OCTOBER 04, 2013
Suasana di dalam Parlien Malaysia ketika persidangan palimen sedang di jalankan |
MCA hari ini menempelak Pakatan Rakyat (PR) dengan menggelarkan parti itu sebenarnya ‘jaguh kedai kopi’ apabila dilihat terlalu mengkritik Akta Pencegahan Jenayah (PCA) namun apabila tiba masa untuk meluluskan penggubalan perlembagaan, tidak ramai yang hadir mengundi bagi mempertahankan pendirian mereka.
Menurut Datuk Tan Chin Meng, ketidakhadiran 23 ahli Parlimen PR ketika pindaan rang undang-undang PCA 2013 diluluskan melalui undi rahsia dalam pembacaan kali kedua membuktikan sikap retorik parti tersebut, "Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming selalu menuduh melabelkan MCA dan Gerakan hanya pandai bercakap namun tidak melaksanakan tindakan malah ketika PCA ini ingin digubal, merekalah paling ke depan mengkritik kerajaan.
"Namun bila tiba hari pengundian, lihat dimana mereka. Bukankah apa yang dikatakan Pakatan bercanggah dengan perbuatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Setiausaha MCA Perak itu berkata secara asasnya adalah tugas ahli Parlimen mengundi di Dewan Rakyat bagi meluluskan sesuatu perlembagaan dalam kerajaan.
Namun, agak tidak masuk akal apabila wakil ahli parlimen PR gagal untuk melaksanakan tugas tersebut.
"Apa yang mereka perjuangkan itu semuanya propaganda. Kononnya mereka begitu prihatin pada mereka yang teraniaya dan Pakatan ini selalunya mahu rakyat melihat parti mereka sebagai jaguh walaupun tidak berjaya menyelesaikan masalah namun tidak kepada MCA yang selalu mencari penyelasaian," katanya.
Pindaan PCA telah diluluskan awal pagi Khamis selepas majoriti ahli Parlimen bersetuju untuk meluluskan pindaan berkenaan.( The Malaysian Insider).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1738 hrs on October 04,2013.
Berikutan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya mengenai PCA tetap komited membantah akta yang mengembalikan tahanan tanpa bicara itu namun, berjanji tidak akan berdemonstrasi di jalan raya.
Menurut Anwar, bantahan daripada gabungan DAP, PAS, dan PKR itu akan terus berjalan dalam ceramah-ceramah dan forum yang dianjurkan mereka.
"Kita sentiasa terbuka untuk dialog namun Najib seringkali mengelak. Kita mahu dialog diteruskan," kata Ketua Pembangkang itu merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Anwar bagaimanapun berkata dengan jumlah anggota Parlimen PR yang sedikit berbanding Barisan Nasional (BN), mereka gagal menyekat kerajaan daripada meneruskan pindaan akta berkenaan. – 4 Oktober, 2013.
No comments:
Post a Comment