Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman |
"Selepas mempertimbangkan sedalam-dalamnya selain berbincang dengan rakan dalam parti termasuk Exco UMNO Sabah, saya memutuskan untuk tidak bertanding bagi kedua-dua jawatan itu," katanya dalam kenyataan, di sini.
Musa yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata masih ada terlalu banyak perkara yang harus dilakukannya untuk membangunkan Sabah dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri itu.
"Tugas ini memerlukan tumpuan dan komitmen penuh saya," katanya menambah beliau juga sudah memaklumkan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai keputusannya itu. Katanya, UMNO Sabah juga berpegang kepada pendirian bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak harus dicabar.
"Saya komited kepada UMNO dan perjuangannya dan akan memberi sepenuh sokongan kepada kepimpinan parti di bawah Datuk Seri Najib," katanya. - Bernama
Musa juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada beliau untuk bertanding di peringkat pusat. "Ini keputusan muktamad saya," katanya. - BERNAMA (Utusan online-politik).Posted by abnmulya /B akar Ninggal.blogspot.com., at 1837 hrs on Sept.,16,2013.
No comments:
Post a Comment