Friday, September 13, 2013

"Saya hargai laluan diberikan Kamal" -Ezam Mohd Nor.



Ezam Mohd Nor
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor menghargai dan menghormati keputusan dibuat oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kainin yang memberi laluan kepadanya untuk memegang jawatan itu atas nama perjuangan.

Ujar Ezam, beliau akan mengambil serius pelawaan tersebut memandangkan perjuangan memartabatkan UMNO sinonim dengan perjuangan memartabat maruah agama dan bangsa.

''Perkara tersebut merupakan satu amanah serta tanggungjawab dan bukannya satu pilihan dalam saya menggalas perjuangan membela agama dan bangsa menerusi UMNO.

''Oleh itu, sekembalinya saya dari luar negara Sabtu ini, saya akan bertemu Kamal Ariffin sendiri, Ketua UMNO Bahagian, Kamarulzaman Johari serta tokoh dan pimpinan UMNO Kota Raja seperti Datuk Amzah Umar,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ezam berkata, tujuannya berbuat demikian adalah untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum keputusan akhir dibuat.

''Walau apa pun sikap dan keputusan yang diambil oleh Kamal Ariffin ini menunjukkan beliau seorang yang berjiwa besar.

''Itu juga memberi petanda positif berlakunya arus kebangkitan UMNO khususnya di Selangor. Saya juga percaya UMNO Selangor akan semakin mantap selepas selesainya proses pemilihan parti kali ini,'' katanya.(Utusan online-politik).Posted  by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1912 hrs on Sept.,13,2013.


No comments: