Pengerusi (GBEM),Tan Sri Rahim Tamby Chik |
Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GBEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, hal ini juga merupakan pengajaran kepada sebilangan bukan bumiputera yang masih enggan meletakkan kepercayaan terhadap kerajaan seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
''Ini merupakan hakikat politik yang perlu diterima secara tulus oleh bukan bumiputera, khususnya kaum Cina yang secara jelas tidak menghargai bantuan diberikan kerajaan, mereka tidak layak menilai serta mempersoal agenda ini.
''Realitinya, tanpa kepercayaan orang Melayu dan bumiputera, kerajaan tidak akan mampu memberikan sokongan terhadap kemajuan ekonomi bumiputera dalam usaha mencapai negara maju menjelang 2020,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera merangkumi lima fokus utama iaitu mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
Dalam pada itu, Setiausaha Dewanita Pusat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Haslina Dahraji berkata, pelaksanaan agenda tersebut dapat meliputi golongan bumiputera yang layak serta memerlukan secara lebih menyeluruh.
Menurut beliau, ini penting bagi memastikan rancangan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu serta bumiputera lancar tanpa kerenah birokrasi merumitkan.
''Rancangan kerajaan ini mampu memberikan banyak faedah kepada golongan bumiputera dan saya berharap usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
''Pada masa sama, masyarakat bumiputera juga disarankan supaya saling menolong bagi meningkatkan daya saing ekonomi serta taraf hidup mereka,'' ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sukimi Lube (M) Sdn. Bhd., Muhazli Muhamad berkata, pengumuman kerajaan tentang geran permulaan perniagaan sebanyak RM500,000 bukan sahaja meringankan beban usahawan tetapi seakan-akan memberi nafas kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam perniagaan.
"Dulu kerajaan ada memperkenalkan geran bantuan dari Smidec (Koperasi Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana) tetapi dibuka kepada semua kaum dan hanya segelintir usahawan bumiputera yang menikmati geran ini kerana terpaksa bersaing dengan kaum lain,'' katanya.
Beliau turut menyarankan agar usahawan bumiputera sentiasa mengambil kesempatan apa jua bantuan dan tawaran yang dibuat kerajaan.
"Apa yang saya dapat lihat usahawan bumiputera selalu berdepan dengan masalah penyediaan kertas kerja dan ini sememangnya berlarutan sejak dulu lagi," katanya.
Selain itu, jelas beliau, masalah seperti syarikat tidak diaudit, tiada pensijilan dan piawaian serta mengambil remeh hal berkaitan kewangan turut menjadi penyebab kepada ketidaktentuan hala tuju syarikat bumiputera.(Utusan online-dalam negeri)..Posted b yabnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1905 hrs on Sept., 2013.
No comments:
Post a Comment