SEPTEMBER 15, 2013 LATEST UPDATE:
Menara Petronas |
Beliau menjelaskan sokongan pengundi kaum Bumiputera semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu terbalas setelah pengumuman Perdana Menteri meredakan keresahan golongan itu yang merupakan faktor penentu kejayaan Barisan Nasional (BN).
“Memperkasakan ekonomi Bumiputera yang merupakan kaum teras lebih 60 peratus meliputi Sabah dan Sarawak bukan satu dosa. Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama sektor korporat, perniagaan dan pemilikan aset.
“Seperti kata Perdana Menteri, jika kaum majoriti tidak dibela dan merasa diri terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan menikmati keamanan serta kestabilan berpanjangan,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Dalam ruangan itu, kolumnis tersebut sempat menyelar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyifatkan mereka telah lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhannya.
“Awang setuju sangat kerana ramai peneraju GLC makin lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhan GLC,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata inisiatif terbaru itu perlu dijadikan lonjakan untuk golongan wanita menjana pendapatan.
Beliau berkata dasar yang diumumkan Perdana Menteri itu selari dengan perjuangan Wanita Umno serta memperjuangkan golongan itu dalam bidang politik dan ekonomi.
"Semua peluang yang diumumkan Perdana Menteri perlu direbut usahawan wanita kerana mereka juga tonggak kepada pendapatan isi rumah. Saya minta golongan wanita jangan mengehadkan diri kepada sektor tradisional sahaja kerana peluang yang diberikan begitu banyak untuk mereka terokai," katanya.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali pula gembira dengan pengumuman Perdana Menteri kerana sebahagian besar yang disebut Najib merupakan hasil cadangan yang dikemukakan Perkasa sebelum ini. Katanya, Perkasa telah memperjuangkan agenda Bumiputera sebagai agenda nasional yang mengambil kira keperluan kaum majoriti.
"Jika yang majoriti tidak dapat menikmati 'kek' ekonomi yang adil, sudah tentu akan menjejaskan masa depan negara. Antara pengumuman yang saya sambut baik adalah mewujudkan kembali Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian yang dahulu telah dihapuskan kerana ini merupakan resolusi meja bulat Perkasa lima tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, Ibrahim turut mengingatkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) hanya mampu berperanan secara optimum dalam pembangunan ekonomi jika ahlinya mempunyai jati diri Melayu-Bumiputera yang tulen.
Katanya, Perdana Menteri diminta lebih teliti memilih individu yang berwibawa untuk berada dalam MEB tanpa menggunakan khidmat pakar asing.
“Malaysia tidak ketandusan anak Bumiputera yang ada kepakaran, kelayakan dan sifat jujur serta semangat jati diri untuk membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi Bumiputera.
“Selaku badan bukan kerajaan, Perkasa sedia memainkan peranan jika diberi kepercayaan untuk berada dalam MEB. Jika Perdana Menteri boleh memberi kepercayaan kepada Hindraf, saya harap beliau juga boleh memberi kepercayaan kepada Perkasa,” katanya seperti disiar akhbar Berita Harian hari ini.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula berkata tidak ada lagi ruang untuk membuat silap oleh pelaksana dasar supaya ianya mampu direalisasikan dan tidak diperlekeh orang lain.
Beliau berkata komitmen kerajaan untuk memberikan tumpuan dan fokus kepada isu ekonomi Bumiputera perlu dilaksanakan oleh penggubal dasar, penjawat awam, kumpulan pengusaha dan usahawan Melayu-Bumiputera dengan amanah bagi mengelak ketirisan.
"Kita mengalu-alukan pewujudan semula Unit Penyertaan Bumiputera namun semua yang diberikan tanggungjawab menjaga unit ini perlu menandatangani Ikrar Integriti supaya tidak malas dalam melaksanakan tanggungjawab.
"Jika boleh, UPB dianggotai kumpulan penjawat awam yang mempunyai semangat dan komitmen tegas mengenai agenda Bumiputera," katanya seperti dilapor akhbar Mingguan Malaysia.
Katanya, kerajaan dipinta agar mengkaji kaedah memperkenalkan Pinjaman Modal Tunai Mudah untuk usahawan kecil Bumiputera tanpa penjamin dan cagaran.
"Pinjaman itu khusus untuk usahawan yang memerlukan modal yang kecil (bawah RM10,000). Berdasarkan maklum balas diterima, modal tunai mudah ini menjadi sangat penting kepada usahawan kecil Bumiputera.
"Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) juga perlukan dana dan suntikan sumber manusia yang lebih baik. Berdasarkan maklumat, SL1M tidak mendapat bantuan syarikat gergasi bukan Bumiputera," jelasnya.(The MALAYSIAN INSIDER).POSTED BY ABNMULYA /BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 1915 HRS ON SEPT.,15,2013.
No comments:
Post a Comment