Tuesday, September 17, 2013

Parti-parti pembangkang: Kecewa dengan pengumuman Musa Aman tidak bertanding jawatan Naib Presiden

Datuk Seri Musa Aman,Ketua Menteri Sabah dan merangkap sebagai Pengeusi Badan Perhubungan Umno Sabah




Rabu,September 18,2013 at 2.40 am 

Pada tanggal 15 hb.Septembar 2013 menerusi BERNAMA Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman,bahawa beliau tidak akan mennadingi jawatan Naib Presiden Umno atau anggota Majlis Tertingg (MT) dalam pemiliah Umno bulan depan.

Datuk Salleh Tun Said Karuak
"Saya mempertimbangkan sedalam-dalamnya selain berbincang dengan rakan dalam parti termasuk Exco  UMNO Sabah,saya memutuskan untuk tidak bertanding bagi kedua-dua jawatan itu,"katanya dalam kenyataan itu.

"Tugas ini memerlukan tumpun dan komitmen penuh saya dan saya sudah memaklumkan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai keputusan itu.

"Umno Sabah juga berpegang kepada pendirian bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak harus dicabar.

"Saya komited kepada Umno dan perjuangannya dan akan memberi sepenuh sokongan kepada kepimpinan parti di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Dari segi percaturan politik? Sesungguhnya pengumuman Datuk Seri Musa Aman itu,ia sangat mengkecewakan parti-parti politik pembangkang Malaysia yang telah gagal berkuasa di Putrajaya pada PRU-12 dan PRU-13 akibat kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak yang menjadi (fix deposit) bagi kerajaan pusat yang telah jadi batu penghalang terhadap cita-cita dan harapan mereka pada PRU-12 dan PRU-13.

Dengan tiada pertandingan dari Datuk Seri Musa Aman? Makan tidak akan ujud keadaan politiking yang serius di Sabah.Jika Datuk Musa Aman turut bertanding? Maka akan ujud politiking yang hebat di Sabah akibat dua tokoh besar dari Sabah iaitu, di antara Datuk Seri Shafie Apdal,akan bertentang hebat dengan Datuk Musa Aman. Jika keadaan itu ujud?
Datuk Rahman Datuk Dahlan
Maka ketawa besarlah parti-parti pembangkang yang beranggan-angan tinggi melangit itu sudah pasti akan "menangguk di air yang keruh".

Memecah belahkan para-pemimpin Umno di Sabah agar bercakaran dan terus bercakaran sesama sendiri?

Justeru itu,maka sanagat mudah bagi parti-parti pembangkang mencelah di sana di sini dan kemudiannya terus mengadu dombakan para pemipin Umno di Sabah itu sendiri,hingga jadi porak peranda, hingga ke ketika tibanya PRU-14

Dalam konteks jika terjadinya pertandingan dua tokoh politik sabah untuk memenagi Naib Presiden itu? Sekaligus akan menjadi sukar bagi seluruh perwakilan Umno seluruh Malaysia untuk membuat pilihan mereka.Sedangkan jawatan Naib Presiden di dalam parti Umno hanya ada tiga kerusi.Nak dipilih dua dari Sabah? Maka hanya tinggal satu sahaja untuk pemimpin-pemimpin Umno di Semananjung..

Apakah ia adil bagi pemimpin Umno dari negeri-negeri di Semenanjung itu? Isu ini akan menjadikan ianya akan jadi begitu sulit untuk diselesaikan?

SUDAH ADA PERSEFAHAMAN 

Jika kita analisa pengumuman yang telah dibuat oleh Datuk Seri Musa Aman itu? Bahawa apa yang diumukan oleh beliau itu, ia semacam telah dirunding dan diperincikan secara tulus ikhlas dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah.

Dalam politik bukan semuanya boleh diumumkan terangan-terangan pada pengetahuan umum jika isu itu dikatogarikan bersifat rahsia?.Ada kala dan ketikanya mesti ada rahsia di sebalik kenyataan itu? Hanya Johari sahaja kenal manikam.

Justeru para pemimpin muda Sabah yang masih belum begitu faham tendang terajang politik? Harus faham dngan keputusan yang telah diambil oleh Datuk Seri Musa Aman itu? Langkah yang beliau ambil itu ialah semata-mata demi untuk mengkekalkan Umno-BN tetap memiliki suara kerusi majoriti di dalam Parlimen pada setiap Pilihan Raya Umum?
Tan Sri  Abdukl Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dan juga sebagai Presiden Parti Puska  Bumiputra Bersatu (PBB) sejak tahu 1981 hingga kini.
Segala strategi politik untuk berdepan dengan parti-parti pembangkang yang semakin berpengaruh sejak m,endapat sokongan dari kaum Cina,pada PRU-12 dan PRU-13 itu? Maka Umno-BN harus cekap mengubah formula politik mengikut keadaan dan masa .Harus pandai menari sesuai dengan gendang yang dipalu oleh pembangkang.

Ikhtiar yang paling utama ialah kekuatan "fix deposit" dari Sabah dan Sarawak ini, harus ditingkatkan dan dikekalkan dengan sekebal-kebalnya.Sab ah dan Sarawak tidak boleh dibenarkan akan ujud politiking yang kuat gelora ombaknya.

Para pemimpin politik di Sabah dan di Sarawak yang menjadi tunjang atas segala kemenangan dan kekuatan Barisan Nasional,di Sabah dan di Sarawak itu, mesti dikekalkan sehingga dah mendapat pengganti yang lebih hebat dari segi mental dan fisikalnya untuk menggantikan dua tokoh hebat ini.

Semua orang Umno di Sabah mahu jadi Ketua Menteri dan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah.Tetapi mampukah mereka bekerja kuat sepertimana yang telah dicatatkan oleh Datuk Seri Musa Aman di Sabah dan  Taib Mahmud di Sarawak.

Sebagai contohnya? YB Ahmad Said di Terengganu selaku Menteri Besar dan Ketuan Badan Perhubungan Umno di Terengganu,dilihat tidak mampu mengkekalkan PRESTASI yang telah ditinggalkan oleh Idris Jusoh yang telah berjaya menolak pengaruh PAS di Trengganu pada PRU-11(2004) PRU-12(2008).

Pada PRU-13 Umno-BN di bawah pimpinan Ahmad Said dilihat pengaruh Umno-BN jadi begitu merosot.Umno-BN hanya menang 17 kerusi DUN.Sementara PAS menang 15 kerusi.Keadaan ini sangat berbahaya sekali jika ada pilihanraya kecil di setengah kawasan DUN dan hasilnya Umno akan tewas.Maka kerusi DUN di Terengganu akan jadi 16-16?

Syukurlah, di Sabah kini masih punya Datuk Seri Musa Aman,tokoh politik hebat ,selaku Pengerusi Badan Perhubugan Umno di sana dan di Sarawak pula kita punya tokoh besar yang berwibawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud,Presiden Parti Pusaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang disegani dan dihormati oleh sebilangan besar rakayat Sarwak.

Sejarah telah menyaksikan bahawa kedua tokoh poltik besar di Sabah dan di Sarawak ini telah berjaya dengan megahnya mengkekalkan "fix deposit" pada PRU-12 dan PRU-13 yang telah berjaya meletakkan parti-parti pembangkang yang berangan-angan untuk duduk dan berkuasa(punya kuasa politik) di Putrajaya?

Tetapi,tidak menjadi kenyataan.Mimpi mereka tetap tinggal jadi mimpi aje. Syukur,Alhamdulillah! Allah swt tidak mengkabulkan permohonan dan doa mereka.

PARA PEMIMPIN UMNO SEMENANJUNG HARUS IKUT SIKAP SABAH/SARAWAK.

Sikap tolak ansur yang telah ditunjuksn oleh para pemimpin besar Umno di Sabah  dan di Sarawak itu? Seharusnya dijadikan model dan tauladan oleh para pemimpin Umno di Semenanjung.Politiking yang melampau yang sedang ujud di Semenanjung ini akbiat dasar terebuka yang baru diperkenalkan oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno pusat itu jangan disalah gunakan.

Semua tokoh, tak kira muda dan tua ganyut pun, masih hendak bertanding merebut jawatan yang sedikit itu? Apa gunanya jawatan itu disandang?

Jika para pemimpin Umno di Semenajung tidak mampu menambah  kerusi yang telah dimenangi oleh UMNO  sebanyak 89 kerusi pada PRU-13 itu tidak boleh bertambah?

Tidak boleh bertambah tidak apa,tapi ia jangan jadi kurang? Tidakkah  para pemimpin Umno di segala lapisan sedar dan insaf bahawa dalam PRU-12 Umno-BN termasuk ( fix deposit) Sabah  dan Sarawak menanag kerusi parlimen sebanyak 140 kerusi di bawah pimpinan Pak Lah.

Akan tetapi pada PRU-13 di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Umno-BN menang di parlimen hanya 133 kerusi berserta dengan kerusi parlimen dari Sabah/Sarawak. Ini erti mengecut dan tidak mengembang. Soalnya? Kenapa jadi mengecut? Ini harus difikir-fikirkan oleh para pemimpin Umno di seluruh lapisan di seluruh ceruk rantau Malaysia

Jangan anda, dilihat sibuk dan begitu sibuk hendak bertanding rebut jawatan dalam parti Umno sahaja, sedangkan kerusi di Parlimen yang boleh memberi anda kuasa politik untuk terus memerintah Malaysia di peringkat pusat tidak dijaga dengan selok-eloknya.

Apa faedahnya anda masih memegang jawatan di dalam parti Umno?Tetapi di suatu masa nanti anda akan kalah dalam pertandingan Pilihan Raya Umum, di masa-masa mendatang?

Di dalam negara demokrasi,sesebuah parti itu adalah merupakan alat atau wadah sahaja untuk memenangi sesebuah (Pilihan Raya Umum) dan kemudiannya mempunyai kuasa politik berkuasa dengan suara majoriti di parlimen dan di negeri-negeri untuk mentadbirkan negeri dan negara..

Jika parti anda kalah atau pun tidak punya suara majoriti di dalam sesebuah DUN dan di parlimen di negara itu?Tidak akan ada seoarng pun yang akan menghormati anda walaupun anda masih jadi Presiden parti dan sebagainya.

Justeru itu suka penulis menyeru kepada semua lapisan para pemimpin Umno di seluruh ceruk rantau tanah air yang tercinta ini. Hendaklah kamu jaga dan pelihara parti Umno ini sebaik-baiknya demi untuk menang dalam piliharfaya umum dari masa ke masa.

Tewas dan kalah Umno,maka hilanglah kuasa politik Melayu dan Bumiputra di Malaysia ini.Lain parti yang dari lain kaum tidak usah diharapkan akan menjaga kepentingan kita  bangsa Melayu dan bangsa bumiputra yang lain-lain?

Malah mereka dah lama dah...berazam hendak merampas kuasa politik dan hak kita sebagai bangsa Melayu dan Bumputra lain di Sabah/Sarawak di Malaysia.Mereka menunggu masa sahaja dan sedang mencari Melayu dan Bumiputra lain untuk menjadi mangsa yang boleh djual beli.

Mereka punya wang banyak dan lebih kaya dari kita. Mereka punya banyak tokoh-tokoh koporat yang bertaraf billioner yang boleh menyediakan wang ringgity,jika dibandingkan dengan orang Melayu dan Bumiputra lain,di Semenanjung dan di Sabah/Sarawak.

Sekalighus mereka ini dilihat sentiasa bersatu padu demi survival bangsanya pada bila-bila masa sahaja. Sedangkan kita orang-orang Melayu sering berpecah belah dan sering bersengketa walaupun mempunyai kitab yang satu iaitu, Al-Quran yang menuntut agar Muslimin dan Muslimat Melayu yang beragam Islam mesti sentiasa bersatu padu.

Mereka pernah mengatakan bahawa orang-orang Melayu ini hanya bernilai RM100-00 sahaja dan boleh dan senang dibeli-jual. (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2.40 am on September 18,2013.

No comments: