OLEH MD IZWAN
SEPTEMBER 10, 2013
LATEST UPDATE:
SEPTEMBER 10, 2013 12:24 PM .Risalah terbitan MAIS yang diedarkan kepada orang ramai. Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 September, 2013.
Risalah terbitan MAIS yang diedarkan kepada orang ramai. Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 September, 2013.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerbitkan buletin khas bagi menyatakan sokongan secara terbuka terhadap penggunaan kalimah Allah eksklusif untuk Muslim dan diedarkan kepada orang ramai di Mahkamah Rayuan, Putrajaya sejak pagi ini.
Seawal jam 8 pagi, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula berhimpun di sekitar luar Mahkamah Rayuan bagi menyokong rayuan kerajaan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penganut Katolik menggunakan kalimah Arab itu sebagai terjemahan kepada "God".
Dalam risalah yang diterbitkan itu, MAIS memetik beberapa artikel daripada akhbar Melayu Utusan Malaysia, yang menjadi pendesak utama supaya kalimah Allah milik umat Islam dan tidak boleh digunakan penganut Kristian.
Buletin 19 muka surat itu juga menyiarkan kenyataan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang mengecam Persekutuan Kristian Malaysia kerana tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam di Malaysia.
"Sikap Persekutuan Kristian Malaysia selepas kemenangan dalam kes rayuan kalimah Allah lalu mencerminkan sikap angkuh dan tidak sensitif mereka terhadap perasaan umat Islam," kata Dr Yusri Mohamed, Pengerusi PEMBELA dipetik berkata dalam risalah MAIS.
Agensi agama negeri Pakatan Rakyat (PR) itu sebelum ini juga mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan ketetapan bahawa kalimah Allah yang juga kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.
Keputusan itu juga mendapat restu Sultan Selangor. - 10 September, 2013.
MENYUSUL LAGI(Dari The Malaysian Insider).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1312 hrs on Septeber 10,2013.
No comments:
Post a Comment