Wednesday, September 18, 2013

Jawatan Naib Presiden Umno : Musa Aman menarik diri. Tidak ada keperluan mendesak Mukhriz pula tumpang sekaki?

Setelah Datuk Seri Musa Aman,di Sabah undur.Penulis rasa tidak ada"urgency" untuk  Mukhriz pula hendak tumpang sekaki bertanding kerusi Naib Presiden Umno. Anda masih muda dan masa depan anda masih terbentnag luas...bersabarlah kerana bersabar itu separuh dari iman.



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
September 19,2013 at 2.55 am.

Semua para pemimpin Umno di seluruh perengkat yang ada bertaburan di seluruh ceruk rantau Malaysia,harus faham dan benar-benar mengerti bahawa penarikan diri oleh Datuk Seri Musa Aman,Ketua Menteri Sabah dan merangkap sebagai Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah.

Tan Seri Musa Aman
Tindakan luar  bjiasa yang telah diambil oleh Datuk Seri Musa Aman itu merupakan satu pengorbanan yang besar dan sekaligus ia sebenarnya mempunyai motif dan rahsia tertentu dan punya taraf diplomasi paling "high class" dan begitu mulia.

Semata-mata demi untuk mengelakan agar tidak ujud keadaan politiking yang bergelora di kalangan anggota Umno di Sabah itu sendiri.

Sekalong bunga malai yang merupakan tanda penghormatan harus dihadiahkan kepada Datuk Seri Musa Aman. Beliau sesungguhnya merupakan seorang tokoh politik Sabah yang hebat dan berjiwa besar.
Tan Seri Isa Samad

Para pemimpin Umno di Semenanjung itu sendiri khasnya perlu faham bahawa pada masa sekarang bahawa salah seorang dari tiga Naib Presiden Umno yang menyandang kerusi tersebut ialah, YB Datuk Seri Shafie Apdal ialah dari Sabah.

Justeru itu,jika Datuk Seri Musa Aman turut serta di dalam pertandingan untuk jawatan Naib Presiden itu pada pemilihan kali ini? Mahu atau tidak mahu,di sana akan ujud iklim pertentangan politik yang nagatif di sabah,di antara Datuk Seri Musa Aman dengan Datuk Seri Shafie Afdal.
Tan Seri Ali Rustam

Pertentangan antara penyokong Shafee Afdal dengan para penyhokog Datuk Seri Musa Aman sudah tentu tidak dapat dielakkan.

Akibatnya nanti? Maka suka atau tidak suka? Mahu atau tidak mahu? Sudah pasti gelora politiking di kalangan para penyokog-penyokong Umno di Sabah yang punya ahlinya lebih 500,000 orang itu.

Secara otomatik akan mengujudkan kesan yang negatif yang akan mencalarkan semangat perpaduan dan keharmonian di antara kedua-dua penyokong itu sendiri akibat pertandingan itu jika terjadi?

Syukur Alhamdulillah! Dengan adanya kebijakan antara Datuk Seri Najib Tun Razak berdailog dengan Datuk Seri Musa?
Datuk Seri Shafie Afdal
Maka isu itu telah selesai dan pengumunan penarikan diri dari bertanding telah diumumkan oleh Datuk Seri Musa Aman sendiri dengan alasan-alasan yang mampu di tafsirkan oleh hanya Johari yang kenal manikam.

Diplomasi politik dan massage kelas tinggi yang telah diorbitkan oleh Datuk Seri Musa Aman itu? Harus dijadikan contoh tauladan.

Maka seluruh para pemimpin Umno di Semenanjung juga harus membatas nafsu mereka agar jangan terlalu ramai,berduyun-duyun hendak bertanding untuk merebut sesuatu jawatan dalam parti Umno,di Semenanjung, pada pemilihan tahun ini,walaupun ianya telah dibuka dan dibenrkan secara terbuka oleh pucuk pimpinan Umno di pusat.

Datuk Seri Dr.Zahid Hamidi
Signal dari Datuk Seri Musa Aman itu merupakan satu message? Seharusnya, ia dapat dibaca oleh seluruh para pemimpin Umno,di seluruh lapisan jawatan di seluruh Semenanjung Malaysia, bahawa cara-cara berpolitik pada masa sekarang ini,iaitu masa yang  (penuh dengan pancaroba ) ini?

Hendaklah berhati-hati,jangan gelojoh dalam sebarang tindakan yang perlu diambil.

Segala tindakan ianya mesti dilakukan cara paling bijaksana dan penuh dengan kesedarhanaan..Ibarat menarik rambut di dalam tepung.

Rambut berjaya ditarik,sedangkan tepung itu tetap kekal sepeti biasa kedudukannya,tidak berselerak sedikit pun.Dengan kata lain? Hati boleh marah...tetapi muka mesti sentiasa manis dengan senyuman yang tidak pernah luntur diwajah anda.

MUKHRIZ LAYAK TETAPI TERLALU AWAL

Pengumuman YB.Muhriz Tun Dr.Mahathir,Menteri Besar Kedah yang baru  untuk turut serta bertanding untuk merebut kerusi Naib Presiden yang ada di dalam Umno hanya 3 kerusi itu pada pemilihn jawatan di dalam Umno pada tahun ini? Memang boleh dan beliau layak,tetapi keputusan itu bolehlah dikatakan terlalu awal dan tergesa-gesa.
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
Semua orang tahu bahawa usia Mukhriz terlalu muda dan masa depan beliau yang gemilang masih terbentang luas walau beliau tidak menyertai pada pertandingan tahun ini.

Beliau baru sahaja dilantik sebagai Menteri Besar  Kedah yang baru, sebaik sahaja Umno-BN berjaya merampas semula kuasa majoriti dalam DUN Kedah pada PRU-13 yang lalu.

Ahli-ahli Umno-BN di Kedah itu sendiri sedang mengharapkan Mukhriz dapat menaikkan taraf hidup mereka sebaik sahaja rakyat Kedah telah memilih Umno.-BN pada PRU-13.

Segala kelemahan PAS semasa berkuasa di Kedah hasil kemenangan mereka pada PRU-12 dulu itu mesti segera di atasi oleh Mukhriz secepat mungkin.

Apa yang telah dijanjikan oleh Mukhriz semasa kempen PRU-13 dulu itu, mesti segera ditepati.Jangan lain janji lain pula ditepati.Dengan kata lain bahawa segala janji-janji ditepati dan segala cakap mesti serupa dengan bikin.

Untuk melakukan semuanya itu/? Mukhriz sudah tentu harus menumpukan segala ilmu dan tenaga beliau di Kedah,agaar segala usahanya akan berjalan dengan dengan licin dan sempurna,jika Umno-BN mahukan rakyat Kedah akan tetap memilih UMNO-BN bila sahaja tiba Pilihan Raya Umum yang baru dari masa ke masa.

Jika Mukhriz telah berjaya mempamirkan segala janji-janji beliau menjadi kenyataan/ Maka kerusi Naib Presiden Umno sedang menunggu beliau di dalam pemilihan-pemilihan pucuk pimpinan Umno di masa muka.Insya Allah!

Buat masa sekarang ini? Elok rasanya anda lupakanlah niat anda untuk bertandinmg kerusi Naib Presiden itu.Tumpukanlah seluruh tenaga dan fikiran anda itu untuk membangun negeri Kedah itu secara tekun dan ikhlas dan sekaligus membangun kekuatan parti Umno agar  jangan jadi begitu senang diganggu gugat oleh PAS.

Biarkan mereka 5 orang yang mana gambar-gambar dan nama-nama mereka,ada penulis siarkan di rungan ini, mengadu nasib, bertanding untuk merebut kerusi Naib Presiden yang ada pada parti Umno hanya 3 kerusi itu.(Posted by abnmulya /bakar Ninggal.bnlogspot.com at 2.55am on September 19,2013.


No comments: