Ibu Pejabat UMNO.
"Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri telah membuat persediaan awal dan diharapkan calon-calon yang bertanding menyerahkan borang pencalonan masing-masing lebih awal," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Abu Hassan berkata, setakat ini, sebanyak 1,800 UMNO cawangan berjaya mengadakan mesyuarat masing-masing manakala bakinya dijangka selesai sebelum tarikh akhir pada 15 September ini.
Beliau memberitahu, setakat ini pihaknya menerima kira-kira 17 aduan melibatkan beberapa cawangan UMNO di negeri ini antaranya kehadiran mesyuarat tidak cukup satu perempat ahli, masa mesyuarat tidak mengikut jadual dan sebagainya.
"Kita terima setiap aduan dan akan melaksanakan siasatan bagi meneliti sama ada perkara itu berasas atau tidak," katanya.
Dalam masa sama, Abu Hassan mengingatkan jawatankuasa pemantau pemilihan di setiap UMNO bahagian negeri ini memastikan wakil yang dilantik tidak mencampuri perjalanan mesyuarat dan menjadi ejen berkempen bagi calon-calon bertanding.
"Wakil pemantau pemilihan adalah berkecuali. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberi pandangan atau teguran sekiranya mesyuarat cawangan atau bahagian yang diadakan menyalahi peraturan atau perlembagaan parti," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1859 hrs on Sept., 13,2013.
No comments:
Post a Comment