Hishamuddin Rais,aktivis propempangkang |
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
"Mereka ditahan kira-kira pukul 9 malam ini dan polis masih menyiasat penglibatan mereka. Kita belum tahu bila mereka akan dibebaskan," katanya ketika dihubungi malam ini.
Difahamkan, kedua-dua mereka ditahan ketika berada di sebuah kawasan di Kampung Baru di sini malam ini. Hishamuddin dalam kenyataan menerusi laman Twitternya memberitahu dia sedang ditahan di IPD tersebut.
"Sedang ditahan di rumah pason (pasong) Dang Wangi bersama Adam Adli. Ditahan di bawah Akta Hasutan. Hidup Sang Saka," ujarnya.
Pada sambutan malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, sekumpulan aktivis propembangkang bertindak biadab apabila mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.
Menerusi rakaman video yang dipaparkan dalam portal RakyatNews.my (http://www.rakyatnews.my), Hishamuddin dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelarkan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.
Turut kelihatan bersama Hishamuddin ketika itu ialah aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Susulan itu, Polis Kuala Lumpur hari ini menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden tersebut.(Utusan online-Dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 10.05 am on Sept., 03,2013.
No comments:
Post a Comment