Wednesday, September 18, 2013

Kes liwat: Shafee kekal wakil pendakwa

Oleh NORLIZAH ABAS 
PUTRAJAYA 18 Sept.2013.

Datk Seri Dr.Muhammad Shafee Abdullah
Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan pihak pembelaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh berpuas hati pelantikan beliau selaku pendakwa raya bagi mengendalikan rayuan itu adalah sah di sisi undang-undang.

Mahkamah menetapkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Pendaftar.

Hakim Ramly menyatakan, pelantikan Muhammad Shafee itu dibuat berdasarkan peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah iaitu Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. 

Kuorum itu turut berpendapat, tiada bukti material yang mencukupi bagi menyokong hujahan peguam bela bahawa Muhammad Shafee merupakan saksi yang berpotensi dalam kes itu. - (UTUSAN ONLINE- Mahkamah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogpot.com.at 1828 hrs on September 18,2013.

No comments: