Friday, October 4, 2013

Bantuan kemiskinan di Kelantan gagal

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my 
Bekas Menteri Besar Kelanatan,Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan berlaku ketirisan dalam program bantuan golongan miskin oleh kerajaan negeri Kelantan menerusi program Bantuan Rumah Dhua'fat (PBRD).
Program di bawah peruntukan agensi kerajaan berjumlah RM15 juta untuk tempoh 2010 hingga 2012 itu nyata tidak memuaskan semasa pengauditan dilakukan.

''Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui seperti pemilihan penerima bantuan rumah dhua'fat tanpa borang permohonan, pendapatan penerima bantuan melebihi garis kemiskinan, jumlah bantuan diberi berbeza tanpa justifikasi, rumah tidak ekonomik dibaiki.

''Bayaran penuh telah dibuat tetapi rumah belum siap, spesifikasi rumah tidak ditetapkan, bantuan kepada penerima yang sama dan kualiti kerja kurang memuaskan,'' jelas laporan audit bagi Aktiviti Jabatan, Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Daripada penyemakan audit, kerajaan negeri dilaporkan tidak menyediakan garis panduan dalam melaksanakan PBRD meskipun program membantu golongan miskin melalui pembinaan atau pembaikan rumah telah lama dijalankan oleh agensi kerajaan yang lain melalui prosedur tertentu.

Menurut laporan itu, pelaksanaan program tanpa garis panduan dan prosedur yang jelas menyebabkan wujudnya beberapa kelemahan sehingga tidak mencapai matlamat untuk membantu kumpulan sasar.

PBRD dikategorikan kepada dua jenis bantuan iaitu dalam dan luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Bantuan dalam kawasan ditentukan oleh wakil rakyat dan luar kawasan ditentukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi.

Antara perkara yang jelas berlaku ketirisan adalah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dan Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) tidak menerima permohonan daripada kumpulan sasar yang terdiri daripada mereka yang pendapatan kurang daripada RM750, tiada rumah mahupun mempunyai tanah sendiri.

Sebaliknya, hasil pemeriksaan ketua audit mendapati 14 daripada 59 penerima bantuan mempunyai pendapatan melebihi garis kemiskinan(*Utusan on line- ).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1703 hrs on October 04,2013.

No comments: