Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Ahad, Oktober 20,2013 at 6.37am
Tepat pada jam 1.40 am pada pagi Ahad,tanggal 20 hb.Oktober 2013 Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno,Mohd Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkan dalam sidang akhbarnya pagi tadi berkata,setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi,Ahmad Zahid Hamidi memperolehi 185 undi.
Tengku Razeilgh Hamzah ,bekasd Menteri kewaangan pertama ketika Tun Hussin Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia. |
Manakala Mohd Shafie mendpat 174 undi dan Hishmmuddin,100 undi.Maka ketiga-tiga penyandang,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd.Shafie dan Datuk Hishammuddin Tun Hussein berjaya dapat mempertahankan jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Umno malam semalam.
Pesaing terdekat,Datuk Mukhriz pula mendapat 91 undi. Walau pun kalah dalam pemilihan mengikut sistem"electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishmmuddin dari segi undi popular.
Umno sebenarnya tidak alergik dengan perkataan undi popular,seperti di dakwa oleh pihak pembangkang di dalam Harakah Daily online tapi pindaan perlembagaan parti itu sendiri telah dipinda cara "electoral college".
Maka keputusannya mesti ikut perlembagaan yang telah dipinda.Bukan boleh ikut suka-suka hati aje... Pembangkang harus faham.Lagi-lagi sibuk sebut dengan parkataan "undi popular?"
Mukhriz mendapat undi 55,290 undi manakala Hishmmuddin mendapat 54,829. Ertinya,Mukhriz punya undi popular lebih sebanyak 461 undi jika mengikut kiraan undi popular.
MKHRIZ AMBIL KEPEUTUSAN TURUT BERTANDING
Disebabkan Datuk Mukhriz telah mengumumkan bahawa beliau akan jadi salah seorang turut serta bertanding pada jawatan Naib Presiden Umno telah diuntuk oleh Perlembagaan Parti Umno hanya 3 kerusi sahaja.
Maka terjadilah pertandinga kerusi Naib Presiden itu hingga 6 penjuru. Penyandanya ialah Datuk Zahid Hamidi,Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hussin Onn.
Pencabarnya pula Datuk Mukhriz TunMahathir, Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Ali Rustam.
Tun Dr.Mahathir Mohamad, bersara ketika usianya berapa? |
Sedihnya,Ulasanya itu sungguh menyanyat hati hati nurani orang-orang Melayu dalam Umno kerana komennya itu semacam menghina orang. Kononnya beliau sahaja yang cerdik dan orang-orang lain dalam Umno banyak yang bodoh-bodoh dan dah tua-tua belaka.
Segala ulasannya itu telah disiarkan oleh akhbar arus perdana dan juga bloger-bloger yang memang suka mengadu domba agar parti Umno tidak stabil, sekaligus terdedah dengan isu-isu yang sengaja dimanipulasi oleh pembangkang di blog-blog pro parti- pembangkang.
Tun Dr.Mahathir sejak dulu hingga kini,semua orang dah tahu dah.... memang terkanal dengan kelantangan suaranya mengkeritik orang-orang yang menjadi sasarannya itu.Bijaknya beliau ketika membuat komen-komen itu? Beliau tidak akan mahu menyebut nama-nama tokoh yang beliau maksudkan?
Dia hanya buat cara sindiran semacam pukul anak, tetapi sebenarnya sindiri menantu.
Beliau sedar tokoh-tokoh yang jadi penyandang dan pencabar jawatan Naib Presiden parti Umno itu, ada yang tidak ada kelulusan dari universiuti dan ada pula usianya dah berumur 60an.
Pada perkiraan Mahathir,orang-orang semacam itu? Kononnya dah tua bangka,patut berundur,yang pegang jawatan mesti letak jawatan dan sebagainya, jika di bandingkan dengan anaknya Mukhriz baru berusia 49 tahun dan berkelulusan universiti walaupun universiti tempatan.
Datuk Seri Zahid dah berusia 60an. |
Orang-orang yang arifbillah sahaja yang dapat menangkap ke arah mana anak panah yang ditujukan oleh Mahathir. Misalnya Datuk Dr.Zahid Hamidi kini telah berusia 60 tahun.Isa Samad pun dah 6an tahun dan begitu juga dengan Ali Rustam pun dah 60an. Kenapa sibuk-sib uk nak turut bertanding?
Membaca komen-komen Tun Dr.Mahathir itu? Boleh dikatakan banyak orang yang marah-marah dan tidak bersetuju dengan cara kelantangan suaranya mengkritik itu.
Tan Sri Isa Samad ,dah berusia 60an. |
Kalau begitu natijahnya? Tak usah parti mengadakan sebarang pemilihan itu dan ini?
Malaysia ini kepunyaan rakyat. Parti Umno pun kepunyaan ahli-ahli Umno dan rakyat.Orang-orang yang tidak menjadi ahli-ahli Umno lebih banyak yang memberi sokongan pada kemenangan Umno di setiap pilihanraya umum.
Iaitu, sejak mula-mula merdeka hingga kini walau pun pada PRU-12 dean PRU -13 Umno-BN tidak punya (suara dua per tiga) di dalam Parlimen Malaysia yang jumlah kerusi Parlimennya 222 kerusi.
Umno tetap berkuasa dan punya "kuasa politik" untuk menjadi Kerajaan Persekutuian Tanah Malayu,secara (simple majoriti) dengan adanya sokongan rakyat,maka Umno masih berjaya menguasai beberap buah kerajaan negeri di Malaysia.Kini hanya Selangor,Kelantan dan Pulau Pinang yang dikuasai oleh parti pembangkang.
Sesungguhnya banrtuan dari orang-orang Melayu yang tidak berpati? Orang-orang atas pagar.Hampir dua kali ganda besar jumlahnya dari jumlah ahli-ahli umno yang hanya ada ahli sebanyak 3.4 juta orang.
Tan Sri Ali Rustam,dah berusi 60an. |
Jika anda membodoh-bodohkan parti Umno?Kononnya tokoh-tokoh yang berkuasa,kononnya ada diantara mereka tidak ada kelulusan akedamik dan dah tua-tua bangka?
Ertinya anda menghina hampir lebih 8 juta lagi orang Melayu yang tua dan muda,tapi tidak berparti(orang atas pagar) yang mengundi dan menyokong kelangusnag hidup parti Umno sejak merdeka hingga kini?
MAHATHIR TIADA PENGARUH LAGI UNTUK BANTU MUKHRIZ,KATA KU LI...
DALAM keriuhan Tun Dr.Mahahir membuat komen ini dan itu berhubung dengan pemilihan Umno pada kali ini, di mana anaknya Datuk Mukhriz turut bertanding untuk merebut Kerusi Naib Presiden Umno?
Tengku Razeilgh Hamzah (Ku Li ) semacam mahu meneruskan sengketanya dengan bekas lawannya Tun Dr.Mahathir Mohamad,apabila menyifatkan Dr.Mahathir tidak lagi berpengaruh untuk membantu anaknya dalam pemilihan Umno kali ini.
Anak bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu.Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan untuk masuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.
"Semoga berjaya kepada beliau (Mukhriz)."Saya tidak lihat bapanya Dr.Mahathir mempunyai pengaruh lagi,kita boleh lihat semasa Mahathir cuba kembali ke arena politik gagal,selepas tewas dalam pemilihan bahagian Kubang Pasu," katanya Tengku Razaleigh semasa ditemui oleh wartawan di sidang meja bulat ekonomi Institut Kajian Strtegik dan Antarabangsa (ISIS).
Komen Tengku Razelihg Hamzah ini telah disiarkjan oleh The Malaysian Insider,keluran 26 September 2013 pada jam 12..15 pm.
Kini pemilihan Umno pada kali ini telah selesai.Tokoh-tokoh politik Umno yang terlibat pada pertanding itu telah diketahui olah anggota UmnO dan rakyat Malaysia.Sipakah yang menang dan siapakah yang dah kalah dah diketahui umum.
Dengan keputusan yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno oleh Mohd Tajol Rosli Ghazali,pada jam 1.40 pagi tadi itu (20/10/2013).
Hasil dari pengumuman itu umum telah mengetahui bahawa Datuk Mukhriz telah tewas di dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan semalam.
Datuk M,ukhriz baru berusi 49 tahun. |
Sesunggunya! Apa komen-komen yang telah dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah,bersabit dengan pengaruh politik Tun Dr.Mahathir lebih kurang 3 minggu yang lalu itu dan apa yang dikatakannya pada wartawan-wartawan pada 26/09/2013 baru-baru ini?
Membuktikan bahawa kata-kata Tengku Razeligh Hamzah terhadap Tun Dr.Mahathir itu adalah tepat dan betul
Sesungguhnnya,kini Tun Dr.Mahathir tidak lagi mempunya pengaruh politik yang positif,untuk membantu anaknya Mukhriiz untuk menang pada pertandingan jawatan Naib Presiden Umno pada kali ini.
Mukhriz tewas dengan 9 undi dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden itu tidak dapat ditumbangkan.
Justeru cita-cita dan harapan Datuk Mukhriz dan bapanya setakat ini masih belum tercapai dan masih belum diizinkan oleh Allah S.W.T.Insya Allah! Usia anda (Mukhriz) masih muda.Hari esok masih ada untuk anda.Asalkan anda tidak cepat putus asa.
Tugas anda selakau Menteri Kedah yang baru masih mencabar.Tugas yang paling berat yang harus anda galas dengan segala kekuatan dan kebijaksanaan anda ilah untuk berdepan dengan PRK di DUN Sunga Limau,Kedah.
Satu-satunya kawasan DUN telah dikuasai oleh tokoh politik besar dari PAS iaitu Datuk Seri Azizan. Andainya anda dan regu-regu anda di Kedah,dapat menewaskan calon PAS di DUN (Sungai Limau) pada PRK ini? Anda akan dijulang tinggi dan nama anda akan jadi tersohor di kalangan tokoh-tokoh Umno itu sendiri.
Sekaligus anda dah punya taring yang amat tajam untuk menggigit hancur lumat sesiapa sahaja yang menjadi pencabar anda dalam sebarang pemilihan dalam parti Umno.Percayalah... (Posted by abnmulya /Bakar Ninggbal.Blogspot.com.at 6.37 am on Oktober 20.2013).
No comments:
Post a Comment