Sunday, September 22, 2013

Tarik diri jika bertanding sekadar suka-suka-Ahmad Maslan

Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan
PONTIAN 22 Sept. - Calon-calon yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam pemilihan UMNO kali ini yang tidak mempunyai tujuan tertentu atau sekadar 'suka-suka' dinasihatkan supaya menarik diri.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka masih mempunyai masa untuk menarik balik pencalonan tersebut bagi memberi peluang kepada calon-calon yang benar-benar bersedia untuk memimpin parti.

Beliau berkata, walaupun calon berkenaan memenuhi syarat dan kelayakan untuk bertanding, tetapi penawaran diri perlu seiring dengan kesediaan untuk menyumbang kepada parti dan bukan disebabkan oleh tujuan tertentu.

"Pertandingan ini membuktikan demokrasi dalam UMNO semakin subur dan tidak mati dengan memberikan peluang kepada semua ahli untuk bertanding tetapi mereka harus menyedari pemilihan kali ini amat penting bagi masa depan UMNO.

Jadi, sekiranya bertanding untuk suka-suka, calon ada masa 72 jam selepas pencalonan ditutup untuk menarik diri.

"Oleh itu, keutamaan perlu diberikan kepada usaha untuk meremajakan UMNO dan bukan atas tujuan mencari kesalahan atau menjatuhkan maruah seseorang pemimpin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKT) Sri Tanjung, Benut, di sini hari ini. 

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, UMNO tidak pernah menghalang muka baharu untuk mencuba nasib atau mencari pengalaman dalam parti, tetapi pencalonan mereka harus berdasarkan kepada kemampuan serta kewibawaan yang ada.

"Oleh sebab itu, peraturan baharu yang diguna pakai pada pemilihan kali ini memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli untuk bertanding sama ada di peringkat pusat, bahagian dan sayap-sayap UMNO," katanya. - UTUSAN ONLINE-pPOLITIK (Posteed by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1522 hrs on Sewptember 22,2013.

No comments: