Saturday, October 19, 2013

Rasmi Zahid,Shafie,Hishmuddin kekal Naib Presiden.

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak bersalaman mengucapkan tahniah kepada Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO ketika Presiden UMNO itu melawat pusat penjumlahan undi pemilihan parti di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. - BERNAMA

DR. AHMAD ZAHID Hamidi ditemani isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan keluarga mengangkat tangan selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. - BERNAMA

(Berita terkini) @1.50am

KUALA LUMPUR 20 Okt.2013 at 1.50 am - Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.
Dari kiri:Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,Datuk Seri Dr.Zahid Hamidi dan Datuk  Ser Shafis Apdali iaitu 3 orang penyandang kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan yang lalu,berjaya mempertahankan jawatan mereka pada pemilihan Umno, pada hari Sabtu, bersamaan pada tanggal 19 hb.Oktober 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi. Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular.

Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi. Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat lapan dan tujuh undi. 

Sementara itu, Ahmad Zahid yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, gandingan beliau, Shafie dan Hishammuddin diyakini akan membantu memperkasakan institusi UMNO dalam usaha memastikan parti itu terus relevan khususnya di kalangan generasi muda.

"Ini penting memandangkan terdapat 6.5 juta pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun sudah berumur 60-an, tapi pemikiran, cita rasa dan gerak kerja akan tetap mengambil kira pola pemikiran golongan muda," katanya. -( UTUSAN ONLINE-Berita terimi9-UmNO 2013.).Posted by abnmulya /Bakar Ningal.blogspot,com.3.09 am on October 20,2013.

No comments: