Sunday, September 22, 2013

Ezam Mohd Nor menang tanpa bertanding di Kota Raja

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor yang sebelum ini disandang oleh Kamal Ariffin Kainin.
Senator Mohamad Ezam Mohd Nor

Mohamad Ezam berkata, kemenangan itu merupakan langkah pertama beliau untuk kembali aktif dalam parti itu tetapi tidak menyangka akan diberikan laluan untuk menduduki jawatan kedua tertinggi peringkat bahagian tanpa dicabar.

"Saya terkejut juga walaupun pemegang jawatan timbalan lalu, Kamal Ariffin telah menyatakan secara terbuka tidak bertanding kali ini untuk memberi laluan kepada saya tetapi cabaran daripada tokoh serta ahli UMNO lain di Kota Raja boleh berlaku kerana pertandingan kali ini amat terbuka.

"Malah, jawatan ketua dan naib ketua menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Bagaimanapun, saya menerima keputusan ini sebagai amat positif dan menghargai sokongan sepenuhnya UMNO Kota Raja terhadap diri saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum dipecat daripada UMNO pada 1998, Mohamad Ezam merupakan Timbalan Ketua Bahagian di Petaling Jaya Selatan. Mohamad Ezam menyertai semula UMNO 10 tahun lalu selepas meninggalkan parti itu iaitu pada 2008 dan memilih bahagian Kota Raja memandangkan beliau berasal dari Sungai Kandis, Klang di dalam bahagian berkenaan. - UTUSAN ONLINE-Politik). Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.Blogspot.com.at 2,48 am on September 23,2013.

No comments: