Wednesday, September 18, 2013

Perkasa : Haji Hadi,Surendran,jangan bagi kenyataan bodoh

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Datuk Ibrahim Ali,Pengerusi (Perkasa)
SEPTEMBER 18, 2013 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan N. Surendran yang mempertikai program pemerkasaan ekonomi Bumiputera ekoran hal itu selari dengan apa yang digariskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjamin hak kaum majoriti dengan pembahagian ekonomi yang adil bagi mengelak ketegangan kaum.

Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali berkata Abdul Hadi berpandangan cetek dan tidak bertanggungjawab atas kutukan terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera demi untuk menjaga hati pengundi mereka. 

"Haji Hadi dan Surendran jangan buat kenyataan bodoh dan bermain sentimen politik. Saya kecewa pemimpin politik tersebut melihat agenda Bumiputera sebagai satu isu politik dan untuk meraih undi.

"Mereka perlu melihat pengumuman Datuk Seri Najib Razak dengan kaca mata yang lebih besar dan merupakan satu agenda nasional kerana kaum Melayu merupakan 60 peratus dari komposisi rakyat Malaysia.(The Malaysian Insider)..Posted by abnmulya  /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1821 hrs on September 18,2013.

No comments: