NOOR HASILAH ISMAIL Email kalimah1sxx
[ LAGI GAMBAR-GAMBAR DI DALAM]
Suasana di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi Selasa jelas mengambarkan bagaimana umat Islam di negara ini amat prihatin terhadap isu pengunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
Sekitar 500 orang dari pelbagai NGO Islam, Melayu serta pimpinan politik berkumpul di situ sejak jam 8.30 pagi untuk menanti prosiding rayuan kerajaan terhadap kebenaran majalah mingguan gereja Katholik ' The Herald' mengunakan kalimah itu.
Selain itu turut kelihatan sebilangan pimpinan NGO dan gereja hadir untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan. Suasananya lebih bersemangat dari 23 Ogos lalu bila Mahkamah Rayuan telah memutuskan benarkan rayuan kerajaan didengar oleh mahkamah.
Prosiding mahkamah bermula pada jam 9.45 pagi.Penal tiga hakim yang mendengar rayuan itu diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.Dua hakim lain ialah Datuk Abdul Aziz Rahim dan Datuk Mohamed Zawawi Salleh. kalimah1zxx Ada kalangan ahli NGO Islam dan Melayu berkumpul duduk ramai-ramai membaca surah Yasin dan berdoa di luar mahkamah.
Sebilangan memakai t-shirt berbagai cogankata.Ada yang membawa kain pemidang.- LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL - OLEH NOOR HASILAH ISM(Agenda Daily).Posted BY abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.58 am on Sept 1o,2013.
No comments:
Post a Comment