Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
September 15,2013 at 6.03 pm.
Walaupun nama calon-calon yang akan bertanding untuk merebut sesuatu jawatan di perengkat Majlis Tertinggi dan di perengkat bahagian Umno dan diperingkat pucuk pimpinan tinggi,hanya akan di ketahui bermula pada tanggal 21 hb.September 2013 ini secara rasminya,iaitru selepas semuan calon-calon itu telah menyerahkan borang pencalonan mereka masing-masing.
Datuk Ab.Rauf Yusoh,Setia Usaha Kerja UMNO |
"Borang untuk jawatan perengkat bahagian pula dihantar ke pejabat perhubungan negeri,"kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab.Rauf Yusoh,pada para wartawan,pada satu sidang akhbar tempatan dan kenyataan itu telah pun disiarkan oleh "Utusan online-politik" pada hari Sabtu,tanggal 14 hb.September,2013.
Dalam konteks pertandingan pemilihan UMNO di semua perengkata di seluruh Malayusia ini? Penulis hanya berminat untuk memfokuskan sesuatu yang sedang dan akan berlaku berhubung dengan pertandingan yang amat sengit akan terjadi pada Umno Bahagian Gombak sahaja.
Kenapa Dr.Rahman tanding Tim.Ketua Umno Gombak aje? |
Penulis hanya ambil peduli tentang Gombak sahaja.Tempat lain-lain di luar Gombak? Semacam tidak begitu menarik perhatian penulis.
Selaku seorang penulis dan selaku seorang yang telah lama menjadi pengamat politik negara, sejak penulis berada di Singapura lagi iaitu,sezaman dengan Samad Ismail,Aziz Wook (guru penulis)dalam bidang penulisan dan ke wartawanan.
Sekaligus sezaman juga dengan sasterawan negara Samad Said,Abdullah Husin,Shukor Harun pun dulu telah bekerja di akhbar Berita Harian ,di Jln.Riong,Bangsar.Selangor.
Kini beliau (Syukur Hron) dilihat semacam dah jadi penulis tetap di ruangan komen-komen politik, di akhbar Harakah Daily. Beliau dilihat dah jadi penulis dan pengikut tegar parti politik PAS.
Banyak lagi penulis-penulis tersohor yang dulu-dulunya boleh dikatakan berjuang di lapangan penulisan dan sastera, di Singapura, pada tahun 50an dan kemudiannya mereka semua berhijrah ke Persekutan Tanah Melayu, pada perengkat Malaysia (pra-Merdeka).
Ini terjadi? Mereka semua merupakan wartawan dan pengarang,selaku pekerja-pekerja akhbar Utusan Melayu dan akhbar Berita Harian di Singapura.
Di sebabakan akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian pun telah membuka cawangannya ke sini, maka secara otomatik mereka pun turut berhijarah bersama majikan mereka ke Persekutuan Tanah Melayu.
Seperti mana dah lama dah...dan mutakhiir ini, banyak artis-artis dari Singapur banyak mencari rezeki di Malaysia dengan cara berlakon secara aktif di dalam program drama di TV dan lama kelamaan dah dapat kerakyatan Malaysia dan ada di antaranya pula,disebabakan punya ilmu di segi-segi tertentu,ada yang telah mendapat anugerah itu dan ini dari kerajaan Malaysia,tidak terkecuali juga di anugerahkan gelaran "sastera negara" dan datuk itu dan datuk ini.
Begitulah juga jadinya dengan wartawan-wartawan dan pengarang-pengarang akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian.Banyak di antara petugas-petugasnya itu telah memegang kerakyaant Malaysia disebabkan mereka dah begitu lama bermastautin di Malaysia dan disamping mempunyai sedikit ilmu yang boleh dicurahkan kepada rakyat Malaysia.
Ternyata Kerajaan Malaysia yang pucuk pimpinanan yang masih dipegang oleh (orang-orang Melayu), masih bermurah hati sepertimana murahnya hati "nenek moyang" kita (orang Melayu) yang berkuasa di zaman dulu kala.Banyak para pendatang mendapat ofti itu dan ini dan telah menjadi rakyat Malaysia dan telah mendapat banyak "gelaran kebesaran" negara Tanah Melayu.
Kalau disusur galur semula terhadap sikap dan tingkah laku si pendatang-si pendatang yang telah menerima anugerah itu dan ini itu? Rata-rata boleh dikatakan mereka ini,dilihat bukannya tahu berterima kasih dan membalas budi?
Malah ada di antara merekja sanggup jadi penderhaka tegar dan paling ulung sekali terhadap Kerajaan Malaysia dengan menggunakan hanya isu-isu yang tidak ada ujung pangkalnya untuk memporak perandakan keamanan dan kestabilan Malaysia yang telah diusahakan oleh Kerajaan Malaysia 56 tahun lamanya. Sesungguhnya! Susu kita beri..tetapi mendapat tuba sebagai balasannya. Apakah ini adil???
PERTANDINGAN YANG AMAT SENGIT DI BAHAGIAN UMNO GOMBAK.
Haji Rahim Kamaruddin |
Dalam keriuah dan kesibukan begitu ramai sekali ahli-ahli Umno di seluruh Malaysia, ingin mencuba nasib,ada yang muda-muda dan banyaka juga yang dah tua ganyut,tidak sedar diri, masing-masing sedanag memasang niat.
Memasang niat untuk di angkat jadi pemimpin Umno di seluruh perengkat tanah air,dari segala ceruk rantau tanah air,akibat dasar terbuka yang telah dilakukan oleh pucuk pimpina tertinggi Umno pada pemilihan tahun 2013 ini?
Tidaklah menghairankan jika dilihat begitu ramai tokoh-tokoh politik Umno di seluruh negara ingin mencuba nasib mereka. Masing-masing ingin merebut sesuatu jawatan yang memang mereka angan-angankan selama ini.
Datuk Said Anuar |
Dalam konteks ini? Umno Bahagian Gombak itu sendiri,dilihat tidak terlepas dari senario pergelutan itu. Walaupun nama-nama mereka secara rasmi tidak diketahui lagi?
Namun dah lama dah angin bertiup kencang yang mengatakan bahwa ada tiga tokoh Umno dari Bahagian Gombak hendak merebut jawatan tersebut.
Hj.Rahim Kamaruddin,Ketua Bahagian Umno Gombak, akan mempertahankan jawatan itu? Sementara dua orang lagi pencabarnya dikhabarbarkan ialah, Said Anuar Ahmad yang kini masih Timbalan Ketua Bahagian Umno Gombak.
Pada PRU-13 Datuk Anuar ini telah bertanding selaku calon di DUN Gombak Setia, sebagai calon dari Umno Gombak. Kalah di tangan calon PAS. Pada PRU-12 dulu Datuk Said Anuar ini bertadning sebagai calom Parlimen Umno Gombak. Beliau kalah di tangan Azmin Ali,calon dari PKR dengan majoriti undi tujuh ribu lebih.
Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin |
Selaku Ketua Bahagian Umno Gombak,Rahim Kamaruddin telah dipilih bertanding sebagai calon Umno Gombak,bertanding di kawasan DUN Hulu Kelang pada PRU-13 ( 5 hb.Meni 2013).
Beliau pun tewas juga di tangan calon PAS. Pada PRU-13 ini? Ia merupakan kali pertama Rahim Kamaruddin,di pilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum. Walaupun tidak menang pada PRU-13 itu?
Selaku orang politik beliau boleh dikatakan merasa seronok juga kerana dipilih oleh pucuk pimpinan Umno pimpinan pusat untuk bertanding pada PRU-13
Kalah kali ini, Jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan Umno sudah pasti beliau akan mahu mencubanya sekali lagi.Pejuang politik tidak boleh cepat putus asa. Sekali dah berjuang? Ia harus berjuang terus...lawan tetap lawan! Lawan hingga menang.
Penulis ada mengajukan beberapa pertanyaan tentang hasarat 2 tokoh politik Umno Gombak yang hendak menumbangkan Ketua Bahagian Umno yang ada serkarang itu? Namun mereka tidak mahu memperincikan atau menyatakan sebab musababnya..
Dengan senyum yang sinis sahaja... mereka ada menjawab pertanyaan penulis secara rengkas bahawa ,"Kita punya sebab-sebab tertentu," ujar mereka rengkas. Justeru itu....penulis terpksa berhenti di situ sahaja,tidak memajukan soalan yang lanjut..
KENAPA DATUK DR.RAHMAN ISMAIL HANYA BERTENDING TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN AJE......?
Penulis sendiri dan juga para penyokong Datuk Dr.Rahman Ismail,merasa sangat hairan kenapa Datuk Dr.Rahman bertanding setakat Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak sahaja. Beliau seharusnya mesti bertandiing sebagai Ketua Bahagian Umno Gombak.
Dari segi Penampilannya? Beliau dilihat segak dan bergaya dan berwibawa pimpinannya. Punya Ijazah akedamik yang tinggi,seorang dokter pakar. Seoranng usahawan yang berjaya,bertaraf korporat muda, bertaraf jutawan.
Bukan usahawan main-mainan.Punya kilang yang mengeluarkan ubat-ubatan kanser.Pasarannya kebanyakannya di luar negara terutama padan negara-negara kaya di Eropah dan di negerinegeri Arab yang kaya raya seperti Saudi Arabiah dan kuwit. Dulu di Libya,sebelum di hancurkan Amerika dan konco-konconya yang masih brjiwa penjajah.
Dah pernah jadi Ahli Parlimen Umno Gombak,bagi penggal PRU-2004-2008. Maka itulah sebabnya pucuk pimpinan tertinggi Umno mengangkat beliau bertanding sebagai calon Parlimen Umno Gombak pada PRU-13 yang lalu walauun beliau hanya memegang jawatan Ketua Cawangan Umno di Taman Selayang,Batu Caves.
Jika beliau menang pada PRU-13 dulu itu? Penulis difahamkan oleh orang terdekat dengan Datuk Seri Najib, bahawa Datuk Dr.Rahman Ismail, akan diangkat terus memegang jawatan menteri penuh.
Lihat begitu besar perhatian Datuk Seri Najib terhadap kewibawaan Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden badan NGO yang bernama "Gabungan Ngo-Ngo Gombak" yang mempunyaik sebanayak 153 buah badan Ngo-Ngo kecil yang telah bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri yang mempunyai ahli-ahlinya sebanyak 115,000 orang ramainya.
Datin Sharifah Salmah |
Pun begitu? Dia tetap tidak mahu memberikan sebab-sebabnya. "Jawatan Timbalan Ketua Bahagian Umno Gombak, jika menang pun dah cukup dah...,"katanya.
"Jawatan itu tidak begitu penting..yang penting bagaimana kita dapat dan mampu melaksanakan tugas-tugas jawatan yang dibebankan itu..,"ujarnya lagi.
"Tujuan saya bertanding jawatan Tim.Ketua Bahagian Umno Gomabak ,semata-mata mahu sama-sama mengkuatkan dan memperkasakana lagi Umno Gombak membuat persediaan menghadapi PRU-14 nanti...," sambungnya lagi.
Penulis dan kawan-kawan lain yang besar bilangan di dalam Umno Gombak itu sendiri dan juga di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak merasa amat kecewa dengan langkah yang telah diambil oleh Datuk Dr. Rahman Ismail itu.
Disebabkan beliau sudah mengambil keputusan sedemikian rupa? Maka penulis dan kawan-kawan yang lain di dalam Umno, di serata Gombak dan juga di dalam NGO Gabungan Ngo-Ngo Gombak, terpaksa akur dan berhasrat terus memberi sokongan kepada beliau dan sentiasa mendoakan agar beliau akan berjaya dengan pilihan yang beliau ambil itu!
Setakad ini penulis tidak tahu sama sekali siapakah calon-calon Naib Ketua Umno Gombak yang mahu mencuba nasib mereka?.
Berhubung dengan calon-calon Ketua Wanita Umno Gombak pula? Penulis difahamkan Datin Sharifah Salmah akan mempertahankan jawatan itu.Sementara pencabar tunggalnya ialah Puan Norseha Siman,Naib Ketua Wanita Gombak.
Disebabakan diberitakan bahawa Jawatan Ketua Umno Gombak ,Timbalan Ketua dan jawatan Naib Ketua Bahagian juga dilihat akan ditanding beramai-ramai pada kali ini?
Maka pertandingan itu nanti di jangka akan menjadi begitu sengit dan paling menarik sekali senarionya di kalangan pemerhati politik di Gombak khasnya dan di seluruh Selangor itu sendiri amnya.
Pun begitu?Keputusannya berada di tangan para perwakilan Umno itu sendiri yang akan menentukannya. Marilah sama-sama kita tunggu dan lihat.(Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1803 hrs on September 15,2013.
No comments:
Post a Comment